Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH)& Kemaskini Online
Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) semakan dan proses kemaskini secara online. Para pemohon dan penerima BSH boleh membuat semakan online di portal khas yang disediakan khas. Untuk membuat semakan sila layari semakan BSH online. Kali ini kami ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai BSH untuk makluman dan pengetahuan anda.
Untuk maklumat mengenai tarikh pembayaran BSH berperingkat tahun lepas anda boleh membacanya di sini.
Baca juga: Permohonan BSH Online
Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH)
Seperti yang mungkin anda semua sudah sedia maklum pembayaran BSH dilakukan sebanyak 3 kali atau (fasa). Untuk tahun ini semua proses pembayaran telah selesai di buat. BSH untuk tahun depan belum tahu ada atau tiada.
Sila rujuk petikan akhbar Berita Harian (https://www.bharian.com.my) di bawah;
PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan akaun bank sama ketika pembayaran fasa kedua BSH.
“Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.
“Sejumlah RM2.85 bilion sudah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan.
“Ia termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap anak tanggungan, terhad kepada maksimum empat anak. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak Orang Kurang Upaya tanpa had umur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sila rujuk kenyataan akhbar mengenai penerima yang belum menerima bayaran BSH seperti mana yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Malaysia YB. Lim Guan Eng.
Status Bantuan Sara Hidup BSH Online
Semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat boleh dibuat secara online. Pembayaran untuk Fasa 3 yang dijangka akan dibuat pada bulan Ogos belum diumumkan lagi.
Pada ketika ini portal BSH masih terbuka untuk para pemohon membuat kemaskini dan rayuan. Jika anda belum berbuat demikian, sila bertindak sebelum tarikh tutup. Portal kemaskini dan rayuan BSH akan ditutup selepas itu.
Bagaimana caranya untuk buat semakan untuk mengetahui sama ada nda layak atau tidak untuk menerima pembayaran BSH fasa ketiga?
Semakan status pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa pertama boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my
Untuk membuat semakan sila lihat cara-cara di bawah bagi proses semakan secara online:
- Layari bsh.hasil.gov.my kemudian klik pada pautan MyBSH
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK
- Klik pada mohon TAC
- Masukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon anda
- Klik pada SEMAKAN STATUS
Skrin akan memaparkan status permohonan sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima BSH fasa pertama.
Senarai Bank Untuk Pembayaran BSH
Untuk tujuan pembayaran bantuan BSH penerima boleh menggunakan mana-mana dari 19 bank sepertiman yang dalam senarai di bawah.
Bank-bank yang terlibat dalam proses pembayaran BSH ini termasuklah;
- AFFIN BANK
- AGRO BANK
- ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
- AM BANK BERHAD
- AL RAJHI BANK
- BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
- BANK RAKYAT
- MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- CIMB BANK BERHAD
- CITIBANK BERHAD
- HONG LEONG BANK
- HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
- MAYBANK
- OCBC BANK
- PUBLIC BANK BERHAD
- RHB BANK BERHAD
- STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
- UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD
Sistem Kemaskini BSH
Pemohon dan penerima bantuan BSH dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat dalam portal BSH dari masa ke semasa. Kemaskini boleh dibuat di portal rasmi BSH online.
Berikut adalah maklumat yang perlu anda kemaskini;
- Status perkahwinan terkini (kahwin / cerai / kematian pasangan)
- Alamat surat menyurat terkini dan emel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris
Maklumat Lanjut
Jika anda memerlukan maklumat terkini dan lanjut mengenai BSH, anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada bsh@treasury.gov.my
Semoga perkongsian mengenai semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share maklumat penting ini kepada rakan-rakan anda.