Syarat Kelayakan & Kelebihan Asasi TVET Perlu Anda Tahu

Kelebihan dan syarat kelayakan Asasi TVET di Malaysia

Pelajar lepasan SPM yang ingin mengembangkan kemahiran praktikal dan menyiapkan diri untuk memasuki industri tertentu, boleh mengikuti Program Asasi TVET.

Pendaftaran untuk mengikuti program Asasi TVET kini boleh dibuat secara online

Program Asasi TVET dilaksanakan sebagai persediaan untuk para pelajar lepasan SPM sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.

READ: Biasiswa Lepasan SPM Ke Luar Negara

Kalau anda nak tahu apa kelebihan dan syarat kelayakan Program Asasi TVET, teruskan membaca.

Kelebihan Program Asasi TVET

Program Asasi TVET mempunyai kelebihan yang boleh menjadi faktor pertimbangan untuk calon mahasiswa menyertainya.

Berikut adalah beberapa kelebihan dari Program Asasi TVET:

1. Mendapat Keutamaan Menyambung Ijazah 

Lepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti di bawah Malaysian Technical University Network (MTUN) iaitu:

  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Laluan pengajian pelajar lepasan Asasi TVET
Sumber: Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti

2. Fokus Terhadap Kemahiran Praktikal

Program Asasi TVET dirancang untuk memberikan latihan praktikal dan kemahiran yang relevan dalam pasaran kerja.

Pelajar akan mendapat kemahiran khusus yang boleh digunakan secara langsung di tempat kerja atau dalam permulaan perniagaan sendiri.

3. Kebolehpercayaan Dalam Pekerjaan

Graduan Asasi TVET umumnya mempunyai kelebihan dalam memasuki pasaran pekerjaan kerana mereka mempunyai kepakaran dan kemahiran yang dicari oleh industri dan boleh digunakan secara langsung di tempat kerja.

4. Kepelbagaian Pilihan Bidang Pengajian

Program Asasi TVET menawarkan pelbagai pilihan program dan bidang pengajian yang boleh disesuaikan dengan minat dan matlamat kerjaya anda.

Jadi, anda boleh memilih program yang sesuai dengan kemahiran dan minat peribadi anda, serta memilih laluan pengkhususan mengikut keperluan dan pilihan anda.

Syarat Kelayakan Program Asasi TVET

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin menyertai program Asasi TVET, terdapat beberapa syarat kelayakan yang anda perlu penuhi iaitu:

  1. Anda mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Memiliki SPM atau setaraf.
  3. Keputusan SPM mestilah Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas).
  4. Keputusan SPM mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    • SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
  5. Anda tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Walau bagaimana pun, persyaratan kelayakan untuk Asasi TVET boleh saja berbeza-beza bergantung pada institusi pendidikan yang menjalankan program tersebut.

Jadi, anda disarankan untuk menghubungi secara langsung institusi pendidikan anda untuk memperoleh maklumat terkini tentang syarat kelayakan Asasi TVET.

Kesimpulannya, Program Asasi TVET berperanan penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri di Malaysia.

Dengan menyediakan pendidikan yang memfokuskan kepada kemahiran praktikal, program ini dapat membantu meningkatkan kelebihan daya saing graduan dalam pasaran kerja dan menyediakan peluang kerjaya yang baik.