Biasiswa Yayasan YTL Permohonan Secara Online
Biasiswa Yayasan YTL informasi permohonan secara online. Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda? Kenapa tidak mencuba untuk memohon biasiswa YTL yang ditawarkan oleh Yayasan Yaw Teck Seng. Mungkin maklumat umum mengenai biasiswa tersebut bermanfaat kepada anda.
Senarai Peluang Biasiswa Untuk Pelajar Di Malaysia >> DI SINI
Yayasan ini ditubuhkan khusus untuk menyediakan bantuan kewangan, sokongan serta dana untuk tujuan pembesaran sekolah, penambahbaikan sekolah dan penubuhan pendidikan lain.
Namun, yayasan ini turut terkenal untuk menawarkan biasiswa kepada para pelajar yang layak yang bercadang untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa ke peringkat ijazah sarjana muda.
Untuk pengetahuan anda, para pelajar yang telah menamatkan SPM danMatrikulasi/ Asasi/ A-level atau pengajian lain boleh memohon biasiswa ini. Sebenarnya, Yayasan YTL ini menawarkan sebanyak 30 biasiswa kepada para pelajar yang layak setiap tahun. Artikel ini akan memfokuskan segala info- info penting seperti kaedah permohonan, kriteria, disiplin pengajian serta maklumat perhubungan syarikat.
Kriteria Permohonan Biasiswa YTL
Sebelum anda memohon biasiswa tersebut, ada baiknya anda baca maklumat ini dengan teliti. Terdapat beberapa kriteria yang harus dipenuhi oleh para pemohon untuk memohon biasiswa tersebut.
Berikut merupakan kriteria atau syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon.
- Berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan di mana keluarga ini mendapati sukar untuk membayar yuran pengajian universiti pemohon.
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di universiti tempatan atau luar negara.
- Dikehendaki mempunyai keputusan akademik yang cemerlang
Selain keperluan atau kriteria umum, para pelajar yang memohon biasiswa ini dikehendaki memenuhi syarat keperluan akademik minimum seperti yang dinyatakan di bawah ini:
- SPM/ IGSCE: Minimum 7A
- STPM/ Matrikulasi/ Asasi: Minimum 3A/ CGPA 3.7/ B+ Purata
- A- Levels: Minimum 2A
- IB: 33 mata
Jika anda memenuhi semua syarat kelayakan di atas, anda digalakkan untuk memohon.
Program Pengajian
Bukan semua program atau kursus pengajian ditaja oleh pihak Yayasan YTL. Untuk pengetahuan pembaca, biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang layak yang melanjutkan pengajian dalam semua bidang/ disiplin di peringkat universiti.
Namun, terdapat beberapa disiplin tertentu yang diberikan keutamaan. Berikut merupakan senarai disiplin yang diberi keutamaan oleh yayasan YTL.
- Jurutera elektrikal
- Quantity Surveying
- Kewangan dan ijazah berkaitan dengan bisnes
- Seni dan Reka Bentuk
- Perakaunan
- Sains komputer
Jika anda mengambil salah satu bidang kursus yang tersenarai di atas, anda berpeluang untuk memohon. Jika tidak, mungkin anda perlu mencari peluang tajaan lain yang bersesuaian dengan bidang kursus anda.
Cara Buat Permohonan Biasiswa
Borang permohonan boleh didapati di laman web biasiswa ini dan dikehendaki untuk diisi atas talian. Terdapat dua bahagian utama dalam borang ini.
Pemohon dikehendaki mengisi bahagian pertama borang ini dimana pemohon dikehendaki mengisi maklumat butiran peribadi.
Manakala, bahagian kedua borang tersebut hanya boleh diisi setelah melengkapkan dan menyerahkan bahagian pertama. Bahagian kedua borang tersebut akan dihantar ke e- mel pemohon.
Terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh para pemohon. Dokumen- dokumen ini dikehendaki untuk dimuat naik oleh pemohon dalam borang permohonan.
Berikut merupakan senarai dokumen- dokumen penting yang perlu disediakan.
- Kenyataan peribadi dalam bentuk esei dengan tajuk “ Kenapa saya layak untuk mendapatkan Biasiswa Yayasan YTL” dengan jumlah patah perkataan sebanyak 800 – 1000 perkataan.
- Kad pengenalan pomohon
- Kad pengenalan penjaga
- Salinan sijil- sijil akademik dan aktiviti kokurikulum
- Surat tawaran daripada universiti
- Surat yuran pengajian
- Penyataan cukai pendapatan bagi penjaga yang sedang bekerja. Bagi mereka yang sudah bersara, maka pernyataan terkahir perlu disediakan.
- Gambar bersaiz passport (muat naik pada muka surat pertama borang permohonan).
- Surat rujukan daripada guru sekolah, pensyarah atau syarikat terdahulu/ penyelia.
- CV/ Resume
Adalah penting untuk anda cuba sediakan semua dokumentasi yang tersenarai di atas untuk meningkatkan peluang dan mengurangkan kesilapan semasa membuat permohonan nanti.
Maklumat Perhubungan
Jika anda ingin dapatkan maklumat lebih lengkap dan terperinci, berikut merupakan maklumat perhubungan Yayasan YTL.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi maklumat perhubungan di bawah.
Alamat: YTL Foundation (421570-A) Level 32, Menara YTL, 205, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Telefon: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Laman web: https://ytlfoundation.org/scholarships/
Semoga sedikit informasi umum mengenai biasiswa Yayasan YTL ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan peluang ini kepada rakan-rakan anda yang lain, mungkin tajaan ini sesuai untuk mereka.