Harga Tiket & Jadual Bas KL Sentral Ke KLIA2

Bas KL Sentral ke KLIA2 tiket berharga dari RM12 sahaja. Info jadual bas ke KLIA2 ini untuk penumpang yang pergi ke destinasi tersebut dengan kos lebih murah.

Ada sesiapa yang hendak menggunakan perkhimatan bas dari KL Sentral ke KLIA2? Menggunakan perkhidmatan bas adalah antara pilihan terbaik anda.

Kami juga selalu menggunakan bas dari sana untuk ke KLIA2 malah sentiasa menjadi pilihan pertama.

Ianya lebih memudahkan dan murah berbanding menaiki teksi atau grab jika anda tidak bawa banyak barangan yang berat-berat.

Jika banyak barang untuk dibawa ke airport, mungkin naik Grab atau Taxi lebih selesa.

Informasi Ringkas Perkhidmatan Bas KL Sentral Ke KLIA2

  1. Jangkaan Perjalanan Bas: 1 jam 0 minit
  2. Jarak Perjalanan: 60KM
  3. Bas berlepas dari KL Sentral & Bas tiba di – KLIA2
  4. Jumlah Perkhidmatan Bas Harian – 76
  5. Tiket Bas Paling Murah – Bermula dari RM12.00
  6. Bas Terawal 03.00 & Bas Terakhir  23.00
  7. Syarikat Bas:
    • CS Travel and Tours
    • JETBUS by LNH
    • Airport Coach
    • Aerobus
    • Starmart Express
    • Skybus
  8. Cara Beli Tiket Bas: Pergi ke kaunter pengendali bas pilihan anda ATAU book tiket secara online

Jadual Bas Ke KLIA2

Schedule perjalanan bas menghubungkan kedua-dua destinasi ini agak kerap. Bas beroperasi seawal pukul 3.00 pagi hingga 10.00 malam.

Jarak KL Sentral ke KLIA2 adalah lebih kurang 60KM.

Penumpang yang ingin ke KLIA2 terutama untuk penerbangan antarabangsa kena datang lebih awal ke lapangan terbang. Jangan nanti anda terlepas penerbangan anda.

Sila rujuk jadual keberangkatan bas di bawah.

Jadual bas dari KL Sentral ke KLIA2 setiap hari

Bas bertolak setiap 30 minit dari KL Sentral sepanjang hari. Anda tidak perlu risau, bas mencukupi.

Ramai guna perkhidmatan bas kerana ianya lebih murah dan jangka masa perjalanan juga tidak jauh berbeza dengan menaiki teksi atau Grab Car.

Bas Dari TBS

Bas ke KLIA2 dari TBS. Selain KL Sentral penumpang yang ingin ke KLIA2 juga boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Ada 2 syarikat bas yang memberikan perkhidmatan untuk laluan tersebut iaitu JETBUS dan Bas Malaysia.

Jumlah perjalan bas agak kerap iaitu setiap jam bas bertolak dari TBS ke KLIA2.

Waktu bas ke KLIA2 yang kerap ini bagi menampung jumlah penumpang yang agak banyak.

Harga tiket bas adalah sama dengan harga tiket bus KL Sentral ke KLIA2 iaitu dari RM 12.00 sahaja.

Jarak perjalanan adalah lebih kurang 60km yang akan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam sahaja bergantung kepada situasi lalu lintas.

Maksudnya selain dari KL Sentral anda juga boleh ke KLIA2 dari TBS.

KLIA Transit Dari KL Sentral

Mungkin anda mempunyi banyak masa dan ingin menggunakan perkhidmatan KLIA Transit dari KL Sentral. Ini salah satu lagi alternatif yang anda boleh cuba.

Jika tidak mahu menggunakan bas anda boleh juga menaiki KTM Komuter (KLIA Transit) berharga RM35.00 / Pax.

Perjalanan ke KLIA2 menggunakan KTM KLIA Transit dari KL Sentral

Jangka masa perjalanan bas adalah lebih kurang 1 jam 15 minit untuk menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut.

Anda dinasihatkan untuk datang ke KLIA2 lebih awal untuk urusan penerbangan anda.

