Asasi vs STPM, Diploma & Matrikulasi Pilihan Hala Tuju Selepas SPM
Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pasti para pelajar pasti akan memikirkan hala tuju seterusnya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yag lebih tinggi.
Pelajar mesti sudah sedia maklum tentang pilihan-pilihan peringkat pengajian bagi lepasan SPM iaitu Asasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Diploma, dan Matrikulasi.
Mungkin masih ramai pelajar yang belum tahu tentang perbezaan setiap pilihan peringkat pengajian selepas SPM tersebut.
Untuk menambah serba sedikit maklumat anda, teruskan membaca artikel ini.
Asasi
- Asasi adalah salah satu cabang program pra-universiti yang ditawarkan oleh universiti. Selepas tamat Asasi, pelajar akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di universiti itu sendiri.
- Sijil Asasi tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk tawaran kerja, manakala Sijil Diploma dan STPM adalah diiktiraf dan layak memohon jawatan penjawat awam di Malaysia.
- Tempoh pembelajaran Asasi adalah 1 tahun bersamaan 3 semester.
STPM
- STPM adalah program pra-universiti di Malaysia yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
- Sijil STPM diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Peluang untuk menyambung pengajian di luar negara sangat luas kerana STPM diiktiraf oleh universiti tempatan dan luar negara terutamanya di negara-negara Komanwel.
- Tempoh Pengajian Tingkatan Enam adalah 1 setengah tahun bersamaan 3 semester.
Diploma
- Diploma adalah program pendidikan tinggi dibawah kelolan IPTA dan IPTS setelah menamatkan tingkat menengah atas.
- Kelayakan sijil Diploma boleh digunakan untuk memohon jawatan penjawat awam sekiranya ingin terus bekerja dan tidak ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah.
- Tempoh pengajian bagi Diploma adalah 3 tahun bersamaan 6 semester.
Matrikulasi
- Matrikulasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) adalah satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan diri mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
- Lulusan Program Matrikulasi akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017).
- Tempoh pengajian adalah berdasarkan program yang ditawarkan. Program Matrikulasi menawarkan empat jurusan iaitu:
a) Jurusan Sains (Dua Semester dan Empat Semester):
i. Aliran Sains Hayat
ii. Aliran Sains Fizikal
iii. Aliran Sains Komputer
b) Jurusan Kejuruteraan (Dua Semester):
i. Aliran Asas Kejuruteraan
ii. Aliran Kejuruteraan Awam
iii. Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
iv. Aliran Kejuruteraan Mekanikal
c) Jurusan Perakaunan (Dua Semester)
d) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Dua Semester)
Kesimpulannya, Asasi, STPM, Diploma, dan Matrikulasi adalah program pendidikan Malaysia yang menjadi haluan pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian.
Terpulanglah kepada anda untuk pilih yang mana satu bersesuaian dengan kelayakan, minat, keperluan dan juga mungkin dari segi kewangan atau perbelanjaan yang terlibat
Walaupun masing-masing mempunyai ciri-ciri program yang tersendiri, tujuan bagi semua program pendidikan tersebut adalah sama iaitu untuk menyediakan pelajar sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di universiti.