Wajarkah Diskaun Pembayaran Balik PTPTN Dihentikan?

Sejak kebelakangan ini ramai yang kurang selesa berikutan kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bahawa KPT tidak bercadang untuk melanjutkan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Walau bagaimana pun beliau juga ada menyatakan bahawa disambung atau tidak disambung pemberian diskaun itu bergantung kepada keputusan Kementerian Kewangan.

READ: Senarai Pinjaman Pendidikan Terbaik Di Malaysia

Sekarang, persoalannya ialah kebanyakan kita bertanyakan kewajaran diskaun pembayaran balik PTPTN dihentikan.

Ini kerana jika dihentikan, ramai peminjam PTPTN mungkin akan terkesan.

Mari lihat apa kata mereka di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut mereka ada 5 sebab yang perlu dipertimbangkan jika diskaun ini tidak dihentikan.

  1. Sistem dan amalan pembayaran balik jumlah pinjaman yang rendah sebelum ini menjadi punca PTPTN menanggung hutang yang besar.
  2. PTPTN terpaksa membuat pinjama lebih besar dengan institusi kewangan bagi memastikannya terus mampu mengeluarkan pinjaman kepada pemohon baru.
  3. Sekiranya tiada perubahan drastik dilakukan, tidak mustahil PTPTN tidak akan mampu memberi pinjaman lagi dan mungkin terpaksa ditutup
  4. Hutang negara telah mencecah hingga RM1.5 trilion termasuk liabiliti dan ia harus ditangani dengan segera.
  5. Kebajikan buat rakyat yang memerlukan juga tidak akan diketepikan oleh kerajaan perpaduan.
Wajarkah diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN dihentikan?
Sumber: J-KOM

Mereka berpendapat bahawa ini dianggap suatu usaha bagi membantu negara menangani kemelut ekonomi. Sejumlah besar wang mampu dijimatkan sekali gus dapat digunakan untuk pelbagai tujuan lain demi kesejahteraan rakyat serta meningkatkan produktiviti negara.

Apa kata anda, adakah anda bersetuju dengan pendapat mereka ini? Sama-sama kita fikirkan.

Dalam masa yang sama kita semua pasti bersetuju bahawa jika pinjam wang, kenalah bayar balik.

Kita tunggu mungkin kerajaan ada mekanisma lain berkenaa pemberian diskaun yang lebih bersasar. Ianya mungkin lebih baik berbanding hasrat mereka nak hentikan secara tuntas pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.