Biasiswa Bank Negara Malaysia Permohonan Online

Biasiswa Bank Negara Malaysia untuk pelajar cemerlang. Biasanya Bank Negara Malaysia (BNM) akan membuka peluang tajaan pendidikan ini setiap tahun untuk pelajarĀ  yang layak. Terdapat tiga jenis biasiswa yang ditawarkan oleh Bank Negara iaitu Biasiswa Kijang, Biasiswa Undergraduate serta biasiswa Postgraduate.

Anda juga boleh membaca tawaran senarai tajaan pendidikan terkini di Malaysia >> DI SINI

Ada yang kata tajaan pendidikan dari BNM ini juga terbuka untuk pelajar PT3 yang cemerlang. Informasi itu boleh anda semak terus di laman website rasmi BNM untuk kepastian.

Kali ini kita kongsikan maklumat umum biasiswa untuk lepasan SPM. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar yang sedang mencari tajaan untuk sambung pengajian.

Pada ketika ekonomi keseluruhan kita sedang tidak berapa baik ini, mendapat tajaan pendidikan untuk anda sudah tentu sangat membantu.

Berikut merupakan maklumat terperinci mengenai tajaan pelajaran yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Syarat Kelayakan Biasiswa Bank Negara Malaysia

Untuk memohon tajaan pelajaran dari BNM, terdapat beberapa syarat kelayakan umum yang perlu dipatuhi oleh calon.

Berikut merupakan senarai kriteria umum bagi permohonan biasiswa ini. Jika anda menepati syarat-syarat umum di bawah, anda boleh cuba memohon.

  • Calon merupakan warganegara Malaysia
  • Calon harus memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik
  • Calon perlu mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, berupaya untuk mengetuai sesebuah pasukan, cemerlang dalam kegiatan sukan dan kokurikulum.

Selain kelayakan am di atas, terdapat juga syarat kelayakan khusus yang perlu anda patuhi. Ini sangatlah penting untuk anda baca dengan teliti sebelum menghantar permohonan.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kijang

Biasiswa Kijang ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti program pra-universiti. Berikut merupakan kriteria kelayakan akademik yang perlu dipenuhi oleh para pemohon untuk melayakkan diri mendapatkan biasiswa ini.

  • Calon memperoleh minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM.
  • Calon mesti berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun memohon biasiswa ini.

Syarat Kelayakan Biasiswa Undergraduate

Biasiswa ini khas ditawarkan kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

Berikut merupakan syarat minimum untuk memohon biasiswa ini.

  • Mendapatkan sekurang- kurangnya 3A di peringkat STPM/ A- Level; atau
  • Memperoleh minima PNGK 3.50 di peringkat Diploma/ Matrikulasi; atau
  • Mendapat 85% di peringkat South Australian Matriculation- ATAR; atau
  • America Foundation Program- SKor SAT1 sekurang- kurangnya 1200
  • Bagi calon yang sedang menuntut pengajian di peringkat Ijazah Sarajana Muda, pastikan anda memperoleh PNGK 3.50 dan ke atas
  • Calon dikehendaki lulus SPM dengan lima kredit (5) termasuk dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Calon tidak boleh melebihi 25 tahun pada tahun memohon biasiswa ini.
  • Mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti yang diluluskan oleh Bank Negara.

Biasiswa Postgraduate

Biasiswa ini khas ditawarkan kepada pascasiswazah yang bakal melanjutkan pengajian atau sedang mengikuti program pascasiswazah di universiti diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang wajib dipenuhi sebelum melayakkan diri memohon biasiswa postgraduate ini.

  • Calon dikehendaki memperoleh Kelas pertama (Kepujian) dalam Ijazah Sarjana muda di universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Bank Negara.
  • Calon tidak boleh melebihi umur 30 tahun untuk Ijazah Sarjana dan 35 tahun untuk program PhD.
  • Lulus peperiksaan SPM dengan lima kredit termasuk mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Calon perlu memperoleh tawaran mengikuti program pascasiswazah.

Disiplin/ Bidang pengajian

Berikut merupakan senarai disiplin/ bidang pengajian yang ditawarkan dengan biasiswa Bank Negara Malaysia. Maklumat ini juga tidak kurang pentingnya. Jika pengajian anda tidak terdapat dalam senarai seperti mana yang terdapat dalam website rasmi tawaran biasiswa anda boleh berhubung terus dengan pihak BNM untuk dapatkan kepastian.

Hanya calon yang bakal atau sedang melanjutkan pengajian dalam bidang tersenarai layak memohon biasiswa ini.

  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang
  • Matematik
  • Statistik
  • Sains Komputer
  • Data Sains

Cara Memohon

Para pelajar boleh melakukan permohonan atas talian di laman website rasmi Bank Negara Malaysia. Jika permohonan tersenarai pendek (short-listed) anda akan dihubungi oleh pihak Bank Negara untuk menghadiri sesi temu duga.

Semasa sesi temuduga sila pastikan anda menghadapinya dengan keyakinan dan kematangan yang tinggi. Ini kerana perkara asas inilah yang akan dinilai oleh penemuduga.

Persediaan sangatlah penting. Anda perlu mempersiapkan diri dengan informasi dan penampilan yang baik. Anda boleh baca sedikit tips menghadapi temuduga biasiswa agar persediaan anda lebih baik.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan maklumat perhubungan berkaitan biasiswa Bank Negara Malaysia. Jika anda memilik sebarang pertanyaan atau semakan, maklumat perhubungan di bawah mungkin boleh membantu anda.

Alamat: Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telelink: 1300 88 5465
Nombor telefon: +603 2698 8044
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
Laman web: https://www.bnm.gov.my/

Semoga informasi am mengenai biasiswa Bank Negara Malaysia ini bermanfaat kepada anda. Anda boleh share peluang biasiswa ini kepada kawan-kawan andaa yang lain. Mungkin mereka memiliki kelayakan dan berminat untuk memohon.