Harga Saman Polis Trafik Pelbagai Kesalahan

Harga saman polis trafik 2020 pelbagai kesalahan yang terkini sebagai panduan pengguna jalan raya. Tentu semua sudah pernah ada pengalaman kena saman oleh polis trafik atas pelbagai kesalahan jalanraya dan lalulintas.

Mesti susah hati memikirkan kos bayar saman, malah selepas itu tentu anda sibuk tanya kawan-kawan anggaran harga saman yang terpaksa anda bayar.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda senarai harga saman polis trafik untuk panduan anda. Semoga selepas melihat senarai ini anda menjadi pemandu yang baik dan tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan jalan raya lagi.

Baca juga: Cara Check Saman JPJ & Polis Trafik

Senarai Harga Saman Polis Trafik

Harga saman polis trafik 2023

Di bawah adalah senarai harga saman yang dikeluarkan oleh polis trafik tahun ini untuk pelbagai kesalahan mengikut kategori kesalahan yang anda telah lakukan.

Ingin kami ingatkan anda bahawa harga kompaun saman polis trafik mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Untuk mengelak sebarang keraguan dan kekeliruan anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak polis untuk info terbaru.

Sila rujuk senarai di bawah;

1. Kesalahan (A)

  1. Memandu laju ( Tidak melebihi 40 km/j
    dari had yang ditetapkan).
  2. Membuat pusingan ‘U’ di tempat
    yang tidak dibenarkan.
  3. Brek tidak efisyen.
  4. Berhenti di petak kuning
  5. Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’.
  6. Gagal mematuhi lampu isyarat .
  7. Tidak memakai tali pinggang keledar.
  8. Memotong barisan ( potong Q )
  9. Menggunakan lorong kecemasan
  10. Tiada lesen memandu

Kadar Saman Semua Jenis Kenderaan;

Kereta

  • 1 – 15 HARI =RM150
  • 16 – 30 HARI =RM200
  • 31 – 60 HARI=RM300

Motorsikal 250cc

  • 1 – 15 HARI =RM100
  • 16 – 30 HARI =RM150
  • 31 – 60 HARI=RM300

2. Kesalahan (B)

  1. Lampu tidak menyala.
  2. Lampu brek tidak berfungsi.
  3. Tidak memasang lampu.
  4. Tidak memasang cermin sisi.
  5. Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian.

Semua Jenis Kenderaan

Kereta

  • 1 – 15 HARI =RM100
  • 16 – 30 HARI =RM150
  • 31 – 60 HARI=RM250

Motorsikal 250cc

  • 1 – 15 HARI =RM50
  • 16 – 30 HARI =RM100
  • 31 – 60 HARI=RM150

3. Kesalahan (C)

  1. Lesen memandu tamat tempoh.
  2. Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan.
  3. Tidak membuat tukar milik.
  4. Tidak mempamerkan plat ‘P’.

Semua jenis kenderaan

Kereta

  • 1 – 15 HARI =RM70
  • 16 – 30 HARI =RM120
  • 31 – 60 HARI=RM150

Motorsikal 250cc

  • 1 – 15 HARI =RM40
  • 16 – 30 HARI =RM70
  • 31 – 60 HARI=RM120

4. Kesalahan (D)

  1. Memandu laju ( melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
  2. Pemandu teksi tidak menggunakan meter.

Semua jenis kenderaan termasuk Motorsikal di bawah 250CC

  • 1 – 15 HARI =RM300
  • 16 – 30 HARI =RM300
  • 31 – 60 HARI=RM300

Berikut adalah kadar kompaun bagi setiap kesalahan.

Kadar kompaun ini adalah harga asal dan akan meningkat jika lewat bayar.

  • Tidak memakai topi keledar – RM100
  • Memotong barisan secara berbahaya – RM150
  • Memandu di lorong kecemasan – RM150
  • Kesalahan lampu merah – RM150
  • Halangan Lalulintas – RM150
  • Membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan –RM150
  • Lampu isyarat kenderaan kenderaan tidak berfungsi –RM100
  • Larangan meletak kenderaan – RM150
  • Larangan memotong di jalan raya – RM150
  • Melebihi had laju (melebihi 40 km/j dari had laju) –RM300
  • Melebihi had laju (kurang 40 km/j dari had laju) –RM150
  • Tidak memakai talipinggang keledar – RM150
  • Tiada lesen kenderaan/motor – RM150
  • Memandu sambil menggunakan alat komunikasi –RM150
  • Tidak pamer “P” Depan/Belakang – RM70

Diskaun Saman Polis

Kami difahamkan bahasa sejak 22 Februari lepas pihak polis ada memaklumkan bahawa tiada rayuan diskaun saman polis trafik akan di terima sehingga dimaklukan kelak.

Walau bagaimanapun terdapat pilihan yang lain iaitu membayar saman anda melalui portal RILEK yang menyediakan diskaun sehingga 10%.

Jika ingin bayar saman polis trafik cuba gunakan applikasi RILEK manalah tahu boleh dapat diskaun dan jumlah bayaran adalah kurang sikit.

Sistem bayar saman polis online

Bayar Saman Polis Trafik Online

Untuk membayar saman terdapat 2 cara. Anda boleh bawa saman polis trafik anda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) cawangan trafik yang terdekat dengan anda dan bayar saman anda di kaunter. Cara ini agak popular tetapi agak menyusahkan.

Cara kedua ialah bayar saman polis trafik online di mana anda boleh menyelesaikan bayaran yang perlu di bayar secara online.

Antara portal yang anda boleh gunakan ialah portal MyEG dan RILEK.

Harap perkongsian info mengenai harga saman polis trafik  ini bermanfaat kepada anda. Memandulah dengan cermat, ingat orang yang tersayang.