White Water Rafting Selangor Peminat Sukan Air Lasak Wajib Pergi! Ini Cara Booking & Harga Pakej

Anda minat sukan air yang mencabar tak? Kalau anda seorang yang minat sukan air lasak, anda mesti cuba aktiviti Arung Jeram ataupun lebih sering disebut Water Rafting.

Aktiviti ini memang sangat mendebarkan dan mencabar fizikal dan mental sehingga boleh mengeluarkan adrenalin anda!

Kalau anda nak tahu, Sungai Selangor di Kuala Kubu Baharu (KKB) ada buat aktiviti sukan water rafting tau!

Cara book pakej white water rafting Selangor
Photo: Klook

Perjalanan dari Kuala Lumpur nak sampai ke tempat tersebut hanya ambil masa lebih kurang 1 jam sahaja.

Sungai di KKB ialah sungai hutan yang cantik kerana airnya yang sejuk dan jernih.

Jadi kalau nak buat aktiviti water rafting di sini memang seronok!

Mesti ramai yang nak tahu, berapa lama masa di ambil semasa water rafting?

READ: Mengembara Ke Cameron Highland, 10 Aktiviti Wajib Buat

Untuk pengetahuan anda, Sungai Selangor KKB ini panjangnya ialah 8 KM, jadi ia akan ambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam untuk sampai ke titik penamat.

Walau bagaimana pun, ia bergantung juga kepada paras air sungai ketika itu dan jumlah kumpulan yang berakit.

Memang seronok kalau nak bercuti pada hunjung minggu dengan kawan-kawan, bukan selalu dapat buat sukan air yang mencabar beramai-ramai.

Pesanan Untuk Yang Pertama Kali Nak Sertai Water Rafting

Mesti ramai yang baru nak mencuba-cuba aktiviti ini kan? Anda tidak perlu risau kerana ada penjaga yang akan sentiasa memantau keselamatan anda.

Bukan itu sahaja tugas mereka, penjaga ini juga yang akan membantu anda dengan memberikan arahan mendayung yang betul dan sentiasa ingatkan langkah keselamatan untuk anda.

Sekiranya ada sesiapa yang cedera ataupun terluka, peti pertolongon cemas pun ada disediakan sebagai pertolongan awal.

Anda pun tahu kan kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja lebih-lebih lagi apabila buat aktiviti luar yang lasak.

Sebab itulah mereka sentiasa bersedia untuk menolong anda.

Mengapa Aktiviti White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu Sangat Mendebarkan

1. Anda tahu kan bahawa aktiviti sukan air yang ekstrim ini di lakukan di atas sungai yang mengalir sangat deras! Disinilah anda dicabar untuk kekal di atas rakit sambil mengharungi arus yang deras yang sentiasa menolak anda.

2. Pernah tengok tak rakit terbalik semasa water rafting? Rakit boleh terbalik disebabkan satu sahaja pergerakan yang salah! Jadi fokus yang tinggi sangat penting tau terutam ketika mendayung rakit.

3. Kalau nak buat water rafting, anda perlulah ada badan dan otot yang kuat barulah boleh dayung rakit melawan arus sungai. Anda pun mesti tahu kan, nak atasi kekuatan air, anda mesti ada koordinasi badan dan minda yang hebat. Barulah boleh bertahan sehingga ke garisan penamat!

Cara Tempah Tiket White Water Rafting Adventure di Kuala Kubu Bharu, Selangor

Nak tempah tiket mudah saja, ada banyak tempat anda boleh tempah secara online. Anda boleh pilih ikut yang mana anda rasa paling mudah.

Kalau anda masih kurang pasti bagaimana nak tempah tiket, lihat saja cara-cara berikut:-

  1. Book di Aplikasi atau Laman Web Klook

Harga tempahan per orang: RM169.00 (pax)

Cara-cara nak tempah dengan Klook:-

  1. Pertama sekali, anda boleh muat turun aplikasi Klook di telefon pintar anda, ataupun layari sahaja laman web mereka.
  2. Di bahagian carian, letakkan ‘White Water Rafting Adventure di Kuala Kubu Bharu’
  3. Setelah dapat jumpa, anda pilih lah tarikh yang anda nak pergi.
  4. Bahagian jenis pakej, tekan saja butang ‘White Water Rafting’.
  5. Kemudian pilih lah kuantiti orang yang nak pergi, mungkin anda nak pergi dengan kawan-kawan ataupun ahli keluarga. Untuk bahagian kuantiti, maksimum perlu 2 orang tau! Maksudnya anda tak boleh pergi kalau sorang-sorang lah.
  6. Kalau dah selesai pilih, tekan butang ‘Book Now’ untuk ke proses seterusnya.
  7. Sebelum buat pembayaran, anda kena isi dahulu maklumat anda dan kawan-kawan anda yang nak pergi. Pastikan anda isi betul-betul tau nama penuh macam dalam Kad Pengenalan, tarikh lahir, dan nombor kad pengenalan ataupun pasport.
  8. Bahagian seterusnya yang paling penting, jangan terlepas pandang pula ya! Lengkapkan bahagian ‘Contact Info’ sebab dari sinilah anda akan dimaklumkan tentang pengesahan tempahan anda.
  9. Langkah terakhir ialah pembayaran. Tekan saja butang ‘Continue to pay’.
    Mudah saja kan nak tempah dengan Klook. Tapi pastikan anda isi segala maklumat anda dengan betul tau! Sebab kalau dah hantar tempahan, dah tak boleh tukar apa-apa lagi.

