13 Jenis Baka Anjing Dilarang Import & Baka Anjing Terhad Di Malaysia

Tahukah anda bahawa di Malaysia ada jenis baka Anjing Dilarang Import dan baka Anjing Terhad. Jika dijumlahkan bersama kedua-dua kategori ini semuanya sebanyak 13 jenis baka.

A. Jenis Baka Anjing Dilarang Import

Berikut adalah senarai baka anjing dilarang import. Maksudnya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia untuk dipelihara.

  1. Akita
  2. American Bulldog
  3. Fila Brasileiro
  4. Dogo Argentina
  5. Japanese Tosa
  6. Pit Bull Terrier / Pit Bull (juga dikenali sebagai American Pit bull, American Pit Bull Terrier, American Staffordshire Terrier dan Stafford Bull Terrier)
  7. Neapolitan Mastiff

B. Jenis Baka Terhad

Yang ini pula adalah jenis baka terhad.

  1. Bull Mastiff
  2. Bull Terrier
  3. Doberman
  4. German Shepherd / Alsatian termasuk Belgian Shepard dan East European Shepard
  5. Rottweiler
  6. Perro de Presa Canario (juga dikenali sebagai Canary Dog)

Senarai baka anjing dilarang import di Malaysia

So selepas ini anda tahulah sudah jenis anjing yang baka terhad dan baka anjing dilarang import.

Senarai ini dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar Malaysia.