Check Saman Polis Trafik Melalui No Plat atau IC Secara Online & SMS

Ini adalah cara anda boleh check saman polis trafik menggunakan no plat kenderaan atau IC anda dengan mudah.

Jika kenderaan anda memiliki saman tertunggak, semak di bawah kadar saman atau kompaun yang dikenakan.

  • Secara Online
  • Check saman guna SMS – Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Plat Kenderaan dan hantar ke 15888. Contoh – POLIS SAMAN BGW1234

Trending: Cara Check Saman JPJ & Polis Trafik

Harga saman parking, halangan lalu lintas, tali pinggang dan insuran mati adalah yang paling popular di kalangan pengguna jalanraya.

Selepas mengetahui kesalahan trafik anda bolehlah semak kadar bayaran dalam senarai di bawah.

Senarai Kadar Harga / Kompaun Saman Trafik Mengikut Jenis Kesalahan.

Harga saman polis trafik 2023

Berapa kadar bayaran kompaun traffik PDRM yang dikenakan? Semak senarai kesalahan dan kadar bayaran saman yang dikenakan mengikut kesalahan.

1. Kesalahan (A)

  • Memandu laju ( Tidak melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
  • Membuat pusingan ‘U’ di tempat yang tidak dibenarkan.
  • Brek tidak efisyen.
  • Berhenti di petak kuning
  • Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’.
  • Gagal mematuhi lampu isyarat .
  • Tidak memakai tali pinggang keledar.
  • Memotong barisan ( potong Q )
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Tiada lesen memandu

Kadar Harga Saman Semua Jenis Kenderaan;

Kereta

  • 1 – 15 HARI =RM150
  • 16 – 30 HARI =RM200
  • 31 – 60 HARI=RM300

Motorsikal 250cc

  • 1 – 15 HARI =RM100
  • 16 – 30 HARI =RM150
  • 31 – 60 HARI=RM300

2. Kesalahan (B)

  • Lampu tidak menyala.
  • Lampu brek tidak berfungsi.
  • Tidak memasang lampu.
  • Tidak memasang cermin sisi.
  • Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian.

Semua Jenis Kenderaan

Kereta

  • 1 – 15 HARI =RM100
  • 16 – 30 HARI =RM150
  • 31 – 60 HARI=RM250

Motorsikal 250cc

  • 1 – 15 HARI =RM50
  • 16 – 30 HARI =RM100
  • 31 – 60 HARI=RM150

3. Kesalahan (C)

  • Lesen memandu tamat tempoh.
  • Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan.
  • Tidak membuat tukar milik.
  • Tidak mempamerkan plat ‘P’.

Semua jenis kenderaan

Kereta

  • 1 – 15 HARI =RM70
  • 16 – 30 HARI =RM120
  • 31 – 60 HARI=RM150

Motorsikal 250cc

  • 1 – 15 HARI =RM40
  • 16 – 30 HARI =RM70
  • 31 – 60 HARI=RM120

4. Kesalahan (D)

  • Memandu laju ( melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
  • Pemandu teksi tidak menggunakan meter.

Semua jenis kenderaan termasuk Motorsikal di bawah 250CC

  • 1 – 15 HARI =RM300
  • 16 – 30 HARI =RM300
  • 31 – 60 HARI=RM300

Berikut adalah kadar kompaun bagi setiap kesalahan.

Kadar kompaun ini adalah harga asal dan akan meningkat jika lewat bayar.

  • Tidak memakai topi keledar – RM100
  • Memotong barisan secara berbahaya – RM150
  • Memandu di lorong kecemasan – RM150
  • Kesalahan lampu merah – RM150
  • Halangan Lalulintas – RM150
  • Membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan –RM150
  • Lampu isyarat kenderaan kenderaan tidak berfungsi –RM100
  • Larangan meletak kenderaan – RM150
  • Larangan memotong di jalan raya – RM150
  • Melebihi had laju (melebihi 40 km/j dari had laju) –RM300
  • Melebihi had laju (kurang 40 km/j dari had laju) –RM150
  • Tidak memakai talipinggang keledar – RM150
  • Tiada lesen kenderaan/motor – RM150
  • Memandu sambil menggunakan alat komunikasi –RM150
  • Tidak pamer “P” Depan/Belakang – RM70

Diskaun Saman Polis

Membayar saman anda melalui portal RILEK yang menyediakan diskaun sehingga 10%. Boleh ambil peluang ini untuk dapatkan sedikit diskaun.

Sistem bayar saman polis online

Bayar Saman Polis Trafik Online

Untuk membayar saman terdapat 2 cara. Anda boleh bawa saman polis trafik anda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) cawangan trafik yang terdekat dengan anda dan bayar saman anda di kaunter. Cara ini agak popular tetapi agak menyusahkan.

Cara kedua ialah bayar saman polis trafik online. Gunakan portal khas PDRM untuk membayar saman anda di portal ini MyBayar Saman PDRM.

Anda juga boleh download dan install applikasi MyBayar Saman PDRM dengan download apps tersebut dari Google Play Store.