Cara Dapatkan Kod Eksekutif PTPTN Untuk Pelbagai Urusan myPTPTN

Cara untuk dapatkan Kod Eksekutif PTPTN

Apa itu kod eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN)?

Haa kalau anda nak tahu, Kod Eksekutif PTPTN ni ialah nombor staff ID pegawai yang perlu anda masukkan di aplikasi myPTPTN sekiranya nak buat pembukaan akaun SSPN, tambah deposit, ataupun bayaran balik PTPTN.

READ: Wajarkah Diskaun Pembayaran Balik PTPTN Dihentikan?

Berikut adalah cara nak gunakan aplikasi myPTPTN dan nombor kod eksekutif:

  1. Muat turun aplikasi myPTPTN di Play Store, App Store, atau Huawei Gallery. Kemudian log masuk.
  2. Klik urusan yang anda ingin lakukan, contohnya anda ingin membuat Pembayaran Pinjaman.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih akaun. Kemudia klik ‘SETERUSNYA’.
  4. Skrin anda akan memaparkan maklumat peminjam. Sila semak terlebih dahulu dan sekiranya betul, klik SETERUSNYA.
  5. Masukkan jumlah pembayaran dan klik ‘OK’
  6. Masukkan kod eksekutif PTPTN.
  7. Kemudian pilih kaedah pembayaran dan bank anda.
  8. Akhir sekali, kilk ‘SAH & BAYAR’. Selesai.

Kenapa perlu kod eksekutif PTPTN?

Kod ni perlu supaya senang untuk pegawai PTPTN nak rujuk dengan pegawai mana anda berurusan sebelum ini.

Bagaimana nak dapatkan Kod Eksekutif PTPTN ni?

Bagi anda yang nak dapatkan kod tersebut, anda boleh lakukan beberapa langkah berikut yang mungkin boleh membantu anda.

1. Hubungi PTPTN

PTPTN mempunyai talian hotline mereka yang boleh anda hubungi ataupun anda boleh pergi sendiri ke mana-mana cawangan PTPTN berhampiran anda.

Pihak mereka akan memberikan arahan lanjut tentang cara nak dapatakn kod eksekutif.

2. Sediakan Maklumat Peribadi

Anda perlu sediakan maklumat peribadi anda seperti kad pengenalan diri dan dokumen lain yang mungkin diperlukan untuk membuat pengesahan identiti anda.

3. Pengesahan identiti

Sebelum pegawai PTPTN memberikan kod eksekutif, mereka akan membuat pengesahan identiti yang mungkin melalui pengesahan biometrik atau pengesahan dokumen.

4. Setelah kod eksekutif diberikan kepada anda, anda perlu menyimpannya dengan selamat dan tidak berkongsi kepada orang lain.

Jadi dah tau macam mana cara nak dapatkan kod eksekutif PTPTN kan. Lepas ni boleh lah anda cuba dapatkan sendiri.

Walau bagaimana pun, proses nak dapatkan kod eksekutif boleh saja berbeza mengikut peraturan dan prosedur semasa PTPTN.

Oleh itu, kalau nak dapatkan kod eksekutif lebih baik anda hubungi sendiri PTPTN untuk dapatkan maklumat yang terkini.

Sekiranya anda ingin menghubungi PTPTN, anda boleh ke pautan https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/ untuk dapatkan maklumat yang anda perlu hubungi berdasarkan cawangan mereka.

Di laman tersebut anda boleh dapatkan nombor telefon cawangan PTPTN di setiap negeri dan daerah.