ATV Adventure Park di Kuala Lumpur Destinasi Terpilih Bagi Peminat Sukan Lasak!

Anda pernah tak dengar tentang sukan lasak all-terrain vehicle (ATV). Kalau anda seorang peminat sukan lasak yang mencabar sambil meneroka hutan, anda patut cuba pengalaman ATV Adventure Park di Kuala Lumpur!

Di sinilah anda boleh berseronok menyusuri jalan dan laluan yang mencabar sambil menunggang ATV.

Kalau anda tinggal di sekitar kawasan Ulu Klang ataupu Ampang, tempat ini memang sangat dekat dengan anda!

Dengan ATV yang beroda 4 ataupun beroda 3, anda boleh harungi trek perjalanan yang mencabar dengan meredah pelbagai halangan seperi melalui pokok-pokok besar dan laluan titian buluh di dalam hutan simpan.

Book ATV Adventure Park KL trip online

Seronoknya lagi tetang menaiki ATV ialah anda tetap boleh stabil walaupun melalui jalan yang menuruni bukit dan mendaki bukit yang tinggi dengan jalan yang tidak rata.

ATV Adventure Park ada banyak tempat perhentian yang menarik tau, antaranya ialah Air Terjun Sofea Jane, Bukit Tabur, Sungai Liza dan empangan.

Anda boleh ke mana-mana tempat perhentian ini dengan menaiki ATV yang dikendalikan oleh pengendali profesional.

READ: White Water Rafting Selangor

Masa Operasi ATV Adventure Park Kuala Lumpur

  • Buka pada hari Isnin-Ahad bermula jam 9am-6pm
  • Tutup pada hari Jumaat bermula jam 11am-3pm

Pakej Yang Ditawarkan Di ATV Adventure Park Kuala Lumpur

ATV Adventure Park Kuala Lumpur ada menawarkan jenis pakej pengembaraan untuk anda!

Anda boleh pilih mana-mana sahaja pakej yang anda rasa lebih mencabar dengan harga yang berpatutan.

Jom kita tinjau jenis pakej dan harga yang mereka tawarkan!

  1. Pakej B (RM100)
  • Memandu ATV ke air terjun 7 tingkat dengan melalui trek perjalanan yang mencabar selama 1 hingga 1 jam setengah.
  • Melihat pemandangan air terjun yang belum dieksploitasi.

2. Pakej C (RM150)

  • Memandu ATV ke Air Terjun Sofea Jane dengan melalui perjalanan offroad selama 1 jam setengah sehingga 2 jam.
  • Boleh berendam di dalam air sejuk setelah tiba di hujung perjalanan.

3. Pakej D (RM200)

  • Memandu ATV ke Bukit Tabur.
  • Berpeluang menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur dan Kelang Gate Dam melalui aktiviti Dam Ride naik dan turun bukit.
  • Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 2 hingga 2 jam setengah.

4. Pakej E (RM300)

  • Memandu ATV ke Bukit Tabur/Empangan/Sungai Liza/ Dataran Mas/Bukit Lalang selama 3 sehingga 4 jam perjalanan offroad.
  • Memerlukan keyakinan diri dan kerja berpasukan.
  • Berpeluang mengembara ke atas bukit yang curam, bentuk muka bumi yang kasar, denai sungai, dan lubang-lubang yang berlumpur.

5.Kombo pakej B+C (RM200)

Anda boleh dapatkan dua pakej ini dengan satu harga sahaja tau, jimat RM50!

  • Memandu ATV ke air terjun 7 tingkat dengan melalui trek perjalanan yang mencabar selama 1 hingga 1 jam setengah.
  • Memandu ATV ke Air Terjun Sofea Jane dengan melalui perjalanan offroad selama 1 jam setengah sehingga 2 jam.
  • Selepas menikmati pemandangan air terjun 7 tingkat, anda boleh pula berendam di dalam air sejuk Air Terjun Sofea Jane.

Peringatan Sebelum Buat Booking ATV Adventure Park Kuala Lumpur

Menarik kan pakej-pakej yang mereka tawarkan! Jika anda merasai pengalaman menaiki ATV, anda perlu buat tempahan terlebih dahulu untuk tahu kekosongan slot yang ada.

Nak tempah slot pun ada syarat-syarat yang anda perlu patuhi. Jom kita lihat syarat-syarat yang mereka tetapkan sebelum buat tempat tempahan.

