Iklan Jawatan Kosong MARA Guru MRSM / IPMA & Syarat Permohonan

Semakan jawatan kosong dan Syarat jawatan kosong Mara berserta Iklan jawatan kosong Mara 2023. Permohonan guru Mara kini dibuka.

Iklan Jawatan Kosong MARA

READ: Cara Memohon Bantuan RM100 Tabung Pendidikan Sabah

Berita baik!

Jika anda sedang mencari kerja, ini peluang baik anda. Pelbagai jawatan kosong kini dibuka untuk pemohon yang berminat dan layak.

Permohonan dibuka dari 16 hingga 31 Ogos 2023

Berikut adalah antara pelbagai jawatan kosong yang dibuka untuk permohonan.

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG41)
  • Pembantu Makmal (C19)
  • Juruteknik Komputer (FT19)
  • Pembantu Tadbir (P/O) (N19)
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) (W19)
  • Pembantu Operasi (N11)
  • Pemandu Kenderaan (H11)

Syarat Permohonan & Lantikan

Berikut syarat permohonan jawatan kosong dengan MARA. Jika anda berminat dan menepati syarat yang ditetapkan, silakan memohon.

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Kelayakan lantikan ke Gred DG41 secara kontrak :
    i. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
    ii. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
    iii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
    iv. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
    v. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
    vi. Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau
    vii. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).
  5. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi luar negara juga boleh memohon jawatan ini jika kelayakan akademik tersebut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
    Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut : –
    https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm ; atau – https://www2.mqa.gov.my/mqr/
  6. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat;
  7. Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  8. Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental;
  9. Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  10. Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);
  11. Pemohon perlu mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain; dan
  12. Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Cara Memohon

Jika anda menepati syarat kelayakan seperti di atas permohonan boleh dibuat secara online.

Layari pautan https://www.mara.gov.my/peluang-kerjaya-bersama-mara-3/

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci dan lanjut, anda bole rujuk pautan iklan kekosongan jawatan MARA di bawah

Pautan https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan.pdf

Jangan lepaskan peluang ini. Memohonlah hari ini, mana tahu reziki anda untuk mendapat kerja terbaik tahun ini.