Flysiswa – Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT 2025 Bernilai RM400

Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT atau lebih dikenali sebagai Flysiswa ini adalah berupa bantuan subsidi pembelian tiket kapal terbang laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelajar berikut boleh mohon bantuan Flysiswa

  • Pelajar Universiti Awam,
  • Pelajar Politeknik
  • Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPT
  • Pelajar Kolej Matrikulasi
  • Palajar Institusi Pendidikan Guru KPM

Bantuan ini berupa pemberian bernilai  RM400 one-off untuk pembelian tiket kapal terbang laluan domestik anda

  • Semenanjung
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Pelajar antara wilayah yang tersenarai ini kita sedia maklum terpaksa beli flight ticket untuk balik kampung terutama semasa musim perayaan atau cuti semester.

Harga tiket terutama semasa musim perayaan biasanya lebih mahal dari masa-masa biasa.

Bantuan ini tidak boleh untuk tujuan melancong

Sila rujuk laman website rasmi berkenaan Flysiswa https://subsidiudara.mot.gov.my/

Semua perkara berkaitan berikut boleh anda baca dengan teliti di portal tersebut.

  • Cara Memohon
  • Syarat Kelayakan Memohon
  • Panduan permohonan
  • Fasa-Fasa Permohonan
  • Panduan penggunaan baucar

———————————————

————————————- 

Cara buat semakan status permohonan Flysiswa

Jika selepas memohon dan anda perlu buat semakan status permohonan, anda boleh juga gunakan portal yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan.

Link: https://subsidiudara.mot.gov.my/

Semakan status permohonan flysiswa 2025

Senarai Syarikat Penerbangan 

Jika permohonan anda berjaya, pembelian tiket penerbangan boleh anda buat di mana-mana syarikat penerbangan pilihan dan bersesuaian dengan keperluan anda.

Di bawah adalah senarai syarikat penerbangan yang boleh anda gunakan.

  • Malaysian Airlines
  • Airasia
  • BatikAir
  • Firefly
  • Maswings

—————————–

—————————-

Permohonan Gagal?

Jika permohonan pertama anda gagal, jangan bimbang anda masih boleh membuat rayuan di portal yang sama.

Sila berhubung dengan pentadbir di IPT di mana anda belajar untuk memudahkan permohonan anda.

Semoga anda memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya.