Adakah STPM Setaraf Dengan Diploma? Wajib Baca Ini
Pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) akan mempunyai banyak pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya termasuklah sama ada menyambung Tingkatan Enam ataupun Diploma.
Setiap individu pasti mempunyai hasrat dan cita-cita dalam menentukan haluan pendidikan masing-masing.
Di sini kita tidak mahu buat perbandingan berkenaan kelebihan atau keburukan Tingkatan 6 mahupun diploma.
Kita hanya mahu berkongsi sedikit pencerahan dari sesi positif antara keduanya.
Mungkin ada yang telah lama berhasrat ingin merasai pengalaman belajar dalam suasana universiti selepas tamat SPM.
Mungkin ada juga yang memilih menyambung ke Tingkatan Enam kerana Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) dikenali sebagai ‘jalan short-cut‘ untuk ke peringkat ijazah di universiti.
Persoalannya, adakah peringkat STPM setaraf dengan peringkat Diploma?
Ya, STPM dianggap setaraf dengan Diploma.
Berikut adalah penjelasan mengapa STPM dan Diploma dikatakan setaraf:
1. Diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.
STPM adalah kelayakan pendidikan menengah atas yang diberikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Setelah tamat Tingkatan Enam pelajar akan memperoleh sijil STPM yang diiktiraf bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa, setaraf dengan Diploma.
2. Masing-masing adalah laluan untuk ke peringkat Ijazah, hanya dibezakan oleh tempoh pengajian STPM dan Diploma itu sendiri.
STPM juga menjadi ‘tiket’ penting bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Awam.
Begitu juga dengan Diploma, ia adalah laluan pengajian sebelum boleh meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah selepas tamat Diploma.
Bezanya, berapa lama belajar STPM? Pelajar STPM hanya mengambil masa kurang dari 2 tahun untuk mendapatkan kelayakan STPM.
So persoalan berapa tahun belajar Tingkatan 6 kurang sedikit masa yang di ambil berbanding ambil kursus diploma. Inilah kelebihan Tingkatan 6 berbanding diploma yang boleh juga masuk dalam pertimbangan anda.
Manakala berapa tahun belajar diploma? Pelajar Diploma perlu melalui tempoh lebih kurang 3 tahun atau lebih sedikit sebelum boleh menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah.
Ini kerana jika anda sambung pengajian di peringkat diploma, anda akan ada pengkhususan bidang pengajian yang menekankan kepada kemahiran dan praktikal tentang bidang pilihan anda.
Ini bermaksud selepas tamat diploma anda sebenarnya sudah mahir masuk ke bidang kerjaya berkaitan kemahiran tertentu yang anda ambil semasa di pengajian peringkat diploma.
3. Boleh Menjawat Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam
Kelayakan STPM dan Diploma adalah setaraf kerana masing-masing boleh digunakan untuk memohon jawatan dalam perkhidmatan awam sekiranya ingin terus berkerja dan tidak mahu menyambung pengajian ke peringkat Ijazah.
Kesimpulannya, pilihan antara STPM dan Diploma adalah bergantung pada minat, tujuan, dan haluan kerjaya yang diinginkan oleh individu itu sendiri.
Penting untuk anda melakukan penilitian dan berunding dengan penasihat pendidikan atau kaunselor sekolah untuk membuat pilihan terbaik sesuai keperluan anda sendiri.
Apa pun pilihan yang dipilih, semoga adik-adik terus berjaya sehingga ke Universiti!