Produk Ubatan/Kosmetik Berdaftar KKM? Cara Semak Status Pendaftaran Produk
Pasaran Malaysia kini dibanjiri oleh jutaan produk ubat-ubatan, suplemen dan kosmetik oleh pelbagai jenis pengeluar. Persoalannya, adakah kesemua produk-produk yang dipasarkan tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Kenapa perlu berdaftar dengan KKM?
Untuk pengetahuan anda, produk yang berdaftar adalah produk yang terjamin dari segi Keselamatan (Safety), Kualiti (Quality) dan Keberkesanan (Efficacy).
Salah satu ciri-ciri produk berdaftar adalah ia mempunyai nombor pendaftaran MAL contohnya MAL20125467T dan label keselamatan Hologram pada pembungkusan produk.
Anda mestilah nak dapatkan produk yang berkualiti, berkesan dan keselamatannya terjamin kan?
Jadi, pastikan produk yang anda pilih telah berdaftar dengan KKM sebelum membuat keputusan pembelian ataupun memakannya.
Sebelum nak tahu cara menyemak status produk berdaftar, mari kita lihat beberapa kategori pendaftaran produk.
Kategori Pendaftaran Produk:
A – ubat yang mengandungi racun terkawal contohnya antibiotik, darang tinggi
X – ubat yang tidak mengandungi racun terkawal
T – ubat tradisional
N – ubat sapplemen kesihatan
H – ubat veterinar
Cara Semak Status Pendaftaran Produk:
Semak Melalui Laman Sesawang
- Anda boleh semak melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Klik ikon ‘Produk Search’ pada laman sesawang tersebut.
- Anda boleh menyemak status pendaftaran produk dengan memasukkan salah satu maklumat berikut:
- Nama produk
- Nombor pendaftaran
- Nama pemegang pendaftaran
- Bahan-bahan aktif produk
- Nama pengilang/pengimport
Sekiranya produk yang anda cari tersebut adalah produk yang berdaftar, anda akan lihat status pendaftaran dipaparkan pada skrin anda.
Berikut adalah contoh beberapa produk Aiken yang berdaftar:
Selepas dapatkan kepastian nombor pendaftaran, jangan lupa untuk semak kesahihan label hologram produk.
Anda boleh periksa melalui ahli farmasi, hospital, klinik, ataupun di mana-mana premis farmasi berdekatan.
Semak dengan Menghubungi NPRA
Hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Semak Melalui Aplikasi NPRA
Muat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi menyemak status pendaftaran produk ubat-ubatan/suplemen.
Cara Membuat Laporan atau Aduan
Anda boleh membuat laporan ataupun aduan sekiranya anda mengesyaki sebarang produk yang mengandungi bahan terlarang.
Laporan boleh dibuat dengan cara memuat turun dan mengisi Borang Aduan Kosmetik Bernotifikasi.
Setelah melengkapkan semua maklumat produk, butiran aduan, dan maklumat pengadu anda boleh hantar borang tersebut melalui email kosmetik@npra.gov.my untuk diambil tindakan selanjutnya.
Sebelum menghantar borang melalui email, pastikan anda sertakan sekali sampel produk atau gambar produk sebagai bukti dan rujukan pihak NPRA.
So, harap selepas ini mungkin kekeliruan mengenai apakah produk kesihatan itu berdaftar dengan KKM tidak berlaku lagi kerana anda sendiri boleh membuat semakan.
Semoga sedikit informasi ini bermanfaat kepada anda.