Cara Memohon Bantuan RM100 Tabung Pendidikan Kerajaan Sabah (BISTARI)

Inisiatif bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah RM100 tabung simpanan pendidikan anak Sabah syarat kelayakan dan cara memohon bantuan pendidikan kerajaan Sabah tahun 2023.

Cara Memohon bantuan RM100 tabung pendidikan anak kerajaan negeri Sabah

READ: Cara Claim Bantuan eTunai RM100

Berita baik!

Bayi yang dilahirkan di Sabah layak untuk memohon Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI).

Bantuan dengan peruntukan dana sehingga RM5 juta ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada penghujung tahun 2021.

Inisiatif ini adalah komitmen kerajaan Sabah terhadap pembangunan modal insan dan juga mengalakkan para ibubapa untuk membuat simpanan anak sejak kelahiran.

Cara Permohonan BISTARI

Warga yang layak boleh memohon bantuan ini. Permohonan dibuka sepanjang tahun ini bermula 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

Permohonan yang berjaya akan mendapat bantuan RM100 yang dimasukkan terus ke akaun SSPN bayi.

Permohonan boleh dibuat menerusi 2 kaedah iaitu

1. Secara online (Talian)

Layari pautan berikut untuk membuat permohonan secara online https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeMsi4AVa2jIW6gLhAvA9UrfJvMnXZy9FSljuWJENpCtC1fQw/viewform

Ikut sahaja segala arahan yang ada dalam pautan tersebut untuk memohon secara online.

2. Menggunakan Borang Permohonan

Anda juga boleh memohon menggunakan borang permohonan yang disediakan.

Download borang permohonan https://drive.google.com/file/d/1Nza87wvvG3ODDQA23a0xg7xPQDzOWU1Z/view

Lengkapkan borang permohonan berikut dan sertakan segala dokumen yang diperlukan.

  • Sijil Lahir Bayi
  • Kad Pengenalan Ibubapa

Selepas borang tersebut dilengkapkan hantar ke Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas.

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-369872/012-8662419

Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook Rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas.

Syarat Kelayakan Memohon

Permohonan harus menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  • Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2023 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
  • Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Jika anda menepati syarat kelayakan di atas, jangan tunggu lama, mohonlah hari ini untuk tabung pendidikan anak kesayangan anda.