Biasiswa Gamuda: Permohonan Online
Biasiswa Gamuda permohonan online untuk pelajar lepasan SPM dan STPM di Malaysia. Peluang baik untuk pelajar yang belum mendapat apa-apa tajaan dari mana-mana pihak untuk sambung pengajian.
Pastinya ramai yang berharap untuk dapat biasiswa.
Tentu bagus jika pengajian anda ditaja. Bukan sahaja menjimatkan tetapi juga anda akan ditawarkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian anda.
Kebanyakan penaja dari organisasi korporat biasanya ada ikatan mewajibkan pelajar diaja untuk berkhidmat dengan mereka untuk satu tempoh tertentu selepas habis pengajian.
Itu bermaksud anda tidak perlu risau dengan masalah mencari kerja selepas menamatkan pengajian dan boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian dan proses menimba ilmu.
Sebenarnya ada banyak biasiswa lain seperti biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat mega seperti IJM, Cagamas dan Hong Leong Bank.
Jika ianya tidak sesuai untuk anda, boleh cuba pula memohon biasiswa ini pula.
Biasiswa tajaan Gamuda Berhad ini terbuka kepada pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang baik untuk sambung pengajian di universiti tempatan tidak kira sama ada IPTA mahupun IPTS.
Jika anda berkelayakan akademik yang baik dan berminat bolehlah memohon biasiswa ini.
Sebelum memohon bacalah dengan teliti informasi lanjut di bawah.
Banyak kesilapan boleh berlaku jika anda gagal memahami kaedah dan proses yang betul untuk memohon.
Cara Memohon Biasiswa Gamuda Berhad
Jika anda layak dan berminat, anda bolehlah memohon biasiswa ini. Untuk memohon, pelajar boleh menghantar permohonan mereka melalui applikasi online yang disediakan oleh pihak penaja.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti “Application Guidelines” yang menjelaskan proses permohonan dan yang berkaitan.
Fahami dengan baik semua arahan untuk mengelak permohonan anda ditolak kerana tidak memenuhi apa yang diperlukan.
Memang ramai pelajar yang cuai dan gagal dalam proses ini kerana gagal memahai panduan memohon yang disediakan.
Untuk memohon biasiswa ini layari applikasi online Gamuda Berhad >> e-Scholarship Online
Sila rujuk tarikh tutup permohonan sebelum mula menggunakan applikasi online tersebut.
Senarai Kursus Yang Ditaja
Info ini amat penting. Terdapat senarai jenis-jenis kursus yang mereka taja. Ini bermakna jika anda mengambil kursus selain dari yang mereka senaraikan, besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak.
Jika dilihat dalam senarai di bawah, kebanyakan bidang kursus yang ditawarkan tajaan oleh Gamuda Berhad adalah bidang yang berkaitan secara langsung dengan industri yang sedang mereka ceburi terutama dalam bidang pembangunan hartanah.
Senarai jenis-jenis kursus yang ditaja.
- Engineering (Civil, Mechanical, Electrical, Mechatronics)
- Quantity Surveying / Building Surveying / Construction Management)
- Township & Urban Planning
- Geomatics
- Architecture
- Property & Real Estate Management
Jika dilihat melalui senarai di atas anda boleh meneka jenis perniagaan yang syarikat gergasi ini terlibat secara langsung.
Gamuda Berhad adalah salah satu syarikat terbesar di Malaysia dan juga di ASEAN yang terlibat dalam pembangunan hartanah.
Tidak menghairankan jika mereka menaja atau memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar dalam bidang tersebut kerana ianya akan menjadi kekuatan dan aset penting kepada syarikat nanti.
Kelayakan Untuk Memohon
Ini adalah maklumat yang sangat penting. Jika anda memiliki kelayakan yang diperlukan seperti di bawah, anda bolehlah cuba nasib untuk memohon.
Sila lihat dengan teliti senarai kelayakan yang perlu anda ada untuk memohon biasiswa tersebut.
Jika anda memiliki kelayakan seperti yang tersenarai di atas peluang anda dapatkan biasiswa ini lebih tinggi.
Pelajar yang disenarai pendek (short-listed) akan dihubungi untuk sesi interview.
Pada peringkat ini, adalah amat penting anda mempersiapkan diri mental dan informasi yang cukup untuk menghadapi temuduga biasiswa tersebut.
Selain itu anda juga kena buat sedikit penyelidikan atau pembacaan kerana pemohon mungkin akan dikehendaki menulis Gamuda Scholarship Essay untuk dokumen tambahan kepada permohonan anda.
Jika anda perlu menulisnya kena tulis dengan baik dan biarlah ianya bukan copy and paste. Persedian untuk ini juga penting.
Untuk membantu anda, baca tips menghadapi temuduga biasiswa supaya anda tahu cara membuat persediaan menghadapi temuduga tersebut.
Ada banyak tips dan info berguna di sana yang boleh anda terapkan untuk sesi scholarship interview nanti.
Sayang sekali jika anda gagal pada sesi temuduga kerana pada peringkat ini, peluang anda sepatutnya sudah terbuka luas.
Sebenarnya ramai yang terkandas dalam peringkat ini jika anda tidak betul-betul mempersiapkan diri.
Tawaran Biasiswa Dari Sumber Lain
Selain biasiswa ini, sebenarnya ada banyak tawaran biasiswa lain yang ditawarkan di luar sana.
Antaranya ialah biasiswa pendidikan yang ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri dan juga biasiswa dari agensi-agensi kerajaan serta korporat.
Jika anda berminat bolehlah layari senarai biasiswa di Malaysia yang ditawarkan tahun ini. Mungkin ada di antaranya yang sesuai dan boleh anda mohon.
Jangan malu dan malas untuk mencari maklumat dan cuba memohon. Tidak mencuba maka anda tidak tahu keputusannya.
Jika ianya reziki anda, pasti biasiswa itu akan menjadi milik anda.
Semoga perkongsian info mengenai cara permohonan Biasiswa Gamuda secara online ini bermanfaat kepada anda.
———————————–
Anda juga mungkin berminat dengan tawaran biasiswa di bawah.
- Biasiswa Bank Negara Malaysia
- Biasiswa FELDA
- Biasiswa Yayasan Sime Darby
- Biasiswa Yayasan YTL