Bas Ipoh Ke TBS Jadual & Harga Tiket Bas
Bas Ipoh ke TBS harga tiket dari RM 20.00 untuk perjalanan sehala. Agak banyak syarikat bas yang memberikan perkhidmatan untuk menghubungkan kedua-dua destinasi ini. Setakat ini lebih kurang 30 syarikat bas yang beroperasi untuk laluan ini. Yang bagusnya penumpang kini mempunyai pilihan untuk membeli tiket bas lebih awal melalui applikasi online.
Antara applikasi online yang agak popular di Malaysia ketika ini ialah applikasi yang disediakan oleh easybook.com dan busonlineticket.com.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Ramai yang balik ke Kuala Lumpur selepas habis bercuti, ramai juga yang ingin ke Kuala Lumpur untuk bercuti atau atas pelbagai urusan. Jika anda tidak mahu memandu sendiri, menggunakan pengangkutan awam adalah pilihan terbaik.
Sebenarnya selain guna bas, anda juga boleh ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan kereta api. Rujuk jadual perjalanan dan harga tiket KTM yang terkini untuk panduan anda.
Kali ini kita mahu cerita sedikit mengenai perkhidmatan bas untuk penumpang dari Ipoh ke Terminal Bersepadu Selatan atau sering dipanggil dengan singkatan TBS.
Harga Tiket Bas Ke Kuala Lumpur (TBS)
Seperti yang sudah disebut tadi harga tiket adalah dari RM 20.00 sehala dari Ipoh ke TBS. Harga tambang ini berbeza-beza terpulang kepada syarikat bas itu sendiri.
Ada bas yang harganya agak murah. Anda boleh semak terus dari applikasi easybook.com senarai harga tambang bas setiap syarikat bas.
Boleh lihat contoh paparan harga tiket di bawah.
Jika ambil sedikit masa semak dengan applikasi tersebut ketika artikel ini ditulis, harga tambang bas paling murah ialah RM 18.40 syarikat bas Supernice Grassland. Ada masa-masa tertentu mereka tawarkan diskaun.
Harga itu mungkin selepas diskaun diberikan kerana sebelum itu harga tambang bas untuk laluan tersebut ialah RM 20.00 sehala.
Salah satu kelebihan membeli tiket bas secara online ialah tawaran diskaun sehingga 28% yang diberi dari masa ke semasa.
Salah satu sebab perbezaan harga ini juga mungkin tahap keselesaan dan kemudahan yang disediakan dalam bas.
Stesen Bas Ipoh
Jika ingin ke Kuala Lumpur, penumpang boleh ambil bas dari terminal bas di Ipoh. Biasanya kebanyakan bas express akan bertolak dari Terminal Bas Amanjaya Ipoh yang terletak di Jelapang sebelah utara bandaraya Ipoh.
Terminal ini terletak lebih kurang 16 KM dari pusat bandaraya Ipoh. Kalau hendak ke sana boleh naik bas awam, teksi atau yang popular sekarang ini pakai perkhidmatan Grab Car.
Rasanya 16KM naik Grab Car tidaklah mahal sangat bukan? Ini salah satu pilihan yang baik untuk ke terminal bas tersebut.
Jadual Bas Ipoh Ke TBS
Jadual bas boleh disemak terus dengan bas express pilihan anda, atau anda gunakan applikasi online.
Kami selalu gunakan applikasi easybook.com dan busonlineticket.com kerana mereka mempunyai rangkaian bas express yang banyak dan senang untuk semak harga dan terus semak jadual waktu perjalanan bas.
Kalau sebelum ini kita kena pergi tanya di kaunter tiket bas, sekarang ini semua di hujung jari anda. Tidak perlu buang banyak masa dan tenaga untuk urusan mudah tersebut.
Kebanyakan syarikat bas yang beroperasi menyediakan perkhidmatan setiap hari Isnin hingga Ahad.
Sangat banyak trip, jika anda semak di applikasi online ada lebih kurang 73 trip untuk laluan ini setiap hari.
Maksudnya bas memang mencukupi. Tidak perlulah bimbang. Walau bagaimanapun ada masa-masa tertentu seperti musim perayaan, tiket bas akan habis dengan lebih cepat berbanding masa biasa.
Untuk elak kehabisan tiket, lebih elok jika belik tiket lebih awal secara online.
Naik Bas Ipoh Ke KL Berapa Jam?
Tidaklah lama sangat. Jarak antara Ipoh dan Kuala Lumpur hanyalah sekitar 210 KM. Jika tidak ada halangan-halangan luar jangka seperti kesesakan lalulintas, kerosakan bas dan masalah cuaca masa perjalanan hanyalah sekitar 3 jam 10 minit sahaja.
Kebanyakan bas ada disediakan pelbagai kemudahan. Antaranya kemudahan mengecas telefon dan WiFi percuma.
Bolehlah layan FB, Instagram atau menonton youtube sepanjang perjalanan. Tidaklah borang sangat bukan?
Jika anda hendak buat perjalanan bas Ipoh KL Sentral, mungkin jumlah masa yang diambil lebih kurang sama. Kebanyakan dropoff bas express ialah di TBS.
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) adalah yang terbesar di Kuala Lumpur. Anda boleh baca sedikit maklumat mengenai TBS di laman website rasmi mereka.
Semoga sedikit maklumat umum mengenai jadual dan harga tiket bas Ipoh ke TBS ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama menyokong dan memperkasakan industri pengangkutan awam dan pelancongan tempatan di negara kita. Happy holiday!