8 Langkah Mengelakkan Panggilan Penipuan & Mengendali Panggilan
Ada masanya kita tiba-tiba terima panggilan dari orang yang tidak kita kenali atas pelbagai sebab.
Ada pelbagai sebab antaranya panggilan jualan dan scam. Yang panggilan scam ini yang berbahaya.
Ramai orang mendapat panggilan ini dan mengalami kerugian yang agak besar.
Oleh itu ada baiknya kita berkongsi cara mengendalikan penipuan panggilan agar kita mampu mengatasinya dan tidak terjebak dengan penipuan.
Di sini kita kongsikan 8 cara mengendalikan penipuan panggilan dari orang yang tidak kita kenali.
- Jangan panik dan bertenang
- Jangan ikut arahan pemanggil
- Jangan dedahkan maklumat peribadi
- Cabar pemanggil untuk sahkan maklumat
- Tuliskan butiran pemanggil (Nombor Talian & Nama)
- Putuskan panggilan
- Laporkan panggilan
- Kongsi pengalaman dengan keluarga & rakan
Jika anda ikut 8 tips mengendalikan panggilan penipuan ini, agak sukar untuk anda terjerumus atau tertipu melalui panggilan telefon.
Benda ini penting dan sentiasalah kita berwaspada.