Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Tahukah anda bahawa di peringkat sekolah menengah juga pelajar berpeluang untuk menghadiri sekolah teknik dan mengasah kemahiran dalam bidang-bidang yang diminati terutama dalam pendidikan sains dan teknologi. Di mana? Di Sekolah Menengah Teknik (SMT).

Program-program teknikal yang ditawarkan di SMT ini sememangnya menjurus kepada pekerjaan dan industri yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja.

READAdakah Sijil Kolej Vokasional (KV) Diiktiraf & Setaraf Dengan SPM?

Kepada adik-adik yang sedang di Tingkatan 3, boleh lah mempertimbangkan keputusan jika ingin memohon memasuki Sekolah Menengah Teknik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 nanti.

Bagi adik-adik yang berminat, anda boleh melihat jenis-jenis kursus teknikal yang ditawarkan, berapa tahun pengajian, dan yang paling penting sekali syarat umum dan syarat khusus kemasukan.

Kursus Teknikal yang Ditawarkan di SMT

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Perdagangan
  • Sains Pertanian

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun yang merangkumi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 seterusnya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Syarat Umum kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah murid Tingkatan 3 pada sesi akademik semasa memohon.
  3. Pemohon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
  4. Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  5. Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  6. Pemohon mestilah memiliki tubuh badan yang sihat.
  7. Pemohon tidak mempunyai sebarang sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan, dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
  8. Pemohon mesti mempunyai keupayaan pengelihatan yang baik iaitu TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  9. Program yang dimohon oleh calon mestilah program yang diminati.

Syarat Khusus yang melayakkan calon memasuki SMT

Pemohon haruslah memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer

Demikianlah serba sedikit tentang Sekolah Menengah Teknik yang mungkin boleh menambah maklumat adik-adik yang berminat memasuki SMT.

Setelah adik-adik tamat menduduki SPM di SMT, adik-adik akan berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di peringkat yang lebih tinggi sama ada di IPTA atau IPTS dan seterusnya menjadi tenaga profesional.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai Sekolah Menengah Teknik, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional atau hubungi 03-8884 5154 / 03-8889 5047 atau email info.bptv@moe.gov.my.