Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT Lepasan SPM

Pasti ramai adik-adik di luar sana yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat
lebih tinggi, tetapi pada masa yang risau tentang keadaan kewangan semasa kan?

Tahukan anda bahawa terdapat Skim Bantuan Awal Pelajar IPT yang diberikan kepada para pelajar di luar sana.

Jika rajin cari memang ada sahaja peluang dapatkan bantuan awal untuk ke IPT.

Jika adik-adik mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, ataupun Sarjana Muda, maka adik-adik mungkin layak untukmenerima bantuan ini.

Walaupun mungkin jumlah penerima terhad akibat kekangan peruntukan, tetapi siapa tahu kali ini reziki anda.

Selain ini sebenarnya ada banyak tajaan pendidikan ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta di luar sana.

Siapa yang memberi skim bantuan nie?

Skim bantuan ini ditawarkan oleh Pusat Zakat, Baitulmal, dan Yayasan seluruh Negeri melalui kerajaan negeri, pusat zakat, dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Jika adik-adik berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah, skim ini sedikit sebanyak pasti dapat meringankan beban kewangan anda terutama ibu bapa.

Sementara menunggu duit biasiswa ataupun PTPTN, dapatlah juga gunakan skim bantuan awal untuk buat persediaan awal sambung belajar.

Pasti adik-adik nak tahu, siapa sahaja yang menawarkan skim bantuan awal ni kan?

Sebenarnya terdapat banyak agensi dan negeri yang menawarkannya.

Ia bergantung kepada syarat kelayakan penerima dan prosedur memohon masing-masing.

Jika adik-adik nak tahu lebih lanjut, mari lihat senarai berikut.

Berikut adalah 25 agensi yang biasanya sering menawarkan skim bantuan awal pelajar IPT :

  1. Bantuan Zakat dari Majlis Agama Ilsam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  2. Skim Bantuan Kewangan Pelajar IPTS IPTA RISDA
  3. Bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  4. Bantuan Skim Dana Ehsan (SDEP)
  5. Bantuan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor
  6. Bantuan Kewangan Anak Sarawak
  7. Bantuan kerajaan untuk pelajar terdiri Anak Penang Pulau Pinang
  8. Bantuan Skim Pembiayaan Pendidikan Tinggi (SPIN)
  9. Bantuan Permohonan Insentif Harapan Siswa (IHS) dari Yayasan Pelajaran Johor
  10. Bantuan Awal Pengajian IPTA / IPTS daripada Pusat Zakat & Baitulmal Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu
  11. Bantuan IPT kewangan pendidikan anak negeri dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
  12. Bantuan Anak Selangor Masuk Universiti (hadiah pengajian IPT)
  13. Bantuan Dermasiswa Yayasan Negeri Perak
  14. Skim Bantuan Sara Hidup dan Kecemasan Anak Perak
  15. Bantuan Kemasukan Ke IPT oleh Tabung Baitulmal Pendidikan Negeri Sarawak
  16. Bantuan Sambung Belajar ke IPT untuk Anak kelantan
  17. Bantuan TAPEM Melaka
  18. Bantuan Derma Siswa Sambung pelajaran ke IPT Untuk Anak negeri Kedah
  19. Bantuan Yayasan Tunku Abdul Rahman
  20. Geran Yayasan Pahang (Bantuan Kepada pelajar IPT Untuk Dermasiswa Anak Pahang)
  21. Bantuan Dana Kewangan IPT di Negeri Sembilan
  22. Duit Bantuan Wang untuk Kemasukan Ke IPT bagi Anak Perlis dari Pusat Zakat Perlis
  23. Bantuan Mahasiswa Bakti Desa
  24. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
  25. Bantuan Pendidikan Untuk Pelajar Asasi Universiti Awam (UA)

Adik-adik boleh memohon salah satu daripada tawaran skim bantuan di atas mengikut kesesuaian adik-adik.

Tetapi kalau adik-adik seorang anak kelahiran Kelantan, jangan mohon bantuan TAPEM Melaka pula ya!

Permohonan pasti akan ditolak kerana tidak memenuhi kriteria.

Mari kita lihat contoh Bantuan TAPEM Melaka, bagaimana syarat kelayakan, cara memohon bantuan, dan berapa jumlah bantuan yang akan diterima.

