Syarat Buka Akaun ASB Anak (Akaun Remaja)
Adakah anda berniat dan berminat untuk buka akaun pelaburan ASB untuk anak anda? Di bawah adalah syarat umum untuk urusan buka akaun untuk anak kesayangan anda.
READ: Siapa Yang Layak Memohon & Bila Boleh Buat Pinjaman PTPTN?
Syarat Buka Akaun ASB Anak /Remaja
Syarat buka akaun ASB untuk anak tidaklah susah. Di bawah adalah 4 syarat utama untuk buka akaun ASB bagi anak anda.
- Status bumiputera sahaja
- Seawal usia kelahiran
- Memiliki Sijil Kelahiran atau MyKID
- Pemegang unit mempunyai penjaga berdaftar Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas
Cara Buka Akaun Secara Online
Ikuti langkah mudah di bawah untuk membuka akaun ASB secara online untuk anak anda.
- Muat turun aplikasi myASNB
- Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar
- Isikan maklumat No IC/Kad Pengenalan dan no telefon anda
- Teruskan proses verifikasi identiti. Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan anda
- Kemudian, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10. Anda kini dah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana saja
Jika anda perlukan maklumat lanjut hubungi contact number ASB di bawah.
Hotline : 03-7730 8899
Email : asnbcare@pnb.com.my
Portal myASNB