Permohonan Kursus ILKBS Syarat Kelayakan & Senarai Kursus Ditawarkan.
Permohonan kursus ekampus ILKBS pelajar berminat bidang kemahiran dan memenuhi syarat kemasukan IKBN. Pelajar yang sudah memohon boleh buat semakan keputusan ILKBS. Apa itu ILKBS? Maksud ILKBS ialah Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan.
ILKBS adalah institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Jika berminat dalam bidang kemahiran boleh memohon untuk melajutkan pengajian peringkat Sijil dan Diploma di ILKBS.
Terdapat 3 institusi pengajian kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan iaitu;
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
- Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Lokasi Kampus ILKBS
Terdapat 22 kampus ILKBS di Malaysia setakat ini.
- IKTBN Sepang
- IKTBN Dusun Tua
- IKBN Peretak
- IKBN Kuala Langat
- IKBN Jitra
- IKBN Naka
- IKBN Kuala Perlis
- IKBN Seri Iskandar
- IKTBN Temerloh
- IKBN Pekan
- IKTBN Bachok
- IKBN Tanah Merah
- IKBN Wakaf Tapai
- IKBN Kemasik
- IKBN Cehembong
- IKTBN Alor Gajah
- IKTBN Pagoh
- IKBN Bandar Penawar
- IKTBN Bukit Mertajam
- IKBN Kinarut
- IKBN Miri
- Akademi Kemahiran Belia Gold (AKBG) – KL
Banyak pilihan. Bolehlah ambil kursus kemahiran yang terdekat dengan anda.
Senarai Kursus / Program Kemahiran ILKBS
Terdapat banyak kursus yang ditawarkan di institusi kemahiran ini. Anda boleh download senarai kursus yang ada di bawah.
Download senarai kursus atau program ILKBS di pautan Senarai Kursus ILKBS Lepasan SPM.
Senarai kursus ini juga mengandungi maklumat mengenai lokasi kampus tempat kursus ditawarkan, syarat kelayakan kursus, tempoh pengajian dan sebagainya.
Cara Memohon
Dari masa ke semasa ILKBS akan mengadakan pengambilan pelajar baru.
Untuk memohon anda kena selalu semak hebahan terkini di website rasmi KBS di pautan ini https://ekampus.kbs.gov.my/
Jika anda berminat dengan mana-mana kursus program kemahiran di ILKBS anda boleh memohon di portal eKampus.
Rujuk panduan permohonan kursus kemahiran di ILKBS >> Panduan Permohonan Program Kemahiran ILKBS.
Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan mereka di talian 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03-8871 3683
All the best kepada anda yang memohon.