Feri Labuan Ke KK: Harga Tiket & Jadual Feri

Feri Labuan ke KK dengan harga tiket dari RM 39.00 merupakan satu lagi pilihan untuk perjalanan ke Labuan atau ke Kota Kinabalu selain menggunakan laluan ferry dari Menumbok.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa ada perkhidmatan ferry dari Labuan ke Kota Kinabalu.

Ini cara terbaik untuk ke Kota Kinabalu dari Labuan.

Book tiket ferry online dari LABUAN ke KOTA KINABALU >> DI SINI

Kebaikan laluan ferry KK-Labuan ini ialah anda tidak perlu memandu atau menaiki bas ke Menumbok.

Anda hanya perlu dapatkan feri dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan terus ke pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Terminal feri di KK terletak bersebelahan dengan Suria Sabah Mall di pusat bandar.

Menuju ke mana-mana hotel dari sana hanya mengambil masa berjalan kaki lebih kurang 5 minit.

Memang ramai yang lebih gemar memilih untuk menggunakan perkhidmatan feri dari Menumbuk ke Labuan terutama yang mempunyai kenderaan sendiri dan ingin membawanya masuk ke pulau bebas cukai tersebut.

Penumpang yang menggunakan feri Menumbok ke Labuan biasanya yang ingin membawa kenderaan mereka ke pulau tersebut atau penduduk Labuan yang mahu bawa kenderaan ke tanah besar Sabah.

Jika anda tidak membawa kenderaan dan berhajat untuk ke Kota Kinabalu (KK) anda boleh juga gunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke KK.

Jadual Feri Kota Kinabalu Ke Labuan

Untuk jadual perjalanan feri dari pulau Labuan ke KK sila rujuk info di bawah. Kami lebih selesa menggunakan feri jika ingin berkunjung ke Labuan.

Jadual feri dari kota kinbalu ke pulau labuan

Ferry yang menghubungkan 2 destinasi tersebut berlepas / bertolak 2 kali setiap hari iaitu feri yang pertama bertolak pada pukul 8.00 pagi dan yang kedua pada pukul 1.30 petang.

Perjalanan feri dari Labuan pula bertolak pada pukul 8.00 pagi dan juga pukul 1.00 petang.

Feri ke Labuan dari Kota Kinabalu bertolak dari Jesselton Point Feri Terminal terletak berdekatan dengan Suria Sabah Shopping Mall di pusat bandar Kota Kinabalu.

Rujuk gambar di bawah.

Photo: Jesselton Point

Feri dari Labuan ke Kota Kinabalu pula bertolak dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang terletak tidak jauh dari Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Terminal ini juga menghubungkan bandar Lawas dan Limbang  di Sarawak dan negara Brunei.

Photo: Miss Kieranaa

Tempoh perjalanan lebih kurang 3 jam.

Harga Tiket Ferry

Harga tiket feri yang menghubungkan 2 destinasi ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu ‘First Class’ dan ‘Economy Class’.

Kalau nak lebih jimat beli sahaja tiket untuk economy class. Sila rujuk jadual harga di bawah.

Harga tiket feri labuan ke kota kinabalu terkini

Kalau hendak lebih selesa beli tiket First Class, kalau mahu berjimat beli tiket Economy Class sudah memadai.

Baca Juga: Jadual Feri Dan Harga Tiket Dari Menumbok – Labuan.

Feri ini menawarkan 200 unit tempat duduk iaitu 60 tempat duduk untuk First Class, dan 140 tempat duduk untuk Economy Class.

Lokasi Jesselton Point &  Maklumat Perhubungan

Untuk perhubungan mengenai apa-apa info berkaitan anda boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah;

Double Power Sdn Bhd
Kota Kinabalu Office
R31, Jesselton Point Ferry Terminal,
Kota Kinabalu.
Contact No. : +60 88 236834
Fax No. : +60 88 237390
E-mail: doublepower99@yahoo.com

Labuan Office
U0099 Ground Floor,
Jalan Merdeka, 87010 Labuan FT.
Contact No. : +60 87 412261
Fax No. : +60 88 413477

Nak tahu di mana lokasi Jesselton Point? Check map di bawah untuk membantu anda.

Sistem Applikasi Online e-Tiket LabuanPay

Bermula 1 Feb tahun ini LDA Holdings Sdn. Bhd syarikat milik Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) akan memperkenalkan sistem applikasi book tiket feri secara online yang dipanggil ‘LabuanPay’ ke atas lima feri beroperasi dari Terminal Antarabangsa Labuan.

Usahan ini untuk mengatasi isu dan masalah kehabisan tiket pada masa-masa tertentu.

Ini bermaksud penumpang boleh beli tiket feri di dari dan ke Labuan secara online sama ada melalui easybook.com atau applikasi LabuanPay.

Applikasi ‘LabuanPay’ ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan tempatan pulau bebas cukai tersebut untuk menjadikan Labuan sebagai pulau tanpa tunai sebagai medium transaksi awam.

Sistem applikasa LabuanPay akan dilancarkan dan mula digunakkan untuk perkhidmatan feri dari Labuan ke Menumbok (Sabah), Lawas dan Limbang sebelum diperluaskan ke destinasi lain selepas itu.

Feri dari Labuan ke Kota Kinabalu juga mungkin akan menggunakan applikasi ini kelak.

Kita akan kemaskini info ini apabila sistem applikasi tanpa tunai tersebut telah dilancarkan kelak.

Anda boleh membaca info penuh mengenainya di portal Bernama Online.

Semoga perkongsian info mengenai feri Kota Kinabalu (KK) ke Pulau Labuan ini bermanfaat kepada anda. Mariah bersama menyokong industri pengangkutan awam dan pelancongan dalam negara kita.