Biasiswa Cagamas: Borang Permohonan Online

Biasiswa Cagamas untuk pelajar lepasan SPM dan STPM di Malaysia. Tentu ramai yang tengah cari biasiswa (scholarship)  atau tajaan pendidikan sekarang ini. Tawaran biasiswa dari Cagamas (National Mortgage Corporation of Malaysia) ini mungkin reziki untuk anda. Jika berminat dan layak, anda boleh cuma memohon tawaran biasiswa ini.

Ianya terbuka untuk pelajar yang belum mendapat sebarang tajaan dari mana-mana pihak. Selain itu sebenarnya terdapat banyak peluang tajaan pendidikan yang ada di Malaysia. Anda boleh membaca informasi melalui link di bawah:

Baca maklumat lanjut mengenai biasiswa >> DI SINI

Biasiswa ini akan menaja pengajian pelajar sehingga RM 20,000 di mana-mana universiti yang tersenarai oleh pihak Cagamas.

Untuk sesi tawaran biasiswa kali ini sebanyak 16 universiti awam (IPTA) dan 6 universiti swasta (IPTS) yang telah disenaraikan oleh pihak mereka.

Senarai lengkap boleh anda baca di laman website rasmi penaja atau Cagamas.

Jika anda melanjutkan pengajian ke universiti yang tersenarai ini, anda boleh cuba memohon biasiswa tersebut.

Cara Memohon Biasiswa Cagamas

Pelajar yang berminat untuk memohon boleh mengemukakan permohonan dengan memuat turun (download) borang permohonan online di website rasmi Cagamas (National Mortgage Corporation of Malaysia).

Selepas download, cetak borang tersebut dan lengkapkan semua maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Borang yang telah lengkap diisi bolehlah dikirim ke alamat di bawah;

Human Capital & Administration Department
(Scholarship Programme)
Cagamas Berhad
Level 32, The Gardens North Tower
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

ATAU email ke: scholarship@cagamas.com.my

Untuk download borang permohonan sila layari website rasmi Cagamas dan klik link ‘CAGAMAS UNDERGRADUATE SCHOLARSHIP PROGRAMME APPLICATION FORM’ yang terletak di sebelah kanan website tersebut.

Pelajar yang berjaya disenarai pendek untuk biasiswa tersebut akan dihubungi untuk proses tapisan seterusnya termasuk sesi scholarship interview bersama pelajar.

Senarai Kursus Pengajian

Seperti yang telah disebut tadi, hanya pelajar yang mengikuti program pengajian tertentu yang boleh memohon biasiswa tersebut.

Adalah penting untuk anda teliti dahulu sama ada kursus atau bidang pengajian yang anda ikuti tersenarai untuk tawaran biasiswa ini.

Sila lihat senarai kursus atau pengajian di bawah;

  • Accounting
  • Banking/ Islamic Banking
  • Business Administration
  • Finance/ Islamic Finance
  • Financial Banking and Management
  • Economics/ International Financial Economics
  • Statistics
  • Mathematics
  • Actuarial Science
  • Law/ Shariah Law
  • Computer Science/ Information Technology
  • Human Resource
  • Risk Management
  • Technology Based Fields related to Financial Industry

Kalau dilihat dari senarai di atas, bidang pengajian yang diberi keutamaan ialah yang melibatkan perniagaan dan kewangan.

Yang bagusnya, pelajar yang berjaya mendapat biasiswa ini akan berpeluang untuk ditawarkan pekerjan dengan Cagamas selepas tamat pengajian nanti.

Maksudnya, peluang kerja selepas menghabiskan pengajian adalah terjamin. Tugas anda hanyalah untuk tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian yang diambil dengan cemerlang.

Tidak perlu risau lagi mengenai sama ada akan dapat kerja atau tidak kerana kerja sedia menunggu anda.

Jika anda disenarai pendek dan dihubungi untuk sesi temuduga, anda perlu sediakan diri. Ianya akan meningkatkan peluang anda untuk mendapat biasiswa ini jika sesi interview berjalan dengan baik.

Anda boleh baca tips menghadiri interview biasiswa untuk menyediakan diri anda. Dengan teknik dan pengetahuan yang baik, peluang anda pasti cerah.

Semoga perkongsian info mengenai Biasiswa Cagamas ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada kawan-kawan anda.