Kelebihan Tingkatan 6 Berbanding Matrikulasi Perlu Anda Pertimbangkan
Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu membuat pilihan dan menentukan tempat untuk meneruskan pengajian.
Antara pilihan yang popular adalah menyambung STPM ataupun memilih Matrikulasi.
Mungkin ramai yang ingin menyambung ke Tingkatan Enam, tetapi masih tidak yakin dengan pilihan sama ada memilih mengambil STPM ataupun matrikulasi.
Ramai yang berpendapat jika anda memilih Tingkatan Enam, ia bermaksud anda perlu menambah masa setahun setengah lagi belajar dalam persekitaran sekolah menengah yang sama.
Sedangkan jika memilih matrikulasi, anda boleh merasai persekitaran pembelajaran yang baharu.
Memang benar, tetapi jangan pandang STPM sebelah mata kerana anda perlu tahu beberapa kebaikan menyambung ke Tingkatan Enam berbanding matrikulasi.
Berikut adalah beberapa kebaikan Tingkatan Enam berbanding Matrikulasi:
1. Syarat Kemasukan ke Tingkatan Enam Lebih Mudah
Syarat akademik untuk memasuki Tingkatan Enam lebih mudah berbanding Matrikulasi. Untuk masuk ke Tingkatan Enam, Syarat Am yang diperlukan adalah;
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Syarat Khas
Bidang STEM- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Bidang Sains Sosial- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Manakala syarat minimum bagi Matrikulasi adalah lebih spesifik mengikut jurusan yang akan diambil.
Sebagai contoh, syarat minimum bagi Jurursan Perakauan Profesional adalah seperti berikut:
2. Kepelbagaian Pilihan Subjek Tingkatan Enam
Tingkatan Enam menawarkan lebih banyak pilihan subjek daripada matrikulasi. Pelajar boleh memilih pelbagai subjek yang mereka minat dan tidak hanya fokus terhadap satu bidang.
Sebagai contoh, Tingkatan Enam terbahagi kepada 2 aliran iaitu Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
Setiap aliran mempunyai pakej tersendiri dan terdiri daripada 4 hingga 5 subjek sahaja.
Berikut adalah subjek-subjek Tingkatan Enam:
Manakala bagi aliran dan subjek-subjek matrikulasi adalah seperti berikut:
3. Yuran Tingkatan Enam Adalah Percuma
Tahukah anda, yuran peperiksaan STPM bagi empat atau / dan lima mata pelajaran adalah percuma sahaja bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.
Berbeza dengan matrikulasi pula, anda perlu membayar yuran pendaftaran berdasarkan jurusan yang diambil.
Yuran pendaftaran Program Matrikulasi adalah seperti berikut:
4. Kadar Yuran Mengulang Peperiksaan
Sekiranya anda gagal dalam peperiksaan STPM penggal 1 dan penggal 2, anda masih berpeluang untuk mengulang subjek yang gagal. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 per kertas.
Manakala bagi matrikulasi, bayaran yang dikenakan caj adalah lebih mahal iaitu seperti berikut:
Kesimpulannya, menyambung ke Tingkatan Enam lebih banyak kebaikan berbanding matrikulasi.
Walau bagaimana pun, tidak salah jika anda ingin memilih matrikulasi sekiranya anda minat dalam jurusan-jurusan yang ditawarkan.
Penting untuk anda mencari maklumat lebih lanjut tentang pilihan anda untuk menentukan hala tuju selepas SPM dan berbincang dengan ahli keluarga terutama ibu bapa.