Adakah Sijil Kolej Vokasional (KV) Diiktiraf & Setaraf Dengan SPM?

Adakah sijil Kolej Vokasional diiktiraf dan setaraf dengan SPM

Adik-adik yang sedang berada di Tingkatan 3 mesti ramai yang berminat dan lebih cenderung untuk mengikuti aliran vokasional kerana lebih suka belajar dalam bidang yang melibatkan kemahiran dan teknikal kan?

Sedangkan di sekolah menengah kebangsaan kebanyakkan subjek berfokus kepada teori sahaja.

READ: Kelebihan Tingkatan 6 Berbanding Matrikulasi

Tujuan Kolej Vokasional (KV) ini adalah untuk menyokong agenda transformasi ekonomi negara dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang kompeten.

Persoalannya, adakah Sijil Kolej Vokasional ini diiktiraf dan setaraf dengan SPM? 

Pasti ramai pelajar yang masih kurang tahu, bahkan ibu bapa pelajar juga pasti ingin mengambil tahu perkara yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka.

Ini jawapannya

Untuk pengetahuan anda berdasarkan Kementerian Pendidikan, Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknik Vokasional, Sijil Kolej Vokasional atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan dan ianya setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain mendapat Sijil Vokasional Malaysia yang diiktiraf dan setaraf SPM, pelajar juga akan mendapat anugerah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

Dengan sijil kemahiran tersebut, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) pula.

Sebagai maklumat tambahan anda, berikut adalah 10 bidang utama pengajian di kolej vokasional:

Sumber: Portal Kementerian Pendidikan, Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknik Vokasional

Pelajar yang lulus pengajian di peringkat diploma akan dianugerahkan diploma oleh Senar Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tempoh Pengajian

Program vokasional merangkumi dua (2) tahun di peringkat sijil, iaitu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Matlamat Program Kolej Vokasional

Melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri dan usahawan.

Lokasi Kolej Vokasional

Untuk melihat lokasi KV yang berhampiran dengan anda dan KV yang menyediakan kursus kemahiran tertentu, anda boleh melayari laman web berikut https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/lokasi_kv.cfm.

Sekiranya anda ingin mencari maklumat yang lebih lanjut mengenai kolej vokasional, anda boleh melayari laman web mereka Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknik Vokasional atau hubungi talian mereka 03-8884 5154 / 03-8889 5047 atau email di info.bptv@moe.gov.my.

Akhir sekali, semoga adik-adik dapat membuat pilihan yang terbaik untuk masa hadapan kerjaya masing-masing. Semoga maju jaya!