Biasiswa Sime Darby Permohonan & Syarat Kelayakan
Biasiswa Sime Darby lepasan SPM yang ditawarkan oleh Yayasan Sime Darby tahun ini menawarkan tajaan pendidikan berbentuk biasiswa kepada pelajar yang layak yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, serta memiliki daya kepimpinan yang tinggi.
Kali ini kami ingin kongsikan sedikit informasi umum mengenai cara memohon tersebut, syarat biasiswa ini serta maklumat berkaitan seperti bidang jurusan yang dikhususkan serta maklumat perhubungan Yayasan Sime Darby.
Selain biasiswa ini, terdapat banyak peluang biasiswa diluar sana untuk pelajar Malaysia yang berkelayakan dan berminat.
Layari link di bawah untuk melihat senarai biasiswa yang ada di Malaysia.
Sila baca info biasiswa terkini di Malaysia >> DI SINI
Syarat Kelayakan Biasiswa Sime Darby
Sebelum memohon ambil masa baca dahulu syarat-syarat yang anda perlu ada. Pihak Yayasan Sime Darby ada menyenaraikan syarat untuk memohon.
Terdapat beberapa syarat atau kriteria yang perlu dipenuhi atau dipatuhi oleh para pemohon untuk layak menjadi pemegang biasiswa ini.
Berikut merupakan senarai syarat umum untuk memohon biasiswa ini.
- Merupakan warganegara Malaysia
- Berumur 25 tahun ke bawah
- Jumlah pendapatan isi rumah kasar per bulan tidak melebihi RM10,000
- Calon sekurang- kurangnya memperoleh keputusan STPM/ Pra university/ asasi/ Matrikulasi/ diploma (minimum PNGK 3.0).
- Jika calon daripada Program A-Level, perlu memperoleh sekurang- kurangnya 3A.
- Calon perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum, sukan dan khidmat komuniti.
- Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi di sama ada peringkat sekolah atau dalam komuniti.
- Pelajar tahun pertama (semester 1 &2) yang sedang melanjutkan pengajian di universiti digalakkan untuk memohon.
Senarai Universiti
Pemohon yang mendapat tempat atau sedang melanjutkan pengajian di university-universiti tersenarai di bawah sahaja layak untuk memohon biasiswa tersebut.
Jika universiti atau kolej anda tidak tersenarai anda boleh berhubung terus dengan pihak Yayasan Sime Darby untuk meminta pertimbangan.
Mana tahu boleh dipertimbangkan betul tak?
Di bawah adalah senarai IPT di Malaysia yang disenaraikan oleh pihak penaja.
- Universiti Malaya
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Teknologi Petronas
- Monash Universiti Malaysia
- The University of Nottingham
- Taylor’s University Malaysia
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Multimedia University (MMU)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Senarai ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Anda boleh membaca informasi terkini di laman website rasmi Yayasan Sime Darby.
Bidang Pengajian
Berikut merupakan bidang pengajian yang dikhususkan untuk memohon biasiswa ini.
Para pemohon yang akan atau sedang melanjutkan pengajian dalam bidang tersenarai di bawah ini sahaja boleh membuat permohonan biasiswa.
Bidang pengajian terbahagi kepada dua iaitu jurusan perniagaan serta sains dan kejuruteraan.
Jurusan Perniagaan
- Perakaunan
- Kewangan
- Ekonomi
- Pengurusan Peniagaan & Perdagangan
- Perniagaan Antarabangsa
- Pemasaran Digital
- Sumber Manusia
Jurusan Sains dan Kejuruteraan
- Jurutera Mekanikal
- Sains Komputer
- Kejuruteraan Elektrikal
- Teknologi Perladangan
- Sains Alam Sekitar
- Sains Data
- Sains Pertanian
- Matematik/ Sains Statistik
- Sains Aktuari
- Teknologi Maklumat
- Kesihatan & Keselamatan
- Landscape Architecture
- Juru Ukur Bahan (Quantity Surveying)
- Arkitek landskap
- Pengurusan perladangan
- Arkitek
- Perancangan Bandar
- Teknologi maklumat (Drones & Big Data)
Jumlah Tajaan / Biasiswa
Biasiswa penuh meliputi perkara-perkara seperti yang tersebut di bawah. Kalau dapat memang sangat bagus untuk pelajar.
- Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya
- Elaun sara hidup
- Elaun komputer
- Elaun buku
Untuk makluman anda, penerima biasiswa ini perlu menjalani Latihan industry di syarikat Sime Darby Group of Companies.
Seterusnya, penerima biasiswa turut perlu bekerja dengan syarikat Sime Darby Group of Companies selama 2 hingga 6 tahun bergantung pada tempoh penganugerahan biasiswa ini.
Ini sebenarnya sangat baik kerana pelajar tidak perlu risau dengan prospek kerja selepas tamat pengajian kerana kerja memang sudah sedang menanti anda.
Anda hanya perlu berikan tumpuan penuh kepada bidang pengajian atau kursus yang anda ambil dan mendapat keputusan atau pencapaian yang cemerlang nanti.
Cara Memohon
Permohonan biasiswa ini boleh mendapatkan borang permohonan di laman website Yayasan Sime Darby.
Borang permohonan yang lengkap diisi perlu disertakan dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan.
Borang ini boleh dihantar melalui cara- cara di bawah ini.
- Hantar melalui e- mel kepada scholarships@simedarby.com (E-mel Subjek: Scholarship Application Form).
- Penghantaran Salinan keras ke alamat YSD.
- Hantar melalui bahagian hal ehwal pelajar universiti terpilih sahaja.
Maklumat Perhubungan
Mungkin anda perlu atau ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci dan terkini, anda boleh berhubung terus dengan pihak penaja.
Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi Yayasan Sime Darby. Sila hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan.
Alamat: Bahagian Penjaan Pendidikan, Yayasan Sime Darby, Blok C, Aras 2, Menara Perladangan, No. 2, Jalan PJU 1A/ 7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Nombor telefon: +60 3 7623 7103 / 7106
Emel: scholarships@simedarby.com
Laman web: http://www.yayasansimedarby.com/
Semoga perkongsian sedikit informasi mengenai syarat permohonan biasiswa Sime Darby ini bermanfaat kepada anda. Kepada pelajar yang memohon, kami ucapakan All The Best!