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka untuk pelajar warga Melaka

Syarat Kelayakan Bagi Pemohon bagi Bantuan TAPEM Melaka

  1. Lahir di negeri Melaka
  2. Ibu atau bapa lahir di negeri Melaka
  3. Bermastautin di Negeri Melaka dan
  4. Pengundi di Negeri Melaka.
  5. Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  6. Baru kali pertama masuk ke IPT.
  7. Membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  8. Jika ibu bapa bukan lahir di negeri Melaka, permohonan layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  9. Permohonan tidak layak dipertimbangkan jika ibu bapa bukan warganegara Malaysia.
  10. Permohonan anda juga tidak akan dipertimbangkan jika borang permohonan tidak lengkap dan tidak mengikuti syarat.

Cara Memohon Bantuan TAPEM Melaka

  1. Adik-adik boleh memohon bantuan secara atas talian di pautan
    https://tapemonline.melaka.gov.my/. Jika adik-adik baru kali pertama kali nak memohon,
    adik-adik perlu buat pendaftaran baru terlebih dahulu. Barulah selepas itu adik-adik boleh
    log masuk ke laman tersebut.
  2. Setelah adik-adik selesai mengisi borang yang dikehendaki, adik-adik perlu cetak borang
    tersebut. Jangan lupa juga hantar borang tersebut bersama-sama dengan dokumen
    sokongan yang diminta ke pejabat TAPEM.
  3. Kalau adik-adik tidak tahu mengisi borang secara atas talian, adik-adik boleh dapatkan
    borang di pejabat TAPEM. Jangan lupa bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan,
    dan pastikan datang pada waktu pejabat.

Skop Pembiayaan

Pasti bahagian ini yang adik-adik paling teruja nak tahu kan?

Skop pembiayaan bergantung padaperingkat pengajian yang adik-adik akan duduki.

Walau bagaimana pun, perlu adik-adik ambil tahu bahawa pembiayaan bantuan adalah secara one-off sahaja.

Gunakan wang sebaik mungkin ya!

Peringkat Pengajian Amaun (RM)

  • Diploma 300.00
  • Ijazah 400.00
  • Sarjana 400.00
  • PHD 400.00

Makluman Penting Kepada Pelajar Yang Memohon Skim Bantuan TAPEM

  1. Sebelum adik-adik menghantar borang permohonan, pastikan adik-adik telah
    melampirkan setiap 1 salinan dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai
    Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang. Apa salinan dokumen
    yang diperlukan? Pastikan adik-adik buat senarai semak tau! Biar tidak ada yang
    tertinggal.

Senarai dokumen yang memerlukan salinan yang telah disahkan:

  • Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
  • Sijil Lahir pemohon.
  • Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
  • Sijil sekiranya Ibubapa yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1
    Salinan Sijil Nikah)
  • Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai
    tarikh pendaftaran ke masukan IPT
  • Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.
    • Bank yang aktif sahaja
    • Akaun Bersama tidak dibenarkan.
    • Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • Sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • Salinan bidang pengajian yang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

2. Setelah borang permohonan adik-adik telah lengkap bersama semua salinan dokumen
yang telah disahkan, adik-adik perlu menghantar borang tersebut ke alamat berikut:

Pengurus Besar,
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,
No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang,
Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.
(No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554)

3. Setelah adik-adik membuat permohonan, tetapi adik-adik tidak menerima sebarang
pembayaran melebihi tempoh dua bulan dari permohonan, maka permohonan adik-adik
akan dianggap tidal berjaya.

Tapi adik-adik jangan sedih dan berputus asa, pasti ada rezeki yang lebih besar untuk adik-adik di luar sana.

Maklumat Lanjut

Jika adik-adik mempunyai sebarang kemusykilan. Adik-adik melayari sesawang ini untuk
maklumat lanjut.

Selain itu, terdapat cara lain untuk anda berhubung dengan pihak TAPEM.

  1. E-mel : tapem@melaka.gov.my
  2. Nombor telefon: +606-333 3333 x 3201/02/03/05/06/07/10 atau +606-2331450

Akhir sekali kepada adik-adik di luar sana, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai agensi-agensi
skim bantuan yang lain, adik-adik boleh dapatkan maklumat dan info lengkap melalui website rasmi para penaja yang tersenarai di atas.

Maklumat sahih dan terkini hanya boleh dibaca di website rasmi mereka. Jangan malas untuk cari maklumat ya!

Mungkin adik-adik memerlukan maklumat penting yang lain seperti berapa jumlah bantuan yang akan diberikan, syarat kelayakan untuk memohon, bila tarikh buka dan tarikh tutup permohonan, dan borang yang perlu diisi untuk memohon.