Lokasi & Harga Parking Kereta Di Jeti Kuala Kedah

Informasi lokasi dan harga parking kereta di Jeti Kuala Kedah ini untuk pengunjung yang menaiki feri melalui jeti tersebut ke Langkawi.

Topik ini sebenarnya amat penting kerana ramai penumpang feri yang dilaporkan telah ditipu oleh ulat parking di jeti tersebut.

Jika anda membawa kereta sendiri sehingga ke jeti Kuala Kedah untuk ke langkawi, berhati-hatilah dengan keselamatan kereta dan harta benda anda.

Penumpang boleh book tiket feri online >> DI SINI.

Sebelum ini kami ada menulis sedikit informasi mengenai topik yang sama untuk penumpang yang berkunjung ke Langkawi dari jeti Kuala Perlis.

Info tersebut sedikit sebanyak telah dapat membantu ramai pengguna untuk berhadapan dengan masalah parking di jeti Kuala Perlis.

Harga Parking Kereta Di Jeti Kuala Kedah

Penumpang feri yang meletakkan kenderaan mereka di sekitar jeti dinasihatkan berhati-hati.

Ini kerana banyak ulat parking yang akan menghampiri anda sebaik anda tiba untuk memujuk anda menggunakan perkhidmatan mereka.

Biasanya flat nombor kereta luar Kedah yang sering menjadi sasaran utama, mungkin kerana mereka tidak tahu kewujudan tempat letak kereta yang lebih murah dan selamat di sekitar jeti.

Untuk perkongsian info kali ini dicadangkan 3 tempat parking kereta di jeti Kuala Kedah yang boleh anda pilih.

  1. Parking di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang terletak di depan jeti dan juga sebelah kiri jeti. Harga parking ialah RM 15.00 sehari / semalam.
  2. Parking di luar kawasan MBAS. Harga parking kereta ialah RM 10.00 sehari / semalam. Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan ulat parking.
  3. Dalam kawasan Masjid India (masjib berwarna biru) sebelah jeti. Harga parking ialah RM 10 sehari / semalam. Pintu pagar masjid akan ditutup pada waktu malam. Pengguna boleh buat tempahan atau booking lebih awal dengan menghubungi Imam Sadiq di talian 012-4466869 / 017-5248386. Masjid ini terletak berdepan dengan lampu isarat (traffic light). Tidaklah susah mencarinya.
  4. Projek Tempat Letak Kereta PIBG Sk Haji Ismail. Projek ini menawarkan tempat letak kereta di kawasan sekolah semasa musim cuti sekolah untuk pengunjung ke Langkawi. Kadar bayaran ialah RM 10.00 tidak berbumbung dan RM 12.00 berbumbung. Ianya tentu selamat kerana pengawal keselamatan mengawal sekolah 24 jam. Untuk maklumat lanjut layari website rasmi Sk. Haji Ismail atau hubungi En. Azeman di talian 04-7621101.

Tips paling bagus ialah booking tempat parking lebih awal, terus memandu menuju parking terlebih dahulu dan letak dahulu kereta anda tanpa menunjukkan minat ingin ke jeti.

Lepas parking kereta baik-baik, angkat barang dan berjalanlah dengan santai ke jeti.

Set lokasi parking di google map phone anda untuk penunjuk arah. Minta ‘share location’ dengan pengusaha / penjaga parking kereta.

Jika anda menghentikan kereta anda depan jeti dan bertanya sini sana, anda akan menjadi sasaran ulat parking kerana mereka tahu anda berhajat untuk parking kereta anda.

Isu Mengenai ‘Ulat Parking’

Sejujurnya kami belum pernah berdepan dengan ulat parking di jeti tersebut. Walau bagaimanapun perkara ini sedar tak sedar ada dan dihadapi oleh ramai para pengguna jeti yang tidak berwaspada.

Jika anda google info mengenai parking di jeti ini, perkara paling banyak dalam hasil carian ialah mengenai isu ‘ulat parking’.

Banyak blog dan website yang ada menceritakan mengenai isu ini antaranya ialah lobakmerah.com dan Video Viral Malaysia.

Harap isu ini ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa untuk keselesaan dan keselamatan awam atau pengguna jeti Kuala Kedah.