Senarai Peluang Biasiswa Lepasan STPM Ke Luar Negara

Cara mendapatkan biasiswa keluar negara lepasan STPM

Menyambung pengajian di luar negara pasti menjadi salah satu angan-angan setiap pelajar.

Mesti seronok boleh menyambung pengajian sambil mempelajari tempat dan budaya baharu dari seluruh dunia.

Walau bagaimana pun, faktor kewangan sering menjadi salah satu penghalang terbesar untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

READ: Senarai Peluang Biasiswa Lepasan SPM Ke Luar Negara

Tapi anda tidak perlu risau, kerana banyak organisasi dan institusi yang menawarkan program biasiswa untuk pelajar yang berkelayakan.

Berikut adalah beberapa biasiswa yang ditawarkan untuk lepasan STPM menyambung pelajaran ke luar negara:

1. Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia menganugerahkan Biasiswa Sarjana Muda kepada pelajar lepasan STPM yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda.

Salah satu syarat bagi kelayakan STPM adalah:

  • Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A.
  • SPM: Sekurang-kurangnya lima (5) kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2023
  • Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank.

Untuk memohon biasiswa ini, anda boleh lawati laman web rasmi Biasiswa Bank Negara Malaysia.

2. Program Biasiswa ASEAN-Maybank

Maybank menawarkan program biasiswa kepada para pelajar lepasan STPM yang layak dan berbakat untuk mengikuti program sarjana muda di universiti berprestij di luar negara tetapi di dalam rantau ASEAN.

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Biasiswa ASEAN-Maybank:

  • Warganegara mana-mana daripada 10 negara anggota ASEAN.
  • Mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Berkelulusan pengajian pra-universiti dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau setara.
  • Bidang pengajian disenaraikan antara disiplin program yang diluluskan.
  • Menerima surat kemasukan atau surat tawaran daripada universiti dalam keahlian ASEAN University Network.

Pakej biasiswa yang ditawarkan: 

  • Yuran pengajian dibayar penuh.
  • Elaun gaji bulanan + penginapan.
  • Komputer riba.
  • Elaun menetap.
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program biasiswa ini, anda boleh terus ke laman web mereka di Biasiswa ASEAN-Maybank.

3. Biasiswa MyBrainSc

Biasiswa ini terbuka untuk anda yang lebih cenderung terhadap bidang sains tulen. Jika anda sedang atau akan mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik di universiti terkemuka luar negara, maka anda boleh lah mohon biasiswa ini.

Bidang pengajian yang dibiayai:

  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

Syarat permohonan lepasan STPM:

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2024.
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas.
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat STPM.
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai biasiswa dan cara permohonan, anda boleh pergi ke laman web BIASISWA MyBrainSc.

4. Biasiswa BPMB Award of Group Undergraduate Scolarship (BAGUS) 

Bank Pembangunan Malaysia menawarkan program biasiswa ini kepada pelajar cemerlaang Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan perbankan di universiti terkemuka di Malaysia dan luar negara.

Berikut adalah jenis bidang pengajian yang dibiayai:

  • Perniagaan  (Perakaunan, Perniagaan & Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi)
  • Kejuruteraan dan Teknologi  (Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains Komputer, Penganalisis Data)
  • Kajian Berkaitan Perbankan Lain  (Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-undang, berkaitan Syariah, Sains Politik, Falsafah, Psikologi, dan lain-lain)

Muat turun Borang Permohonan Biasiswa BAGUS, dan hantarkan borang anda melalui email BAGUS@bpmb.com.my atau ke alamat berikut:

Anugerah BPMB Biasiswa Prasiswazah Kumpulan (BAGUS)
Aras 20, Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2611 3888
Faks: 03-2698 43195

Untuk mengetahu maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, anda boleh klik di sini.

5. Biasiswa Top Glove

Top Glove menganugerahkan biasiswa kepada pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah sepenuh masa. Anugerah biasiswa ini diberikan kepada pelajar yang layak dan ingin melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan ataupun di universiti Taiwan terpilih.

Nilai biasiswa Yayasan Top Glove

  • RM13,000 setahun

Pilihan untuk Kejuruteraan/Sains Permohonan Biasiswa

  • Kejuruteraan Mekatronik
  • Kejuruteraan mekanikal
  • Kejuruteraan kimia
  • Kejuruteraan pembuatan
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan awam
  • Kimia / Bio Kimia / Fizik / Matematik
  • Sains Polimer / Sains Gunaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang biasiswa dan cara permohonan, anda boleh terus melayari laman web rasmi Biasiswa Top Glove.

Banyak sebenarnya biasiswa yang ditawarkan kepada anda untuk sambung pengajian di luar negara.

Anda hanya perlu membuat permohonan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang mereka tetapkan. Jadi jangan lepaskan peluang yang ada untuk memohon biasiswa anda!