Biasiswa Top Glove Borang Permohonan Online

Biasiswa Top Glove borang permohonan boleh didownload online. Biasiswa tajaan dari syarikat Top Glove ini terbuka kepada pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat degree (undergraduate).

Siapa yang tidak kenal dengan syarikat Top Glove Pengilang sarung tangan getah Malaysia yang juga pakar dalam topeng muka (face mask), kondom dan banyak lagi produk lain.

Sebelum ini kami ada buat perkongsian informasi mengenai biasiswa IJM, TNB, Telekom dan juga Gamuda.

Silakan membacanya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tajaan pelajaran dari syarikat dan egensi tersebut.

Berbalik kepada topik kita kali ini, tajaan pelajaran dari Top Glove (TG) berjumlah lebih kurang RM 13,000 setahun ini terbahagi kepada dua (2) iaitu

a. Untuk universiti awam (public university) dan,
b. Universiti di Taiwan (terpilih sahaja)

Syarat Kelayakan

Di bawah adalah informasi umum senarai syarat kelayakan untuk memohon biasiswa tajaan TG tersebut.

Sebelum memohon anda patut baca dengan teliti. Jika layak dan berkenaan anda boleh teruskan download boaran permohonan online.

Sila rujuk gambar di bawah.

Syarat kelayakan permohonan biasiswa Top Glove

Senarai Kursus Yang Ditaja

Tajaan ini terbuka kepada berberapa kursus tertentu sahaja. Jika kursus anda ada dalam senarai, boleh cuba memohon.

Kursus yang ditaja terbahagi kepada 2 kategori iaitu;

Engineering / Science

  • Mechatronics Engineering
  • Mechanical Engineering
  • Chemical Engineering
  • Manufacturing Engineering
  • Electric & Electronic Engineering
  • Civil Engineering
  • Chemistry / Bio Chemistry / Physics / Mathematics
  • Polymer Science / Applied Science

Business Management (Pengurusan Perniagaan)

  • Accounting, Commerce and Finance
  • Statistics/Mathematics
  • Marketing/E-Commerce
  • Economics
  • Computer Science & Technology
  • Human Resources
  • Business Administration/Management

Jika kursus anda tersenarai, download borang permohonan melalui link di bawah, lengkapkan dan hantar ke alamat yang diberi.

LINK: topglove.com/about-the-scholarship/

Gunakan alamat di bawah untuk menghantar borang permohonan yang telah dilengkapkan.

LEVEL 21, TOP GLOVE TOWER,
16, PERSIARAN SETIA DAGANG, SETIA ALAM,
SEKSYEN U13,
40170 SHAH ALAM, SELANGOR D.E. MALAYSIA.
Tel: +603-3362 3098
Fax: +603-3362 3860
Email : tgscholarship@topglove.com.my

Permohonan dibuka dari bulan February ke May tahun ini. Pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup.

Anda boleh baca maklumat lebih terperinci mengenai peluang biasiswa ini di website rasmi TB.

Temuduga Biasiswa

Sudah tentu selepas tapisan dibuat (short-listed) pelajar yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.

Part ini sangat penting kerana di peringkat inilah anda akan dinilai oleh pihak TB sama ada anda sesuai atau tidak dengan biasiswa tajaan mereka.

Anda kena betul-betul bersedia untuk peringkat ini. Banyak pelajar yang sering terlepas pandang mengenai perkara ini.

Kami cadangkan anda baca tips temuduga biasiswa untuk persediaan rapi.

Semoga sedikit informasi mengenai syarat dan cara buat permohonan biasiswa Top Glove ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang memohon kami ucapkan All The Best!