Harga Tiket Bas Dari KL Sentral Ke KLIA2

Harga (price) tiket untuk satu perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 menaiki bus SkyBus adalah dari RM12.00 / pax.

Tiket boleh di beli di kaunter tiket SkyBus dan boleh juga dibeli dalam (onboard) SkyBus yang memberikan perkhidmatan bas (non-stop) untuk ke KLIA2 dari KL Sentral.

Anda boleh dapatkan SkyBus di Lower Ground Floor KL Sentral untuk menaikan penumpang yang hendak ke KLIA2.

Boleh rujuk gambar di bawah. Jika anda di KL Sentral dan melihat pemandangan yang sama, maka yakinlah anda berada di tempat yang betul.

Maklumat Perhubungan SkyBus

Jika anda perlukan info terperinci atau maklumat lain anda boleh menghubungi pihak SkyBus menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Perkhidmatan bas ke KLIA2 diterajui oleh SkyBus Venture Sdn. Bhd. Anda boleh berhubung dengan mereka secara langsung jika info lanjut yang diperlukan.

Skybus Ventures Sdn. Bhd.
Phone For all types of calls: +(6016)-217 6950 Weekdays (Monday to Friday from 9.00am to 7.00pm)
For general enquiries or feedback: +6(016)-217 8496 Weekends & Public Holiday
Website: www.skybus.com.my
Email: info@skybus.com.my

Senarai Hotel Di KL Sentral Dan Sekitarnya

Ramai yang ingin menginap di hotel yang berhampiran dengan KL Sentral. Ini untuk memudahkan mereka mendapatkan bas, LRT atau MRT bukan sahaja untuk tujuan perjalanan ke KLIA tetapi ke destinasi-destinasi yang lain.

Untuk membantu anda kami kongsikan dengan anda senarai hotel-hotel yang terletak berhampiran dengan KL Sentral.

Anda boleh pilih dan berhubung dengan mereka jika ingin membuat tempahan bilik untuk anda.

Sila rujuk senarai di bawah, lihat mana yang sesuai dengan anda.

  • Prescott Hotel KL Sentral – Jarak 0.5 KM (10-15 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM96+ / malam
  • City Central Hotel – Jarak 0.2 KM (10 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM135+ / malam
  • Hotel Central Kuala Lumpur – Jarak 0.2 KM (1-2 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM120+ / malam
  • M&M Hotel – Jarak 0.2 KM (5-9 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM74+ / malam
  • Hotel Royce Kuala Lumpur – Jarak 0.5 KM (5-8 minit berjalan kaki) Harga bilik dari RM129+ / malam
  • Sentral Residences – Jarak 0.3 KM (6 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM250+ / malam
  • My Hotel – Jarak 0.4 KM (6-7 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM89+ / malam
  • Metro Hotel KL Sentral – Jarak 0.2 KM (5 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM121+ / malam.
  • Hotel New Winner – Jarak 0.2 KM (5 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM75+ / malam
  • Euro Life Hotel @ KL Sentral – Jarak 0.3 KM. Harga bilik dari RM155+ / malam
  • Nu Hotel KL Sentral – Jarak 0.2KM (2-5 minit berjalan kaki). Harga bilik dari RM130+ / malam
  • Hotel Westree – Jarak 0.2KM (5-10 minit berjalan kaki). Harga dari RM94+ / malam
  • PODS Backpackers Hotel – Jarak 0.3 KM (5 minit berjalan kaki). Harga dari 65+ / malam ATAU Dorm dari RM30 / malam
  • Summer View Hotel – Jarak 0.4 KM (5-10 minit berjalan kaki). Harga dari RM117+ / malam

Sebenarnya ada banyak lagi hotel yang terletak berhampiran dengan KL Sentral tetapi harganya agak mahal.

Apa yang tersenarai di sini adalah hotel-hotel yang harga biliknya agak sesuai dengan pengembara atau traveler.

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci anda boleh contact terus hotel-hotel tersebut. Lebih mudah begitu bukan?

Semoga perkongsian info mengenai harga tiket dan jadual bas KL Sentral ke KLIA2 ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong dan memperkasa industri pengangkutan awam dalam negara kita.