Cara Mendapatkan Biasiswa Lepasan SPM Ke Luar Negara

Cara mendapatkan biasiswa ke luar negara untuk pelajar lepasan SPM

Adik-adik yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara selepas tamat SPM, pasti sedang mencari-cari biasiswa yang boleh dimohon kan?

Untuk pengetahuan adik-adik, biasiswa untuk lepasan SPM ke luar negara banyak ditawarkan oleh pelbagai institusi dan organisasi.

READ: Tawaran Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

Berikut adalah beberapa institusi dan organisasi yang menawarkan biasiswa lepasan SPM ke luar negara dan boleh anda mohon:

1. Biasiswa Yayasan Khazanah

Yayasan Khazanah menawarkan Program Biasiswa Global Khazanah kepada rakyat Malaysia yang cemerlang dan berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti yang diluluskan di luar negara.

2. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM boleh memohon biasiswa JPA untuk mengikuti pelbagai bidang pengajian di luar negara.

Jika adik-adik nak buat permohonan, ia boleh dibuat melalui Online Application di laman web JPA (jpa.gov.my).

Untuk panduan permohonan biasiswa JPS, adik-adik boleh baca di sini.

Sekiranya adik-adik mempunyai sebarang pertanyaa mengenai permohonan biasiswa luar negara, adik-adik boleh terus emailkan pertanyaan ke e-sila@jpa.gov.my ataupun hubungi pegawai berikut:

Sumber: Panduan Permohonan Biasiswa Luar Negara Jabatan Perkhidmatan Awam

3. Biasiswa Petronas

Petronas menawarkan peluang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).

Program biasiswa ini ditawarkan kepada para pelajar yang cemerlang dalam SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan dan sains.

Untuk memohon, anda boleh buat secara atas talian sahaja melalui lan web PESP.

4. Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia menawarkan Biasiswa Sarjana Muda kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pegajian ke luar negara.

Pemohon yang berjaya mendapatkan biasiswa ini akan melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan ekonomi, perakaunan, kewangan, sains aktuari, matematik, statistik, sains data, undang-undang, atau sains komputer.

Sekiranya anda telah menerima tawaran di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank, maka anda bolehlah cuba untuk memohon biasiswa ini.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang biasiswa Bank Negara, anda boleh ke pautan berikut:

https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships

5. Insentif Siswa Yayasan Perak Luar Negara

Anda boleh memohon insentif ini sekiranya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa sama ada di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) LUAR NEGARA yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Untuk memohon insentif ini, anda mestilah menjadi seorang pelajar IPT terlebih dahulu, kemudian barulah anda menghantar permohonan sewaktu SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara permohonan dan syarat kelayakan, anda boleh terus ke laman web rasmi mereka di Program Bantuan Yayasan Perak.

Setiap program biasiswa yang ditawarkan mempunyai syarat dan perjanjiannya tersendiri.

Selain dari yang tersenarai di atas, sebenarnya ada banyak lagi peluang biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Yang penting anda memiliki kelayakan dan gigih mencari maklumat.

Jadi, untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai hal tersebut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi institusi-institusi tersebut atau terus menghubungi mereka secara langsung.