Permohonan Bantuan Lesen Memandu B40 Kelas B2 Untuk Rakyat

Program BLKM – Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 oleh kerajaan kepada golongan rakyat B40

Anda tahu tak apa itu Program BKLM? Untuk pengetahuan anda, ia adalah salah satu inisiatif oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan diselaraskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Kebaikan program ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah ataupun golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 dengan kadar bayaran yang lebih rendah.

READ: Harga Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos & JPJ

permohonan bantuan lesen memandu b40 untuk rakyat Malaysia

Nampak macam best kan? Nah, tunggu apa lagi. Kepada yang belum memiliki lesen B2 bolehlah cuba memohon bantuan ini.

Berapa Harga Kena Bayar Melalui Program BLKM?

Kalau anda layak menerima Program BLKM ini, anda hanya perlu membayar sebanyak RM250 sahaja tau untuk mendapatkan lesen memandu!

Kalau ikutkan harga biasa, jumlahnya adalah sebanyak RM750, banyak jimat kan?

Walau bagaimana pun, anda kena ingat bahawa bantuan ini khusus untuk kelas lesen B2 sahaja tau!

Lepas ini kuranglah beban kewangan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen motor kelas B2.

Syarat Untuk Memohon Program BLKM

Tentu sekali sda syarat-syarat yang perlu pemohon patuhi untuk melayakkan diri mendapatkan bantuan dari keraja ini.

Kalau tak layak memang tidak dapatlah. Na, di bawah senarai syarat am untuk memohon bantuan ini.

  1. Anda mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia.
  2. Umur pemohon tidak kurang daripada 16 tahun.
  3. Anda seorang penerima bantuan zakat/baitulmal (Jabatan Agama Islam Negeri) atau penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) atau penerima Bantuan Keluarga Malaysia/Prihatin Rakyat (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Pemohon perlu menyerahkan salinan dokumen bantuan yang diterima sebagai bukti.
  4. Sihat tubuh badan dan mental.
  5. Tiada kecacatan anggota badan.
  6. Nama anda tiada dalam senarai hitam JPJ atau Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
  7. Belum pernah memiliki sebarang lesen memandu semasa permohonan.

Cara Memohon Bantuan Lesen Memandu B40

Pasti anda tertanya-tanya tentang bagaimana cara nak memohon bantuan BKLM ni kan?

Sebenarnya, cara permohonan untuk menyertai program ini belum dikemukakan oleh pihak JPJ.

Walau bagaimana pun, anda boleh menghubungi pihak JPJ terdekat untuk dapatkan maklumat lanjut ataupun hubungi alamat berikut:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
* Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
* Telefon : 03-8000 8000
* E-mel: aduantrafik@jpj.gov.my
* Laman web rasmi JPJ: jpj.gov.my

Kaedah Pelaksaan Latihan Mendapatkan Lesen Motor B2

Seperti umumnya, nak menjalani latihan kelas memandu mestilah memenuhi jumlah jam minimum yang ditetapkan dalam peraturan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Tidak ada pengecualian ya! Selepas berjaya melepasi semua kursus, latihan, dan ujian barulah anda layak mendapatkan lesen memandu yang sah.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang belum tahu tentang struktur pelaksanaan latihan memandu.

Jadi, untuk memudahkan anda, berikut adalah struktur pelaksaan latihan/uijan yang dikendalikan oleh Institut Memandu yang anda perlu tahu:

  1. Pertama sekali, anda akan menjalani kursus Teori Penunggangan Selamat selama 6 jam. Masa ini anda akan mendengar ceramah ataupun taklimat daripada guru memandu ataupun pelatih di institut memandu.
  2. Bagi calon yang buta huruf ataupun lembam, mereka akan menjalani ujian bertulis/lisan.
  3. Memegang Lesen Belajar Memandu (LDL) yang sah sekurang-kurangnya 30 hari. Bagi yang belum tahu apa itu lesen LDL, lesen inilah yang membolehkan anda belajar memandu kenderaan mengikut kelas masing-masing bersama guru pelatih.
  4. Menjalani Latihan Amali Litar selama 9 jam 30 minit. Masa ini anda akan belajar membawa kenderaan di dalam litar di institut memandu.
  5. Menjalani Latihan Amali Jalan Raya selama jumlah masa 5 jam 30 minit. Latihan ini mungkin agak mencabar kerana anda akan diuji membawa kenderaan di jalan raya yang sebenar.
  6. Melepasi Pra ujian (QTI)
  7. Akhir sekali Lulus Ujian Praktikal

Berapa Lama Tempoh Latihan?

Biasanya, tempoh latihan dianggarkan dari 3 hingga 5 bulan.

Latihan sepatutnya dilaksanakan pada cuti hujung minggu atau pada bila-bila msa yang sesuai supaya tidak mengganggu rutin harian pelajar memandu.

Jadi, kalau anda banyak masa terluang dan tidak disibukkan dengan pekerjaan, lebih cepatlah anda boleh menghabiskan masa latihan.

Jadi demikianlah serba sedikit mengenai Program BKLM.

Bagi anda yang rasa bahawa diri anda layak untuk memohon, boleh usahakan untuk mendapatkannya dengan menghubungi pihak JPJ terdekat anda.

Lepas ini dah boleh buat lesen motor dengan harga yang lebih murah daripada harga asal!

Jadi, manfaatkan peluang ini sebaik mungkin.