Biasiswa IJM: Cara Memohon Untuk Pelajar Malaysia
Biasiswa IJM cara memohon biasiswa tersebut secara online bagi para pelajar Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Tahun ini tajaan pelajaran daripada IJM sekali lagi dibuka untuk pelajar.
Yang bagusnya biasiswa ini, pelajar akan diberi peluang untuk ditawarkan peluang pekerjaan dengan syarikat tersebut selepas tamat pengajian.
Program seumpama itu amat bagus kerana pelajar tidak perlu lagi risau mengenai pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka.
Selain biasiswa ini sebenarnya banyak lagi tajaan pendidikan dari sumber lain. Yang penting jangan malas cari info.
Sebelum ini kami ada menulis mengenai peluang biasiswa dari Top Glove, Gamuda dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN).
Jika berminat boleh ambil sedikit masa untuk membacanya.
Baca maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI
Baiklah, mari kita berbalik kepada tajaan pendidikan dari IJM nie.
Tawaran biasiswa ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk sambung pengajian ke peringat yang lebih tinggi di kolej atau universiti yang terpilih oleh syarikat tersebut.
Biasanya setiap tahun pihak IJM akan membuka peluan ini untuk pelajar.
Biasiswa tersebut akan ditawarkan untuk kursus-kursus pengajian yang tersenarai dalam tawaran biasiswa.
Ianya bermaksud untuk memohon, jenis program kursus pengajian perlu diambil kira sebelum anda membuat permohonan.
Jika kursus pengajian anda tidak tersenarai, mungkin permohonan anda tidak akan berjaya. Walau bagaimanapun ianya terpulang kepada budibicara pihak penaja.
Permohonan Biasiswa IJM
Tahun ini biasiswa ini ditawarkan sekali lagi. Sudah tentu ini berita baik di kala ekonomi negara yang kurang menentu sekarang ini, tawaran biasiswa ini mungkin boleh membantu sedikit sebanyak.
Pelajar yang mengambil kursus dalam senarai di bawah dipelawa untuk memohon. Untuk dapatkan senarai kursus pengajian yang lebih terkini, anda dinasihatkan untuk melayari laman website rasmi IJM.
Secara umumnya Biasiswa IJM ini ditawarkan untuk kursus-kursus yang relevant dengan industri perniagaan yang pihak IJM ceburi, antaranya ialah industri pembinaan dan perladangan.
Bidang Kursus Yang Ditaja
- Bachelor of Business Administration
- Bachelor of Business Analytics
- Bachelor of Civil Engineering
- Bachelor of Computer Science
- Bachelor of Electrical Engineering
- Bachelor of Human Resource Management
- Bachelor of Information Technology
- Bachelor of Management (Marine)
- Bachelor of Maritime Operation Management
- Bachelor of Mechanical Engineering
- Bachelor of Quantity Surveying
- Bachelor of Science (Logistics and Transportation Management)
Pelajar yang memenuhi kriteria boleh menghantar terus permohonan mereka secara online.
Permohonan yang telah disenarai pendek biasanya akan dihubungi untuk sesi tapisan seterusnya.
Syarat Kelayakan Memohon
Sudah tentu selain dari pelajar yang mengambil kursus pengajian di atas, terdapat juga kriteria lain yang diambil kira.
Antaranya ialah seperti di bawah;
- Berumur tidak melebihi 21 tahun
- Sedang menunggu tawaran pengajian sepenuh masa untuk kursus bachelor degree di universiti tempatan
- Mempunyai pencapaian akademik seperti di bawah
- Minimum 5A SPM termasuk Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik / O’Level
- Minimum 3A di peringkat STPM (mesti lulus Pengajian Am) / Matrikulasi / A-Level / Diploma atau yang setaraf
- Penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang baik menulis dan bertutur
- Aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum
- Benar-benar perlukan biasiswa
- Belum mendapat sebarang tajaan dari mana-mana pihak
Rujuk gambar di bawah untuk syarat kelayakan lebih terperinci seperti mana yang ada di laman website rasmi penaja.
Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci mengenai kriteria kelayakan memohon, bolehlah menghubungi pihak IJM terus secara langsung.
Cara Memohon
Seperti yang telah disebut tadi, pelajar yang berminat dan layak boleh membuat permohonan melalui online di portal khas yang disediakan.
LINK: https://www.ijm.com/the-ijm-scholarship
Silalah menghantar permohonan anda dengan segera sebelum tarikh tutup.
Selepas melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang online tersebut, bolehlah submit untuk menghantar permohonan anda.
IJM Scholarship Interview (Temuduga)
Pelajar yang berjaya atau tersenarai pendek akan dihubungi untuk sesi IJM scholarship interview. Anda kenalah bersedia untuk berhadapan dengan sesi tersebut.
Ianya adalah cabaran terbesar dalam melengkapkan dan menentukan sama ada anda berpeluang mendapat tajaan pelajaran tersebut atau sebaliknya.
Di peringkat ini sangat penting kerana, pernilaian ke atas pemohon dibuat dan prestasi anda semasa interview sangatlah penting.
Ramai orang kata peringkat ini 50% sudah berada di tangan anda, dan jika anda cemerlang semasa interview biasiswa itu akan menjadi milik anda.
Persediaan yang rapi akan meningkatkan peluang anda. Anda boleh baca tips menghadiri temuduga biasiswa untuk persediaan.
Buatlah persediaan dengan sepenuhnya, ini adalah masa depan anda. Sesi temuduga biasiswa IJM ini tidak boleh dipandang ringan.
Peluang Biasiswa Dari Sumber Lain
Selain biasiswa yang ditawarkan ini, salah satu yang amat popular ialah biasiswa Gamuda.
Sepertimana biasiswa korporat yang lain, penerima biasiswa ini akan ditawarkan pekerjaan denganĀ syarikat tersebut sebaik tamat pengajian.
Sebenarnya ada banyak peluang biasiswa di luar sana. Terpulang kepada pelajar untuk cuba memohon.
Jika reziki anda, tentu ianya akan menjadi milik anda.
Jangan malu dan malas untuk cuba memohon. Tidak salah untuk memohon, lulus atau tidak itu serahkan kepada pihak penaja yang tentukan.
Semoga perkongsian info mengenai syarat kelayakan dan permohonan Biasiswa IJM online ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang memohon kami ucapkan All The Best!