Senarai Pinjaman Pendidikan Terbaik Di Malaysia

Senarai pinjaman pendidikan terbaik di Malaysia. Terdapat banyak agensi yang menawarkan pinjaman pendidikan kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Mungkin senarai top 6 pemberi pinjaman pelajaran ini boleh membantu anda sedikit sebanyak.

Selain itu anda juga boleh baca senarai biasiswa pelajar lepasan SPM. Mana tahu ada yang sesuai untuk anda.

Berikut merupakan senarai pinjaman terbaik yang ditawarkan kepada pelajara Universiti di Malaysia.

  1. Pembiayaan Pelajaran Boleh Ubah (PBBU) Bank Rakyat

PPBU merupakan skim pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil. Diploma, ijazah sarjana muda, ijazah (Master) serta Phd.

Pinjaman ini terhad kepada bidang pengajian yang diiktiraf oleh JPA/ MQA/ NVTC/ Government Agencies Malaysia.

Para pemohon mesti memiliki akaun simpanan Bank Rakyat atas nama pemohon dengan minimum duit ialah sebanyak RM 100 sebelum memohon.

Semua permohonan perlu dilakukan secara atas talian di laman web Yayasan Bank Rakyat – PPBU

2. Pinjaman Pelajaran MARA – Eduloan MARA

Pinjaman ini ditawarkan oleh MARA untuk para pelajar yang kurang berkemampuan dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat asasi, diploma, ijazah pertama, ijazah sarjana/ profesional serta pHD.

Jumlah amaun pinjaman bergantung pada syarat ditentukan oleh MARA. Pelajar boleh mendapat diskaun bayar balik jika berjaya mengekalkan PNGK 3.0 ke atas.

Pemohon mesti datang dari keluarga B40 malaysia dan M40 di luar bandar dan merupakan golongan bumiputera dan juga warganegara Malaysia.

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman web https://mara.gov.my

3. Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor

Yayasan Selangor menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada anak negeri Selangor yang menerima tawaran atau sedang menuntut pengajian secara sepenuh masa di univesiti awam dan swasta.

Pinjaman ini terhad kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Pastikan pemohon merupakan warganegara Malaysia dan pemohon atau ibu atau bapa merupakan anak negeri Selangor.

Para pemohon dikehendaki memuat turun borang di laman web Yayasan Negeri Selangor.

Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan perlu dihantar ke alamat di bawah.

Pastikan anda menyertakan segala dokumen sokongan yang diminta bersama dengan borang permohonan.

Alamat: Bahagian Pembiayaan Pendidikan,Yayasan Selangor, Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor, No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

4. Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

Yayasan Tenaga Nasional menawarkan pinjaman boleh ubaha kepada pelajar universiti yang layak.

Para pelajar dikehendaki menuntut pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) atau telah menerima tawaran belajar di UNITEN.

Pinjaman ini ditawarkan kepada para pelajar asasi dan ijazah sarjana muda sahaja.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web http://ytn.tnb.com.my Para pelajar yang disenarai pendek sahaja perlu menghantar dokumen sokongan bersama surat tawaran masuk belajar UNITEN ke YTN.

Alamat disertakan di bawah ini.

Alamat: Pengarah Yayasan Tenaga Nasional, Peti Surat 70, Pejabat Pos Bandar Baru Bangi 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

5. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Penajaan ini ialah dalam bentuk pinjaman boleh ubah ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam, politeknik premier atau mana-mana universiti yang terikat dengan kerajaan (GLU).

Pinjaman ini ditawarkan kepada semua bidang kecuali perubatan dan pergigian, Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.

6. PTPTN

PTPTN turut menawarkan pinjaman boleh ubah kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di IPT.

Pinjaman boleh ditukarkan menjadi biasiswa jika pelajar berjaya mendapat ijazah kelas pertama.

Untuk gred PNGK lain, akan ada peruntukan diskaun ditawarkan yang boleh dirujuk di laman web PTPTN, UTAMA – Portal Rasmi PTPTN

Semoga senarai pinjaman pendidikan terbaik di Malaysia ini bermanfaat kepada anda. Nanti bolehlah fikir-fikirkan pilihan ini jika gagal mendapat tajaan pelajaran dari mana-mana agensi.