Informasi Perjalanan Naik Feri Dari Labuan Ke KK Terkini
Ramai yang berkunjung ke Kota Kinabalu atau KK dari Labuan atau dari KK ke Labuan guna ferry. Untuk penumpang pertama kali, maklumat mengenai harga tiket dan jadual perjalanan feri ini bermanfaat kepada anda.
Harga tiket feri Labuan ke KK tahun ini 2024 dari RM 39.00 bergantung kepada kelas (class) atau ketegori iaitu Business Class dan Economy Class
Menaiki ferry dari Labuan ke Kota Kinabalu (KK) merupakan satu lagi pilihan untuk perjalanan ke Labuan atau ke Kota Kinabalu selain menggunakan laluan ferry dari Menumbok.
Untuk yang ingin ke Labuan guna kenderaan sendiri, perjalanan naik ferry dari KK ke Menumbok adalah pilihan terbaik anda.
Book tiket ferry online dari LABUAN ke KOTA KINABALU >> DI SINI
Kebaikan laluan ferry KK-Labuan ini ialah anda tidak perlu memandu atau menaiki bas ke Menumbok.
Anda hanya perlu dapatkan feri dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan terus ke pusat bandaraya Kota Kinabalu.
Terminal feri di KK iaitu Jesselton Point Ferry Terminal terletak bersebelahan dengan Suria Sabah Mall di pusat bandar.
Menuju ke mana-mana hotel dari sana hanya mengambil masa berjalan kaki lebih kurang 5 minit.
Jadual Feri Kota Kinabalu Ke Labuan
Untuk jadual perjalanan feri dari pulau Labuan ke KK sila rujuk info di bawah.
- Feri Kota Kinabalu ke Labuan
- 8.00am – 11.30am Labuan Express 2, Express Kinabalu
- 1.30pm – 5.00pm Labuan Express 3
- Feri Labuan ke Kota Kinabalu
- 8.30am – 12.00pm Labuan Express 3
- 1.00pm – 4.30pm Labuan Express 2, Express Kinabalu
Feri ke Labuan dari Kota Kinabalu bertolak dari Jesselton Point Feri Terminal terletak berdekatan dengan Suria Sabah Shopping Mall di pusat bandar Kota Kinabalu.
Rujuk gambar di bawah.
Feri dari Labuan ke Kota Kinabalu pula bertolak dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang terletak tidak jauh dari Kompleks Ujana Kewangan Labuan.
Terminal ini juga menghubungkan bandar Lawas dan Limbang di Sarawak dan negara Brunei.
Tempoh perjalanan lebih kurang 3 jam.
Harga Tiket Ferry Labuan Ke KK
Harga tiket feri yang menghubungkan 2 destinasi ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu ‘business Class’ dan ‘Economy Class’.
- RM44.00 (Adult, Business), RM31.00 (Child, Business).
- RM39.00 (Adult, Economy), RM26.00 (Child, Economy)
Kalau hendak lebih selesa beli tiket Business Class, kalau mahu berjimat beli tiket Economy Class sudah memadai.
Baca Juga: Jadual Feri Dan Harga Tiket Dari Menumbok – Labuan.
Feri ini menawarkan 200 unit tempat duduk iaitu 60 tempat duduk untuk Business Class, dan 140 tempat duduk untuk Economy Class.
Lokasi Jesselton Point & Maklumat Perhubungan
Untuk perhubungan mengenai apa-apa info berkaitan anda boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah;
Double Power Sdn Bhd
Kota Kinabalu Office
R31, Jesselton Point Ferry Terminal,
Kota Kinabalu.
Contact No. : +60 88 236834
Fax No. : +60 88 237390
E-mail: doublepower99@yahoo.com
Labuan Office
U0099 Ground Floor,
Jalan Merdeka, 87010 Labuan FT.
Contact No. : +60 87 412261
Fax No. : +60 88 413477
Nak tahu di mana lokasi Jesselton Point? Check map di bawah untuk membantu anda.
Sistem Applikasi Online e-Tiket LabuanPay
Bermula 1 Feb tahun ini LDA Holdings Sdn. Bhd syarikat milik Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) akan memperkenalkan sistem applikasi book tiket feri secara online yang dipanggil ‘LabuanPay‘ ke atas lima feri beroperasi dari Terminal Antarabangsa Labuan.
Usahan ini untuk mengatasi isu dan masalah kehabisan tiket pada masa-masa tertentu.
Ini bermaksud penumpang boleh beli tiket feri di dari dan ke Labuan secara online sama ada melalui easybook.com atau applikasi LabuanPay.
Applikasi ‘LabuanPay’ ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan tempatan pulau bebas cukai tersebut untuk menjadikan Labuan sebagai pulau tanpa tunai sebagai medium transaksi awam.
Sistem applikasa LabuanPay akan dilancarkan dan mula digunakkan untuk perkhidmatan feri dari Labuan ke Menumbok (Sabah), Lawas dan Limbang sebelum diperluaskan ke destinasi lain selepas itu.
Anda boleh membaca info penuh mengenainya di portal Bernama Online.