Tiket Bas Melaka Sentral Ke TBS: Harga & Jadual Bas

Tiket bas Melaka Sentral ke TBS harga dari RM10.00 sahaja. Route bas ini memang popular, ramai penumpang bas.

Ramai yang travel dari Melaka ke TBS setiap hari, maklumat am mengenai jadual dan harga tiket bas antara dua destinasi ini mungkin boleh membantu anda sedikit sebanyak.

Kini semuanya sudah menjadi semakin mudah dan pantas, penumpang bas boleh buat semakan jadual dan harga tiket bas secara online.

Sekarang ini semua informasi boleh anda dapatkan dari internet.

Jika hendak melakukan perjalanan dari Melaka  ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur, selain beli tiket bas melalui kaunter tiket bas di terminal bas atau kaunter tiket agent yang dilantik oleh syarikat bas, anda juga sebenarnya boleh beli tiket bas tersebut melalui online.

Penumpang boleh beli tiket BAS secara online >> DI SINI

Kebaikan beli tiket bas online ialah anda tidak perlu pergi ke terminal bas untuk beli tiket.

Apa lagi sekarang ini kita tidak digalakkan untuk berkumpul ramai-ramai bagi mengelak penyebaran penyakit atau virus.

Ianya juga untuk mengelakkan anda kehabisan bas terutama musim perayaan dengan membeli tiket lebih awal secara online.

Semasa musim perayaan biasanya tiket bas cepat habis. Mestilah, semua nak balik kampung atau melancong ke tempat lain masa musim cuti-cuti.

Harga Tiket Bas Dari Melaka Sentral Ke TBS

Terdapat berberapa harga yang berbeza. Harga tambang bergantung kepada syarikat bas masing-masing dan juga taraf kemudahan untuk penumpang yang disediakan dalam bas.

Ada bas yang menyediakan pelbagai kemudahan, ada yang basic jer. Apa pun jarak perjalanan tidaklah jauh sangat so mungkin mana-mana bas pun bagus rasanya.

Walau bagaimanapun dari senarai yang ada, tidak jauh beza harga tiket antara pengusaha-pengusaha bas tersebut.

Bas express yang menyediakan kemudahan yang pelbagai dan lebih banyak tentunya tambang basnya lebih mahal.

Sila lihat contoh senarai harga tiket bas Melaka Sentral ke TBS. Senarai harga ini kami dapat dari applikasi book tiket online yang ada begitu banyak di luar sana.

Applikasi online yang paling sesuai perkara ini ialah yang ditawarkan oleh EasyBook.com.

Ada banyak bas operator (syarikat bas) yang menyediakan perkhidmatan bas dari Melaka Sentral ke TBS setiap hari dan sepanjang hari.

Harga tiket (tambang bas) adalah dari RM10.00 / pax.

Tidaklah mahal mungkin kerana jarak yang tidak jauh dengan jarak hanya lebih kurang 150 km dengan anggaran masa perjalanan dengan bas selama 1 jam 30 minit sahaja.

harga tiket bas online dari melaka sentral ke TBS
Photo: Gambar Hiasan

Contoh jadual perjalanan bas dari Melaka ke Kuala Lumpur dan harga tiket di atas hanyalah untuk perbandingan harga.

Harga tambang dan jadual bas boleh berubah dari masa ke semasa. Terutama semasa berlaku kawalan pergerakan rakyat sepanjang tahun ini.

Anda mempunyai banyak pilihan. Ketika ini sebanyak 13 syarikat bas memberikan perkhidmatan dengan jumlah perjalanan 131 setiap hari.

Jumlah ini dijangka bertambah dengan pertambahan jumlah bas untuk menampung permintaan semakin meningkat.

Antara syarikat bas tersebut ialah City Holidays Express, Delima Express, Kejora Masyhur Sdn Bhd, Kesatuan Express, KKKL SDN BHD, KPB Express, Maraliner, Mayang Sari Express, Mega Star Transportation (Kejora Express), Melor Interline Express dan Transnasional.

Jadual bas Melaka Sentral boleh anda semak secara online atau berhubung terus dengan syarikat bas pilihan anda.

Biasanya bas pertama bertolak ke TBS dari Melaka Sentral pada pukul 5.00 pagi dan bas terakhir pula pada pukul 10.00 (malam).

Perkhidmatan bas dari Melaka Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ini ada sepanjang hari.

Ada yang tanya perjalanan menggunakan bas dari Melaka ke TBS berapa jam?

Perjalanan akan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit hingga 2.30 jam dengan jarak perjalanan lebih kurang 150 km.

Tidak perlu risau untuk mendapatkan bas menghubungkan dua destinasi tersebut.

TBS yang terletak di Bandar Tasek Selatan ini adalah terminal bas menghubungkan semua destinasi di Semenanjung Malaysia.

Berdekatan dengan TBS adalah station LRT yang akan menghubungkan anda ke mana-mana bahagian di sekitar Kuala Lumpur.

Station LRT Bandar Tasik Selatan berdekatan dengan TBS
Photo credit to: klia2.info

Senarai Harga Ke Melaka Dari Pelbagai Destinasi

Bukan semua penumpang bertolak dari TBS, so kami nak share sedikit info senarai harga tiket bas ke Melaka dari pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

Berikut adalah senarai harga untuk perjalanan dari Seramban, Klang Sentral, Shah Alam, Putrajaya Sentral, Batu Pahat dan Larkin.

  • Seremban ke Melaka sentral – dari RM8 / pax
  • Klang Sentral ke Melaka Sentral – dari RM17 / pax
  • Shah Alam ke Melaka Sentral – dari RM15 / pax
  • Putrajaya Sentral ke Melaka – tiada services
  • Larkin Terminal ke Melaka Sentral – dari RM15 / pax
  • Batu Pahat ke Melaka Sentral – dari RM9 / pax

Senarai harga tiket bas ke Melaka ini boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada syarikat bas tersebut.

Kami akan kemaskini maklumat di sini jika ada info terbaru.

Anda boleh book tiket bas ini secara online melalui applikasi online yang banyak disediakan oleh pelbagai website.

Antara yang popular dan paling banyak digunakan di Malaysia ialah applikasi online yang disediakan oleh easybook.com.

Selain easybook.com, portal online lain seperti redbus.my, busonlineticket.com dan catchthatbus.com juga agak popular.

Maklumat Perhubungan

Semua bas yang menuju ke Melaka akan berhenti di Terminal Melaka Sentral. Terminal ini antara yang terbaik dan banyak menyediakan kemudahan kepada para penumpang.

Jika anda perlukan maklumat terperinci, terkini atau info yang tidak ada dalam artikel ini anda boleh berhubung terus dengan pihak Melaka Sentral menggunakan maklumat melaka sentral contact number di bawah;

Lokasi: Jalan Abdul Razak, Melaka
Email Us:melakasentralsdnbhd@yahoo.com.my / custcare@melakasentral.com.my
Phone: +06 288 1321
Website: https://melakasentral.com.my/

Semoga perkongsian mengenai sedikit informasi umum mengenai harga tiket bas Melaka Sentral ke TBS ini bermanfaat kepada anda.

Marilah kita bersama menyokong dan membantu memperkasakan industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.