Bas Ke Gua Musang Dari TBS Harga Tiket & Jadual Bas
Bas ke Gua Musang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) harga tiket bas dari RM 44.00. Gua Musang merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Kelantan. Terdapat pelbagai tempat menarik di sini yang berpotensi menjadi pusat pelancongan. Antaranya ialah Lojing Highlands, Taman Etnobotani, Taman Negara Kuala Koh dan Tasik Ketitir.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Bagi penumpang yang ingin mengunjungi daerah Gua Musang dari TBS, perkhidmatan bas ekspres merupakan pilihan terbaik. Ia menjimatkan masa dan tenaga serta dianggap lebih selamat. Banyak sahaja syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan untuk laluan (route) ini.
Perkhidmatan Bas Ke Gua Musang
Terdapat banyak syarikat bas popular yang mengendalikan perkhidmatan bas ekspres dari TBS destinasi tersebut. Kalau tulis senarai penuh agak panjang, kami kongsikan syarikat bas ekspres popular yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres untuk destinasi ini.
Perkhidmatan yang ditawarkan serta kemudahan dalam bas ekspres bagi syarikat di bawah agak memuaskan serta berkualiti standard.
- E- Mutiara
- Express Musafir
- Maraliner
- Pahang Lin Siong
- Transnasional
Harga Tiket Bas
Setiap operator bas ekspres akan menetapkan harga tiket bas yang berlainan bergantung pada jenis perkhidmatan serta kemudahan disediakan.
Oleh itu, harga tiket bergantung pada jenis syarikat bas dipilih oleh penumpang. Sebagai penumpang bijak, anda perlu melayari portal menempah tiket bas untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan harga tiket terkini ditawarkan.
Antara portal online yang sering menjadi pilihan penumpang bas ialah CatchThatBus.com, Easybook.com serta redbus.my.
Selain itu, harga tiket bas turut berubah bergantung pada musim. Misalnya, harga tiket bas biasa menjadi mahal sedikit ketika musim perayaan dan boleh menjadi murah ketika musim promosi dan diskaun.
Berikut merupakan harga tiket bas ke destinasi tersebut dari TBS bagi syarikat bas berlainan.
- E- Mutiara- RM 27.20
- Express Musafir- RM 34.00
- Maraliner- RM 44.00
- Pahang Lin Siong- RM 24.40
- Transnasional- RM 44.20
Jadual Bas
Semua syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan ke daerah ini dari TBS beroperasi pada setiap hari.
Jumlah jarak perjalanan antara TBS- Gua Musang ialah sejauh 253 km. Manakala, anggaran masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 5 jam 25 minit.
Jumlah trip perjalanan bas ditawarkan bagi laluan perjalanan ini ialah sebanyak 22. Di bawah kami kongsikan sedikit informasi jadual bas pertama dan bas terakhir ditawarkan oleh setiap syarikat bas dari TBS ke Gua Musang setiap hari. Sebenarnya info-info ini boleh juga anda semak di applikasi online EasyBook.com.
Penumpang dinasihatkan agar mengambil perhatian pada masa bas ekspres beroperasi untuk mengelakkan masalah ketinggalan bas.
- E- Mutiara – 9.30 pagi dan 9.30 malam
- Express Musafir- 9.30 pagi dan 10.00 malam
- Maraliner- 9.15 pagi dan 10.45 malam
- Pahang Lin Siong- 9.00 pagi dan 3.30 petang
- Transnasional- 9.30 pagi dan 11.15 malam
Perubahan jadual bas boleh berlaku dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan pihak syarikat bas itu sendiri.
Terminal Bas TBS
TBS merupakan sebuah hab pengangkutan bersepadu yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres kepada penumpang dan warga kota di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
TBS turut menyediakan kemudahan membeli tiket bas ke pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia serta negara jiran seperti Singapura dan Thailand di satu tempat.
TBS turut dihubungkan dengan kemudahan KTM, monorel dan ERL yang memudahkan pengunjung pergi ke destinasi di sekitar Kuala Lumpur.
Kemudahan Di TBS
Terdapat pelbagai jenis kemudahan menarik disediakan untuk para penumpang di TBS. Salah satu kemudahan menarik di sini ialah loker dan pusat bagasi bagi penumpang untuk menyimpan barang-barang dengan selamat.
Loker ini terletak di aras tiga di bangunan ini dan ia menggunakan sistem pembayaran elektronik. Selain itu, di sini turut terdapat kemudahan mesin ATM bagi memudahkan pengguna mengeluarkan wang tunai serta melakukan transaksi lain yang melibatkan bank seperti CIMB, Maybank, dan AmBank. Mesin ATM dan deposit tunai disediakan di aras 3 dalam bangunan TBS.
Bangunan TBS turut mempunyai bilik istirehat VIP di aras 3, bilik penjagaan bayi dan surau di aras 1, 3, dan 4 bagi penumpang Muslim bersolat. Bagi mereka yang ingin menjamu selera, terdapat medan selera di TBS yang menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa untuk para penumpang.
Kemudahan lain seperti tandas awam turut disediakan. Tandas awam terdapat di aras 1, 2, 3 dan 4 di bangunan terminal.
Peringatan bagi penumpang yang merokok, terdapat kawasan larangan merokok di TBS dan oleh itu, perbuatan merokok di premis terminal tidak dibenarkan sama sekali.
TBS turut menyediakan kemudahan serta bantuan khas untuk golongan kurang upaya serta warga emas yang memerlukan bantuan khas. Antara kemudahan khas disediakan bagi golongan ini ialah lif, kaunter tiket dan tandas OKU.
Anda boleh dapatkan maklumat lebih terperinci dan terkini mengenai terminal tersebut dari website rasmi mereka.
Maklumat Perhubungan
Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke destinasi ini dari TBS.
Sila hubungi nombor di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
E- Mutiara
Alamat: No, 55 Kg Panji, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Nombor telefon: (09) 774 2655 / (09) 774 3955
Express Musafir
Alamat: No, 55 Kg Panji, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Nombor telefon: +609-774 4955
Maraliner
Alamat: Lot 26, Lorong Medan Tuanku 1, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50300, Kuala Lumpur
Nombor telefon: 03- 2691 5810
Pahang Lin Siong
Alamat: No. 42 (1 st Flotr), Jalan Datu Abdullah, 27600 Raub, Pahang.
Nombor telefon: 03-40439027 (stesen Kuala Lumpur)
Transnasional
Alamat: No. 38, Jalan Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor telefon: 09-7652500
Nanti sampai di Gua Musang apa aktiviti anda boleh buat? Banyak, kerana daerah ini sedang giat membangunkan industri pelancongan di sana. Anda boleh membaca senarai tarikan pengunjung yang terperinci di laman website rasmi Majlis Daerah Gua Musang.
Semoga sedikit informasi mengenai perkhidmatan bas ke Gua Musang ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasakan industri pengangkutan dan pelancongan tempatan di negara kita.