Bas Johor Ke KLIA KLIA2 Jadual & Harga Tiket
Bas Johor ke KLIA / KLIA2. KLIA bukan sahaja terkenal untuk lapangan terbang yang canggih malah turut mempunyai pelbagai tempat–tempat menarik yang wajib dilawati. Apa pun biasanya penumpang ke KLIA untuk tujuan naik flight.
Betul tak, so kali ini mari cerita sedikit mengenai perkhidmatan bas express dari Johor ke KLIA atau KLIA2.
Book tiket bas secara online >> DI SINI
Kalau nak ke KLIA untuk bersiar-siar boleh lawat cadangan berberapa tempat menarik nie. Antara tempat yang perlu dilawati ialah Mitsui Outlet Park, Ladang Buah Naga serta Muzium Automobil Nasional di Litar Antarabangsa Sepang.
Tahukah anda, terdapat perkhidmatan bas ekspres disediakan dari Johor Bahru ke KLIA atau KLIA2?
Perjalanan menggunakan bas ekspres merupakan salah satu cara yang mudah, murah serta popular dalam kalangan penumpang.
Segala maklumat mengenai perjalanan bas dari Johor Bahru ke KLIA/ KLIA2 terdapat di bawah ini.
Syarikat Bas Express Ke KLIA
Terdapat banyak syarikat bas yang mengendalikan perjalanan bas ekspres dari Johor Bahru ke KLIA atau KLIA2.
Ini antara operator bas yang terkenal dalam kalangan penumpang untuk ke KLIA
- Billion Stars
- Etika Billion Stars
- Golden Coach Express
- SC Southern Travel &Tours Sdn Bhd
- Super Coach Express
- Top Liner
- UBT Group (Skudai)
- YoYo Express
Ini antara yang popular. Mungkin banyak lagi. Kita akan kemaskini dari masa ke semasa senarai ini.
Jadual Bas Ke KLIA / KLIA2
Perkhidmatan bas ekspres disediakan pada setiap hari bagi laluan perjalanan bas Larkin ke KLIA KLIA 2.
Sejumlah 137 trip bas disediakan bagi laluan perjalanan ini. Oleh itu, para penumpang tidak perlu risau mengenai masalah ketinggalan bas disebabkan terminal bas sentiasa mempunyai bas yang bergerak dari Johor ke KLIA.
Bas pertama bagi syarikat Billion Stars dan ETIKA BILLION STARS beroperasi pada pukul 2.00 petang.
Manakala, bas pertama bagi syarikat Golden Coach Express, SC Southern Travel & Tours Sdn Bhd dan Super Coach Express masing- masing beroperasi pada pukul 1 pagi, 9.51 pagi dan 11 malam.
Selain itu, syarikat Top Liner, UBT Group (Skudai) dan YoYo Express menawarkan servis bas ekspres pada pukul 11 pagi, 10.10 pagi serta 12 pagi.
Di samping itu, jarak perjalanan antara Johor Bahru dan KLIA ialah dalam anggaran 318km.
Tempoh perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 4 jam lebih. Jangan risau, operator bas akan berhenti di tempat R&R supaya para penumpang boleh berehat, membeli makanan serta pergi ke tandas.
Harga Tiket Bas
Tambang bas bagi perjalanan dari JB ke KLIA bergantung pada pengendali bas serta kualiti perkhidmatan disediakan.
Berikut merupakan harga tiket bas yang ditawarkan oleh pelbagai pengendali bas.
Harga tiket bas ke KLIA ini boleh berubah semasa musim perayaan dan ketika mempunyai sebarang promosi.
- Billion Stars – RM 65
- ETIKA BILLION STARS – RM 60
- Golden Coach Express – S$ 33
- SC Southern Travel & Tours Sdn Bhd – RM 60
- Super Coach Express – RM 55
- Top Liner – RM 60
- UBT Group (Skudai) – RM 65
- YoYo Express – RM 55
Maksudnya sentiasalah check senarai harga bas-bas express ini sebelum beli tiket. Mungkin ada antaranya yang sedang mengadakan promosi dan tambang bas lebih murah.
Book Tiket Bas Online
Kalau sekarang nie nak beli tiket bas kira amat mudah sekali. Penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan awal dengan menempah tiket secara atas talian menggunakan pelbagai platform penempahan tiket.
Antara laman web yang boleh digunakan untuk menempah tiket ialah BusOnlineTicket.com dan Easybook.com.
Semua laman web ini menawarkan kaedah pembayaran yang fleksibel iaitu melalui perbankan online, kad kredit, kad debit, Alipay dan lain lain lagi.
Jangan risau, tempahan tiket di laman web ini adalah selamat dan mudah dan telah pun digunakan oleh ramai orang yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres.
Kini sudah mempunyai applikasi penempahan tiket dan oleh itu, penumpang boleh melakukan penempahan tiket dari mana- mana sahaja.
Namun, anda masih boleh membeli tiket secara manual dari Terminal Bas Larkin Sentral.
Terminal Bas Larkin Sentral
Terminal bas ini merupakan terminal terbesar dan utama di Johor Bahru. Kebanyakan bas express JB ke KLIA2 KLIA bertolak dari terminal ini.
Para penumpang boleh sampai ke terminal bas ini dengan menggunakan kemudahan teksi dan bas ekspres.
Terminal ini adalah yang terbesar di Johor. Banyak kemudahan dalam bangunan terminal untuk para penumpang bas.
Antara kemudahan disediakan untuk penumpang di bangunan terminal ini ialah tempat letak bagasi, tandas, kaunter informasi, surau, food court serta mesin ATM.
Harap sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket bas Johor ke KLIA KLIA 2 ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita menyokong industri pengangkutan awam di negara kita.