  1. Nak booking slot tak boleh ‘last minute’ tau! Sekurang-kurangnya mestilah seminggu lebih awal, lebih-lebih lagi pada hujung minggu dan cuti umum.
  2. Mereka juga perlukan pengesahan kehadiran anda, jadi anda perlu berikan deposit sebanyak 50% kepada mereka. Kalau anda membatalkan tempahan kerana tidak dapat hadir pada hari aktiviti, anda akan rugilah deposit 50% tadi. Jadi rancanglah jadual dan perjalanan anda baik-baik ya!
  3. Mengenai bayaran penuh pula, anda boleh selesaikan sebelum anda menaiki kaunter pandaftaran.
  4. Tempahan yang anda buat akan disahkan melalui sms, e-mail, ataupun panggilan telefon dari mereka. Jadi ketika mengisi maklumat info kenalan, pastikan isi maklumat anda dengan betul ya supaya anda boleh dihubungi.
  5. Semasa hari aktiviti, sebaiknya anda hadir sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal supaya anda ada masa yang cukup untuk taklimat keselamatan dan sedikit latihan.
  6. Berkenaan deposit 50% tadi, kalau anda buat sebarang pembatalan atau perubahan ataupun penangguhan ‘last minute’ iaitu dalam waktu 5 hari bekerja Isnin-Jumaat, deposit anda tidak boleh dikembalikan.
  7. Pembayaran pula, mereka hanya terima bayaran tunai atau Cek Syarikat sahaja. Pembayaran kad kredit pun mereka tak terima, jadi pastikan anda bawa duit anda secukupnya ya!

Cara Booking ATV Adventure Park Kuala Lumpur 

  1. Untuk membuat tempahan slot, anda perlu melayari pautan Borang Tempahan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  2. Isi maklumat anda dengan tepat seperti nama, e-mail yang aktif, nombor telefon yang boleh dihubungi.
  3. Kemudian, anda boleh pilih tarikh tempahan dan masa yang anda nak pergi. Slot masa yang mereka buka adalah pada jam 9 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 1 petang, 3 petang, dan 4 petang.
  4. Selepas pilih tarikh dan masa, anda boleh pilih jenis pakej yang anda nak, sama ada pakej B, pakej C, pakej D, pakej E, ataupun pakej combo B+C.
  5. Untuk nyatakan bilangan orang yang nak mengembara dengan ATV, anda boleh nyatakan saja di bahagian ‘Number of Pax’. Minimum untuk buat tempahan mestilah 2 orang.
  6. Terakhir sekali sebelum anda, hantar borang tempahan, kalau anda ada sebarang pesanan untuk disampaikan kepada mereka, anda tinggal beritahu saja di bahagian ‘Any Additional Request’.
  7. Setelah tempahan anda dah disahkan, mereka akan berikan maklumat akaun mereka melalui sms, e-mail, ataupun panggilan telefon.

Peraturan Yang Perlu Dipatuhi Setiap Pengunjung di ATV Adventure Park

Untuk pengetahuan anda, ATV Adventure Park di Kuala Lumpur adalah satu-satunya operator ATV yang mempunyai lesen dan permit yang diluluskan di Hutan Simpan Kampung Kemensah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutana Negeri Selangor.

Jadi, sebangai pengunjung anda mesti patuhi beberapa peraturan untuk beraktiviti di Hutan Simpan ini.

  1. Nak naik ATV pun ada had umur tau! Had umur mestilah 16 tahun dan ke atas sahaja. Jadi kalau umur anda lebih muda daripada 16 tahun, anda belum bolehlah naik ATV.
  2. Sebelum menunggang ATV, anda mesti tandatangani satu borang yang dinamakan Borang Pelepasan Liabiliti.
  3. Jika anda nak menunggang ATV, anda tidak boleh sama sekali berada dalam mabuk akibat pengaruh alkohol, dadah, ataupun sebarang ubat yang menjejaskan kewarasan dan keseimbangan anda. Sebab adalah mereka tidak ingin sebarang kemalangan teruk menimpa anda.
  4. Demi keselamatan semasa menunggang, anda tak boleh membawa melebih had kelajuan yang ditetapkan tau! Pastikan anda sentiasa dalam kawalan yang betul.
  5. Topi keledar wajib dipakai sentiasa! Anda tidak perlu risau untuk dapatkan topi keledar kerana topi keledar akan disediakan oleh pengendali anda.
  6. Semasa menunggang ATV di dalam hutan, anda kenalah menghormati penunggang lain dan paling penting jangan merosakkan alam sekitar! Sekiranya ATV yang anda naiki rosak akibat kecuaian dan perlanggaran peraturan, anda wajib bertanggungjawab tau!
  7. Anda boleh saja dihalang daripada menunggang ATV sekiranya anda didapati melanggar peraturan. Anda mesti tak mahu perkara sebegini berlaku kan, jadi anda kenalah ikut peraturan mereka ya!

Info Lanjut  ATV Adventure Park Kuala Lumpur

Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan ataupun nak menghubungi mereka secara langsung, anda boleh lihat alamat dan nombor mereka di bawah:

Kampung Kemensah,
68000 Ampang Jaya, Selangor
No. tel : 0132779246 / 012-3775005 / 019-3407895
e-mail: booking@atvadventure.com

Untuk tempahan, anda boleh hubungi Saiful di talian 0192448544.

Demikianlah serba sedikit tentang ATV Adventure Park di Kuala Lumpur.

Banyak juga pakej yang mereka tawarkan dengan pelbagai tempat perhentian yang sangat menyeronokkan.

Kalau dapat pergi ke destinasi ini beramai-ramai mesti seronok kan!

Kehidupan seharian dengan pekerjaan memang memenatkan, jadi inilah masanya untuk anda lari dari hiruk-pikuk bandar dan pergi ke menaiki ATV di Adventure Park Kuala Lumpur untuk merasa kebebasan di alam semula jadi!