Bas Alor Setar Ke Selangor Jadual & Harga Tiket Online

Bas Alor Setar Ke Selangor harga tiket dari RM 45.00 sahaja untuk perjalanan sehala menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut. Alor Setar sememangnya antara bandar yang cantik di Malaysia. Tidaklah begitu menghairankan jika bandar yang terkenal di utara tanah air ini sering menerima jumlah pelancong yang tinggi.

Tidak jauh dari Alor Setar adalah Jeti Kuala Kedah yang menjadi ‘gateway’ ke pulau lagenda Langkawi.

Dari Alor Setar anda boleh dapatkan bas express ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia.

Kali ini disini ada sedikit informasi umum mengenai perkhidmatan bas dari Alor Setar ke Selangor. Mudah-mudahan ianya boleh mempermudahkan anda sedikit sebanyak.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Senarai Bas Express Dari Alor Setar Ke Selangor

Penumpang ada banyak pilihan bas express untuk perjalanan tersebut. Ini kerana ada begitu banyak syarikat bas yang beroperasi menghubungkan kedua-dua bandar utama tersebut.

Ketika ini sekurang-kurangnya ada 14 syarikat bas yang beroperasi, antaranya ialah Mara Liner, Mayang Sari dan Sani Express.

Senarai yang ada di bawah ini adalah seperti yang ada di applikasi online easybook.com sebuat portal yang memberi perkhidmatan tempahan tiket bas secara online.

  • Cosmic Express
  • Express Kesatuan
  • Gurun Supernice Enterprise
  • Inter Top (Pudu)
  • Intercity Coach
  • Janjie Enterprise
  • Jasmine Express
  • Kejora Masyhur Sdn Bhd
  • KKKL Sdn Bhd
  • KPB Ekspress
  • Maraliner
  • Pancaran Matahari
  • Sani Express
  • Suasana Holiday
  • Supernice Grassland
  • TRA Express
  • Trans MVS Express (IVY HOLIDAYS)
  • YK HEE Enterprise

Sudah tentu mungkin ada berberapa syarikat bas express lain yang beroperasi untuk laluan ini. Kami akan kemaskini artikel ini dari masa ke semasa.

Pick-up & Drop-off Point Di Alor Setar Dan Selangor

Penumpang yang bertolak dari Alor Setar menggunakan bas express boleh pilih salah satu pick-up point yang terdekat dengan anda iaitu Terminal Bas Alor Setar dan Alor Setar – Antar Holiday

Di Selangor pula penumpang boleh pilih di mana-mana dari 9 drop-off point. Antara drop-off point bas express di Selangor ialah;-

  • Hentian Duta
  • Kajang
  • KL Sentral
  • Klang
  • Klang Sentral
  • Putrajaya Sentral
  • TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
  • Terminal Shah Alam
  • Terminal Shah Alam Section 17

Sebelum itu kena tanyalah dulu syarikat bas itu di mana drop-off point yang anda pilih. Bukan semua syarikat bas akan guna drop-off point di semua tempat seperti yang tersenarai di atas.

Orang dulu-dulu kata, malas tanya sesat jalan.

Kemudahan Dalam Bas Express

Jika anda beli tiket bas menggunakan applikasi easybook.com, anda boleh filter dan teliti kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh bas-bas express.

Antara kemudahan yang disediakan ialah Food On Board, Massage Chair, Socket Plug, TV, Wifi, Headphone, VIP Seater, Personal Desk, USB Port, Reading Light, Blanket dan Water On Board

Walau bagaimanapun bukan semua bas express menyediakan kemudahan yang sama. Contohnya mengikut result filter di portal easybook.com kemudahan WiFi dan USB Port dalam bas disediakan oleh syarikat bas express Supernice Grassland dan TRA Express.

Sudah tentu syarikat bas express yang menyediakan perbagai kemudahan dalam bas untuk penumpang, harga tiket juga lebih mahal berbanding dengan bas express yang tiada menyediakan apa-apa kemudahan.

Di sebabkan jarak perjalanan yang agak jauh iaitu lebih kurang 450 KM dengan masa perjalanan hampir 6 jam 12 minit bergantung kepada situasi lalu lintas dan keadaan cuaca, jika ada badget lebih lebih baik ambil bas yang lebih selesa dan menyediakan kemudahan WiFi.

Nanti tidaklah bosan sangat sepanjang perjalanan kerana anda boleh layan FB, Instagram, Youtube dan sebagainya.

Tarikan Pelancong Di Selangor

Senarai tempat menarik di negeri Selangor

Jika anda melawat Selangor untuk bersiar-siar atau melancong, mesti anda tertanya-tanya ‘apa yang bestnya di Selangor?’

Sebenarnya Selangor adalah antara negeri yang begitu giat membangunkan produk pelancongan mereka. Kerajaan negeri melihat sektor pelancongan sebagai salah satu sektor terpenting.

Jika anda tertanya-tanya apa yang boleh anda lihat dan lakukan di Selangor, layari laman website tourismselangor.my.

Portal tersebut ada membuat senarai tarikan pelancong yang sangat lengkap dan menarik. Jika ada masa luangkan sedikit masa membacanya.

Semoga sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas Alor Setar ke Selangor ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita menyokong industri pelancongan tempatan dan pengangkutan awam di negara kita.