2. Xventure Mind

Harga tempahan per orang (minimum 5 pax): RM169.00 (pax)

Harga tempahan di kedua-dua tempat ini sama sahaja, cuma cara-cara tempahan sahaja yang berbeza.

Jadi mari kita lihat bagaimana pula cara tempahan dengan Xventure Mind!

Cara-cara nak tempah dengan Xventure Mind:-

Kalau anda nak tempah dengan Xventure Mind, ia agak berbeza dengan Klook.

Syarat pertama ialah anda perlu bayar deposit sebanyak 30% terlebih dahulu kepada mereka. Jadi anda perlu tempah lebih awal daripada tarikh yang anda nak pergi.

Bayaran deposit 30% ini tidak boleh dikembalikan tau!

Jika anda nak buat aktiviti sehari sahaja, anda perlu bayar baki selebihnya pada awal 14 hari sebelum perjalanan.

Kalau tiba-tiba anda rasa nak batalkan tempahan pun boleh!

Tetapi dengan syarat, anda mesti berikan notis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum hari aktiviti dijalankan.

Barulah mereka akan bayar 100% baki bayaran yang anda telah bayar.

Bagi pengembaraan yang lebih dari sehari pula, anda perlu bayar baki selebihnya pada 30 hari sebelum perjalanan.

Memang kena tempah lebih awal ni kalau dengan mereka! Bolehkah kalau nak batalkan perjalanan yang dah ditempah?

Jawapannya tentu saja boleh! Tetapi dengan syarat, anda harus berikan notis awal kepada mereka sekurang-kurangnya 14 hari sebelum hari perjalanan anda.

Tentang bayaran balik pula, anda hanya akan diberikan 50% daripada baki bayaran yang anda dah bayar.

Hubungi mereka kalau nak tempah di alamat dan talian berikut:-

Xventure Mind,
No.1032,Kampung Jelutong Tambahan,
44100 Kalumpang,
Selangor Darul Ehsan.

No. telefon: 0124653307
E-mail: xtr_adventure@yahoo.com
Laman web: www.malaysia-whitewater-rafting.com

3. Oxbold Sports

Harga tempahan per orang: RM200 (pax)

Cara-cara nak tempah dengan Oxbold Sports:

  1. Untuk menempah dengan Oxbold Sports, anda kena isi satu borang secara atas talian. Layari saja pautan berikut Water Rafting Sungai Selangor kemudian anda akan temui butang ‘Book Now’ untuk dapatkan borang tempahan.
  2. Kemudian lengkapkan saja borang dengan mengisi maklumat yang diminta. Bagi bahagian Water Rafting Location, pastikan anda tanda pada tempat yang betul iaitu Selangor River (Kuala Kubu Bharu).
  3. Di borang tersebut pun ada pilihan sama ada anda nak bayar untuk insurans atau pun tidak. Terpulanglah kepada anda sama ada nak buat insurans ataupun tidak, tiada paksaan ya! Perlindungan insurans bagi yang berumur bawak 70 tahun ialah RM30 setiap orang. Bagi yang berumur lebih 70 tahun pula ialah RM90 setiap orang.
  4. Terakhir sekali, kalau dah siap isi borang tekan saja butang ‘submit’.

Bagaimana nak tahu tempahan berjaya atau tidak?

Untuk menjawab soalan anda ini, cara tempahan mereka memang sangat berbeza daripada yang lain.

Selepas anda hantar borang online tadi, anda akan terima notis melalui e-mail bahawa anda telah membuat tempahan.

Kemudian barulah mereka akan membalas e-mail anda dalam masa 24 jam hingga 48 jam.

Bagaimana nak buat perubahan tempahan?

Mungkin anda tidak dapat nak laksanakan aktiviti pada hari yang anda telah pilih. Jadi, kalau anda buat sebarang perubahan, tak boleh melalui laman web mereka tau!

Tapi apa yang perlu lakukan adalah dengan menghantar e-mail kepada mereka, buat panggilan ataupun WhatsApp mereka untuk dapatkan maklum balas yang cepat.

Kalau nak dapatkan alamat dan nombor telefon mereka, anda boleh rujuk di bawah ini:

OXBOLD SPORTS
Suite 103, C-GF-08, Pavilion,
Jalan Puteri 7/13, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor, Malaysia

Hotline: +(6)019-663 8336
Email: info@oxbold.com
Google Map: https://bit.ly/oxboldsports-googlemap
Waze Map: https://bit.ly/oxboldsports-wazemap

Jadi bagaimana menurut anda?

Berani tak nak cabar diri buat aktiviti water rafting ni?

Nak tempah tiket pun mudah, ada beberapa pilihan yang anda boleh pilih. Harapnya perkongsian ini dapatlah bantu anda tentang bagaimana nak tempah tiket dan harga yang ditawarkan.

Pengalaman yang anda akan dapat daripada aktiviti water rafting memang sangat berharga kerana tidak semua orang ada keberanian dan keyakinan yang tinggi seperti anda! Lepas ni bolehlah ajak kawan-kawan anda ke White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu, ramai-ramai barulah seronok!