Senarai Jenama Beras Murah Tapi Sedap Yang Ada Di Malaysia
Nasi boleh dikatakan makanan wajib bagi rakyat Malaysia. Sebab itulah dikatakan makanan ruji di Malaysia.
Kalau tak makan nasi, memang rasa tak lengkap dan tak kenyang, betul tak?
Sebab itu bila harga beras naik baru-baru ini, rakyat heboh. Komoditi beras adalah keperluan asas.
Kenaikan harganya tentu menyulitkan ramai warga, terutamanya yang anggota isi rumahnya ramai. Banyak beras diperlukan.
Begitu juga kepada golongan B40. Harap kerajaan mencari penyelesaian kepada masalah ini.
Berbalik kepada persoalan kali nie, beras murah tapi sedap.
Sebelum kenaikan harga beras, ianya boleh katakan mampu milik tapi kini mungkin situasi sudah berbeza.
Untuk perkongsian kali ini, kita senaraikan beras berkualiti dan sedap yang ada dalam pasaran di Malaysia.
11 Jenama Beras Berkualiti Dan Sedap
Mari semak senarai 11 jenama beras berkualiti dan sedap yang ada dalam pasaran di negara kita.
Di bawah ada sedikit senarai 11 jenama beras tersebut.
1. Beras Kashmir Faiza Basmathi
Beras ini diimport dari Pakistan. Berasnya yang panjang, bertekstur dan bersih. Selamat untuk dimasak.
Jika nak masak Nasi Briyani, beras inilah yang harus anda pilih kerana bentuknya yang panjang dan tidak berderai selain lembut dan sedap.
2. Beras Jati Super Spesial Tempatan
Dikatakan baik untuk digunakan oleh pesakit kencing manis, beras ini sentiasa menjadi pilihan ramai orang.
Harganya masih dalam kategori mampu milik, sedap dimakan dan tekstur berasnya tidak hancur.
3. Beras Juara Selera 5 (Beras Super Import)
Beras ini sangat berkualiti campuran beras tempatan dengan 25% beras wangi dari Thailand.
Sedap dan tidak mudah basi. Sesuai untuk masakan Nasi Goreng dan Nasi Ayam kerana baunya yang wangi dan menyenangkan.
4. Jasmine Moly Beras Super Wangi Thai
Beras ini didatangkan dari Thailand boleh dibeli pada harga mampu milik dan banyak terdapat di pasar raya.
Biasanya beras ini sesuai untuk masakan Nasi Ayam kerana baunya yang wangi.
5. Beras Faiza Emas Tempatan
Jenama ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana teksturnya yang sedap dan mudah dimasak.
Beras ini mengandungi kandungan beras hancur 5%.
6. Jasmine Sunwhite AAA Special
Beras ini memiliki keharuman yang tinggi dan menyelerakan
Beras ini sering menjadi pilihan untuk masakan Nasi Ayam dan juga Nasi Goreng kerana ianya senang dimasak dan tidak hancur.
7. Jasmine Basmathi King Special Super Long Aromatic Variety
Beras ini memang agak mahal tetapi berbaloi kerana kualitinya yang sangat tinggi
Dikatakan beras ini tumbuh di kawasan Punjab yang mendapat sumber air semulajadi dari glasier Himalaya.
Bentuk berasnya panjang dan tidak berderai, selepas dimasak saiz beras akan menjadi lebih panjang.
Memiliki aroma yang menari, tekstur yang lembut dan harum beras ini sentiasa menjadi pilihan pengemar jenis beras tersebut.
8. Beras Kay Kay Rice & More Low Glycemic Index (GI)
Beras ini diproses menggunakan teknologi tinggi tanpa campuran bahan kimia, peluntur atau pengawet.
Ianya dikatakan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa
9. Beras Pulut Cap Angsa Emas AAA
Beras ini agak kurang popular dalam kalangan pengguna di Malaysia berbandi jenama beras yang lain tetapi harganya dalam kategori mampu milik.
Ianya mudah dimasak dan selamat untuk dimakan.
10. Beras EcoBrown’s Original
Beras ini dikatakan sesuai dimakan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetes kerana kandungan gulanya yang rendah.
Beras ini bertekstur gebu dan lazat dengan kualiti tinggi.
11. Beras Floral Beras Wangi Thai
Beras ini sesuai untuk si kecil yang baru belajar untuk makan. Beras ini berkhasiat kerana tidak melalui pelbagai proses pemutihan.
Jika anda ada bayi 6 bulan ke atas, beras ini boleh menjadi pilihan anda.
Berbalik kepada isu kenaikan harga beras, jika anda ada maklumat peniaga yang menaikkan harga beras secara keterlaluan, laporkan kepada pihak berwajib KPDN.
Sebenarnya ada banyak jenis lagi beras jenama lain yang murah tapi sedap. Kita akan update di sini dari masa ke semasa senarai ini. Beras sememangnya penting kepada kita rakyat Malaysia.