Permohonan Biasiswa Sukan KPT & Syarat Kelayakan Memohon
Permohonan biasiswa sukan 2023 untuk pelajar IPT. Jumlah biasiswa sukan KPT ini boleh anda semak di portal rasmi BSP (Biasiswa Sukan Persekutuan). Borang biasiswa sukan boleh anda isi secara online.
Berita baik!
Kementerian Belia Sukan ada membuat tawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) yang disasarkan untuk atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat DIploma atau Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPT di Malaysia.
Dengan syarat bidang pengajian yang diambil adalah diiktiraf oleh kerajaan.
Objektif tajaan BSP ini adalah membantu atlet negara meneruskan usaha dan minat dalam arena sukan.
Syarat Kelayakan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP)
Sebelum memohon, pastikan anda ada buat semakan dengan teliti syarat permohonan untuk tajaan pendidikan ini.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah dari golongan atlet yang masih giat dalam bidang sukan (tidak termasuk pegawai dan jurulatih sukan).
- Pemohon-pemohon mestilah dari mereka yang telah mencapai prestasi yang cemerlang sekurang-kurangnya dalam pertandingan Majlis Sukan di peringkat sukan sekolah-sekolah ASEAN atau mana-mana pertandingan yang setarah dengannya.
- Pemohon-pemohon adalah dikehendaki untuk memperoleh dengan sendirinya tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hanya pemohon yang berjaya mendapat tempat di universiti / institusi akan ditawarkan biasiswa.
- Pemohon yang menerima biassiwa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihanraya semasa tempoh pengajian dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekiranya diperlukan.
- Pemohon bagi biasiswa ini mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun pada 31 Disember 2023.
- Pemohon mestilah sihat dari segi mental dan fizikal.
- Pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
Cara Memohon
Jika anda berminat dan memenuhi syarat memohon di atas, bolehlah teruskan dengan proses permohonan anda.
Permohonan boleh dibuat online. Layari portal rasmi SBSP.
Selepas itu ikuti 4 langkah memohon di bawah.
- Layari laman sesawang rasmi SBSP.
- Pilih e-Bantuan.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Klik Hantar.
Permohona boleh dibuat bermula 24 Ogos hingga 7 September 2023
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SBSP atau hubungi di talian 03-8871 3548/3546.
Kepada anda yang memohon kami ucapkan all the best!