Harga Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Atau JPJ

Harga renew lesen memandu di mana-mana Pejabat Pos atau JPJ yang berdekatan dengan anda di seluruh negara. Lesen memandu anda telah tamat tempoh dan perlu di renew (diperbaharui)? Kalau tidak mahu kena saman JPJ atau polis trafik kenalah renew lesen memandu anda.

Adalah tangungjawab anda untuk sentiasa memastikan memiliki lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh untuk memandu kereta.

Semua tentu tahu atau sedar bahawa kos bayar saman lesen memandu tamat tempoh lebih mahal berbanding harga memperbaharui lesen memandu.

Pilihan terbaik ialah jangan abaikan memperbaharui lesen memandu anda.

Baca juga: Senarai Harga Saman Polis Trafik Pelbagai Kesalahan

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda sedikit info tentang kadar bayaran untuk renew lesen memandu yang telah tamat tempoh di Pejabat Pos atau JPJ.

Senarai Harga Renew Lesen Memandu

Tahun ini senarai di bawah adalah kadar bayaran yang perlu anda bayar. Tidaklah mahal berbanding kadar bayaran saman polis trafik atau JPJ jika anda tidak renew lesen memandu anda.

Untuk panduan anda sila rujuk senarai di bawah.

  1. Bayaran renew lesen untuk tempoh setahun: RM30
  2. Bayaran renew lesen untuk tempoh 2 tahun: RM60
  3. Bayaran renew lesen untuk tempoh 5 tahun: RM150

Untuk maklumat berkenaan harga terkini anda boleh layari terus laman website rasmi pihak JPJ.

Urusan memperbaharui lesen memandu tamat tempoh boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ atau Pejabat Pos yang ada menawarkan perkhidmatan tersebut.

Kadar Bayaran Perlesenan Pemandu

Untuk mereka yang bercadang untuk mendapatkan lesen memandu, maklumat di bawah ini mungkin bermanfaat kepada anda.

Jadual di bawah adalah kadar bayaran bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu untuk rujukan anda.

Mungkin kadar ini boleh berubah dari masa ke semasa.

Senarai harga lesen memandu JPJ yang terkini

Jika anda perlukan maklumat terkini dan lebih lengkap, silalah berhubung dengan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat dengan anda.

Biasanya sekolah memandu juga mempunyai maklumat yang lengkap mengenai perkara ini. Kalau ada rakan-rakan yang berkerja di pusat latihan memandu, bolehlah juga dapatkan info dari mereka.

Semoga perkongsian informasi umum mengenai harga renew lesen memandu ini bermanfaat kepada anda.

—————————————————————