Senarai Klinik & Semakan Kelayakan Skim Perubatan Madani (SPM) Online

Skim Perubatan Madani (SPM) diwujudkan oleh kementerian Kesihatan Malaysia juga dikenali sebagai bantuan perubatan madani. Semakan kelayakan skim perubatan madani dan senarai klinik skim perubatan Madani yang terdekat dengan anda.

Semakan boleh dibuat online di www.protecthealth.com.my skim perubatan madani.

Senarai klinik skim perubatan madani (SPM)

READ: Permohonan Kursus Kemahiran ILKBS

Berita baik!

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan bantuan Skim Perubatan Madani.

Disasarkan untuk golongan B40 bagi membantu menampung kos dan keperluan perubatan B40 untuk rawatan penjagaan kesihatan Primer Akut.

Rawatan diberikan percuma kepada individu yang layak untuk skim ini.

Pemohon tidak perlu mendaftar kerana kelayakan secara automatik diberi kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar.

Semakan Kelayakan Skim Perubatan Madani

Anda boleh buat semakan secara online di www.protecthealth.com.my.

Jika anda layak bolehlah mendapatkan rawatan di bawah skim ini.

Hanya pemohon yang menghidap yang tersenarai sebagai penyakit dalam kategori Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut boleh mendapatkan bantuan di bawah skim ini.

Antara masalah kesihatan yang tersenarai ialah:

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh pada mana-mana anggota badan
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Senarai Klinik

Selepas anda menyemak kelayakan, anda juga boleh cari senarai klinik yang berdekatan dengan anda.

Carian boleh dibuat di portal yang sama iaitu https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics

Jumlah klinik swasta yang akan menyokong skim ini dijangka akan bertambah pada masa akan datang.

Selalu semak senarai klinik dari masa ke semasa untuk senarai terkini.

Jika anda layak, jangan lepaskan peluang ini.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas bantuan ini.