Tawaran Biasiswa Hong Leong Foundation Untuk Diploma & Undergraduate Studies

Tawaran Biasiswa dari Hong Leong Foundation ini ditawarkan kepada pelajar yang berminat dan layak untuk sambung pengajian ke peringkat Diploma / Advance Diploma dan Undergraduate Studies.

Biasiswa ini ditawarkan untuk sambung pengajian di IPT dalam Malaysia sahaja. Biasiswa untuk sambung pengajian ke luar negara tidak ditawarkan.

Baca syarat kelayakan dan cara memohon biasiswa dari Yayasan Hong Leong di bawah.

Baca maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI

Cara Mohon 

Permohonan boleh dibuat secara online melalui applikasi online yang dibangunkan oleh mereka.

Anda boleh menghantar permohonan di Borang Permohonan Online Hong Leong Foundation.

Jika anda perlukan maklumat lanjut layari laman website Yayasan Hong Leong https://hongleongcsr.org/index.php/hong-leong-foundation/education/scholarships/undergraduate-scholarship

Hantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 21 Jun 2024

Jika anda disenarai pendek (shortlisted) untuk proses tapisan seterusnya, anda akan dihubungi untuk sesi interview. Sila bawa salinan asal semasa interview nanti.

Pelajar berstatus OKU (physical disability and impairment) digalakkan memohon. Permohonan anda akan diberikan perhatian dan keutamaan.

Syarat Kelayakan Memohon

Semak syarat kelayakan memohon dengan teliti sebelum menghantar permohonan anda secara online.

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur tidak lebih dari 25 tahun
  • Memiliki kelayakan akademik;
    • 8A SPM ATAU 6A UEC
    • CGPA 3.5 STPM / Matrikulasi / A-Level/Foundation / Diploma / Degree
  • Sudah memohon dan sedang menunggu surat tawaran untuk pengajian peringkat Diploma atau Undergraduate dan kursus tersebut perlulah memilik pengiktirafan dari MQA
  • Pendapatan isirumah RM 3,000 dan ke bawah setiap bulan
  • Menunjukkan bahawa anda perlu betul-betul perlukan tajaan
  • Keutamaan akan diberikan kepada para pelajar yang memilik daya kepimpinan / sukan / ko-kurikulum serta terlibat dalam kerja sosial
  • Pelajar dengan status OKU digalakkan untuk memohon

Untuk senarai lengkap mengenai syarat kelayakan memohon dan juga persoalan-persoalan lain anda boleh rujuk bahagian FAQ Hong Leong Scholarship.

Kadar Biasiswa

Jika anda mendapat biasiswa ini, berikut adalah kadar biasiswa yang ditawarkan.

  • Undergraduate courses in Public Universities RM 8,500 / = p.a.
  • Diploma/Advanced Diploma courses in Public & local Private Universities RM 6,000 / = p.a.
  • Undergraduate studies at local private universities (“3+0” degree programmes on full-time and on-campus basis) up to RM24,000 / = p.a.
  • Medicine/Dentistry courses in local Private Universities up to RM32,000 / = p.a.

Pelajar yang memenuhi semua syarat-syarat mempunyai peluang cerah untuk disenarai pendek (shortlisted) akan dipanggil untuk sesi temuduga atau interview biasiswa.

Adalah penting untuk anda mempersiapkan diri dengan pengetahuan cara-cara menghadapi interview biasiswa kerana di saat tersebutlah anda akan dinilai sama ada layak atau tidak untuk biasiswa yang ditawarkan.

Untuk persediaan anda boleh baca tips menghadapi temuduga biasiswa untuk persiapan sebelum menghadiri sesi interview biasiswa.