Bas Ipoh Ke KLIA / KLIA2 Jadual & Harga Tiket

Bas Ipoh ke KLIA/KLIA2 dari RM30.00 sehala, sedikit informasi umum mengenai jadual dan harga tiket bas menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut. Mungkin ramai tidak tahu bahawa ada perkhidmatan bas menghubungkan bandaraya Ipoh dan KLIA secara terus (direct) tanpa perlu ke Kuala Lumpur terlebih dahulu. Kepada yang sudah tahu, informasi ini mungkin tidak penting untuk anda, tetapi ianya penting kepada yang tertanya-tanya.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Perjalanan dari Ipoh ke KLIA/KLIA2 tidaklah lama. Ianya mengambil masa sekitar 3 hingga 4 jam perjalanan. Yang bestnya, penumpang berpeluang menikmati pemandangan yang menarik sepanjang jalan.

Bas express pula sekarang ini menawarkan pelbagai kemudahan yang membantu anda lupa masa perjalanan. Biasanya mereka pasang wayang kegemaran anda dan juga ada bas yang memiliki WiFi percuma kepada para penumpang mereka.

Pilihan ini sebenarnya baik untuk penumpang flight dari Ipoh yang berlepas dari KLIA/KLIA2.

Selain meggunakan bas, penumpang sebenarnya mempunyai pilihan untuk menaiki keretapi dari Ipoh ke KL Sentral dan seterunya mengambil pengangkutan lain ke KLIA/KLIA2. Anda boleh baca informasi umum mengenai perkhidmatan bas dari KL Sentral ke KLIA2.

Bas Dari Ipoh Ke KLIA/KLIA2

Banyak tak bas yang buat perjalanan menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut? Mungkin anda ingin mempunyai pilihan syarikat bas, harga tambng dan jadual bas. Sebenarnya tidak seperti perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur yang banyak bas express, hanya berberapa syarikat bas yang menawarkan perkidmatan tersebut.

Anda boleh semak senarai bas melalui applikasi online seperti busonlineticket.com dan easybook.com. Mereka ada senarai, jadual dan harga tiket bas. Ada masa-masa tertentu portal-portal tersebut menawarkan diskaun sehingga 41% kepada penumpang.

Jika disemak menggunakan kedua-dua applikasi online di atas, syarikat bas yang tawarkan perkhidmatan untuk destinasi tersebut adalah seperti di bawah:

  • Starmart Express
  • Yoyo Express
  • Star Shuttle Express
  • Perak Transit Express

Kekerapan perjalanan antara syarikat bas express ke destinasi ini beza. Terpulanglah kepada anda untuk buat pilihan yang masa satu pilihan anda bergantung kepada badget dan jadual perjalanan yang sesuai dengan keperluan anda.

Keseluruhannya lebih kurang 74 trip atau perjalanan bas setiap hari menghubungkan kedua-dua destinasi ini. Memang agak banyak sebenarnya. Bas pertama bertolak sekitar jam 8 pagi dan yang terakhir sekitar jam 4 petang.

Dari segi harga, walaupun berbeza antara syarikat bas, tetapi perbezaan itu tidaklah begitu tinggi. Untuk perjalanan dari Ipoh ke KLIA/KLIA2 harga tiket ialah sekitar RM 30.00 hingga RM 45.00.

Pada masa-masa tertentu seperti semasa musim cuti sekolah dan perayaan, akan berlaku peningkatan harga tiket. Ini kerana jumlah penumpang naik mendadak. Ada baiknya jika anda tidak mahu kehabisan tiket, membelinya dari applikasi online lebih mudah dan menjimatkan.

Boleh sahaja beli tiket pada bila-bila masa, dan dari mana-mana menggunakan applikasi online. Yang penting anda ada perkhidmatan internet untuk tujuan tersebut.

Bagaimana pula dengan penumpang dari KLIA/KLIA2 ke Ipoh? Anda boleh guna perkhidmatan bas yang sama. Tidak perlu lagi anda menaiki bas atau keretapi dari ke KL sebelum menaiki bas yang lain ke Ipoh.

Tarikan Pelancong Di Ipoh

Mungkin informasi ini untuk pengunjung yang melawat bandaraya Ipoh buat pertama kali atau ingin bercuti di bandar tersebut. Ipoh adalah antara bandaraya yang paling menarik. Sekarang ini kerajaan tempatan Ipoh sedang giat mengusahakan agar bandar tersebut menjadi tumpuan pelancong.

Bila industri pelancongan di sana berkembang, lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan terhasil. Sebab itulah usaha mengindahkan bandar dan mempelbagaikan produk pelancongan di sana giat dilaksanakan.

Kini banyak tarikan pelancong boleh anda lawati di Ipoh. Senarai yang lengkap dan terperinci boleh anda baca di website rasmi Majlis Bandaraya Ipoh.

Tidak hairanlah kini bandaraya tersebut semakin meriah dengan pertambahan kedatangan pelancong tempatan dan asing.

Semoga sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas Ipoh ke KLIA/KLIA2 ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.