Senarai Jenama Beras Tempatan Malaysia Yang Terbaik Di Pasaran Ketika Ini

Sekarang ini heboh mengenai kenaikan harga beras dalam pasaran. Walaupun kerajaan ada menyatakan dan memberi jaminan bahawa harga beras tempatan tidak akan naik tetapi itu tidak dapat menyelesaikan kegusaran orang awam.

Ini kerana jika anda membeli beras dan mencari beras tempatan, anda tidak akan menemuinya ketika ini. Tidak tahulah pada masa akan datang nanti.

Terpaksalah kita membeli beras import yang telah mengalami kenaikan harga sehingga melebihi RM10 ketika ini.

READ: 10 Program Ijazah Paling Cepat Dapat Kerja

Nampak gaya, Malaysia kena lipat gandakan usaha menggalakkan rakyat menanam padi.

Jika masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga beras ini berterusan, sudah tentu ramai rakyat yang akan menghadapi masalah.

Apapun kali ini mari kita melihat sedikit informasi mengenai jenama beras tempatan terbaik yang ada di Malaysia ketika ini.

Sebenarnya banyak jenama beras tempatan yang ada di setiap negeri untuk pasaran tempatan.

Untuk kali ini kita akan menyenaraikan jenama beras tempatan yang paling popular sahaja.

1. Jasmine Super Special Tempatan

Beras Jasmine Super Special Tempatan

Beras ini adalah beras yang telah mengalami proses pembuangan kulitnya dan kemudian digilap. Hasilnya menjadi bijirin sederhana keras dengan bau yang menyenangkan dan aroma yang sangat menyelerakan selepas dimasak.

Beras ini sesuai untuk masakandi restauran, ruma, Nasi Lemak dan Nasi Goreng.

Beras ini datang dalam pek 5kg, 10kg dan 20kg.

2. Cap Rambutan Super Special Tempatan

Beras Rambutan Super Special

Tidak dinafikan lagi beras jenama Cap Rambutan Special Tempatan dengan konsep hidangan dengan Hijau Beras Tempatan ini sentiasa konsisten dalam kawalan kualiti dan ketulenan.

Tidak hairanlah ramai yang menjadikan beras ini pengganti kepada beras import kerana ianya tidak kurang sedapnya dan tinggi kualitinya.

Beras ini sentiasa menjadi pilihan untuk masakan Nasi Goreng dan Nasi Lemak.

Datang dengan pek 5kg dan 10kg, sememangnya beras yang mula diperkenalkan sejak 1983 ini tidak akan luput ditelan zaman.

3. Cap Ketupat Super Special Tempatan

Beras Ketupat Super Special Tempatan

Beras ini diperkenalkan sejak tahun 1983 menawarkan kepada anda beras putih berkualiti tinggi yang dituai dari sawah padi di negara kita.

Beras Cap Ketupat Super Special Tempatan ini dikendalikan pemasarannya oleh OEL Distribution (Kedah) Sdn.Bhd yang berpusat di Kedah.

Datang dengan pek 5kg dan 10kg beras ini memang sentiasa menjadi pilihan ramai.

4. Sri Chengkih Local Super Special

Beras Cri Chengkih Super Special Tempatan rice

Beras ini memmilik tekstur sangat lembut dan kurang berkanji. Dikatakan beras ini baik untuk kesihatan kita.

Beras ini panjang, tahan lama, putih dan juga tidak mudah basi.

Kelebihan beras ini ialah, ianya sesuai untuk semua jenis masakan.

Didatangkan dengan pek 5kg dan juga 10kg dalam pasaran.

5. Faiza Gold Super Special (Beras Faiza Emas)

Beras yang berkualiti tinggi dan dijamin tulen ini dibungkus menggunakan mesin bagi memastikan kebersihannya sentiasa terpelihara dan terjamin.

Sesuai dengan masakan Nasi Goreng dan Nasi Lemak, beras ini sentiasa menjadi beras kegemaran dan pilihan orang ramai.

Datang dengan pek 5kg dan juga 10kg di pasaran tempatan.

6. Nagasari Super Special Tempatan

Beras ini popular di digunakan untuk semua jenis hidangan, dihasilkan dengan benih padi tempatan yang terbaik.

Datang dengan pek 5kg dan 40kg dalam pasaran.

7. Jati Padi Super Special Tempatan

Diperkenalkan sejak 1993, ianya dibungkus dalam plastik cetakan penuh warna dipasarkan dengan berat 5kg dan 10kg.

Beras ini dikatakan bebas gluten dan tidak alergik daripada semua jenis bijirin.

Ianya mengandungi protein kesemua lapan asid amino.

Beras Jati sentiasa menjadi pilihan orang ramai sejak ianya diperkenalkan dalam pasaran.

Jika anda mendapati ada peniaga yang menaikkan harga beras secara keterlaluan anda digalakkkan untuk melaporkannya ke KPDN untuk mereka siasat dan ambil tindakan.

Semoga sedikit informasi mengenai jenama beras tempatan di Malaysia yang paling popular ketika ini bermanfaat kepada anda.