Bas Ke Keningau Dari Kota Kinabalu Tiket & Jadual Bas

Bas ke Keningau dari Kota Kinabalu (KK) harga tiket dari RM22.00 sahaja tetapi jika anda book tiket bas menggunakan applikasi online seperti dengan easybook.com ada masanya mereka tawarkan diskaun sehingga 28% kepada penumpang. Rugi jika tidak ambil peluang tersebut. Booking tiket online ini yang bestnya boleh beli lebih awal, tidak perlu beratur di kaunter.

Penumpang bas boleh book tiket secara online >> DI SINI

Apa yang menariknya di Keningau? Informasi ini untuk pelawat yang belum pernah ke Keningau. Mesti ada yang tanya soalan itu.

Di Sabah sendiri ramai yang tidak tahu, bahawa Keningau adalah daerah yang terkenal di Sabah tetapi keistimewaannya sebagai destinasi pelancongan tidak ramai yang sedar.

Sebab itu kebanyakan pelancong lebih tertumpu ke kawasan pantai timur Sabah seperti Sandakan, Sempora, Lahad Datu, Kudat dan Tawau yang lebih menjanjikan pengalaman melawat pulau dan pantai yang cantik.

Benarkan Keningau tiada apa-apa tarikan untuk pengunjung? Ada kawan kata, buat apa ke sana bukan ada apa-apa kat sana. Kenyataannya bukanlah begitu. Keningau sebenarnya adalah daerah yang tidak kurang menariknya di Sabah.

Cuma sahaja produk pelancongannya belum dibangunkan dengan bersungguh-sungguh, juga pengiklanan juga agak kurang untuk mempromosikan daerah ini sebagai daerah destinasi pelancongan yang baru.

Rasanya langkah pertama ialah kita kena berikan informasi yang lengkap mengenai keboleh capaian sesuatu tempat ini menggunakan pengangkutan darat, laut mahu pun udara. Untuk ke daerah ini pelawat boleh memandu sendiri ataupun menaiki bas express.

Pada perkongsian yang akan datang kami akan share mengenai perjalanan menggunakan bas express ke Tawau. Ianya penting kerana banyak bas yang menuju ke daerah ini juga melintas atau melalui bandar Keningau.

Sebenarnya ada berberapa bas express menuju ke Tawau menggunakan laluan / route melalui bandar Keningau dan Kalabakan.

Apa Yang Ada Di Keningau?

Senarai tarikan pelancong di daerah Keningau

Sekali lagi soalan sering di tanya ialah apa yang ada di Keningau? Soalan yang baik. Tidak kenal maka tidak cinta. Mari telusuri keistimewaan daerah yang sering dianggap tiada apa-apa (underrated) benda yang menarik ini.

Ini hanya sebahagian kecil tarikan pengunjung di daerah tersebut. Di bawah ada sedikit senarai untuk anda, sebenarnya bukan itu sahaja, ada banyak lagi.

  • Crocker Range Park
  • Mount Trusmadi
  • Keningau Oath Stone (Batu Sumpah)
  • Muzium Warisan Keningau,
  • Orou Sapulut,
  • Pusat Rekreasi Taman Bandukan

Pengunjung yang lebih berjiwa lebih ‘adventure’ bolehlah cuba stamina dan kelasakan anda mendaki Gunung Trusmadi. Bukan sahaja tinggi tapi banyak pacat, jika anda jenis tidak sanggup digigit pacat munkin aktiviti ini bukan untuk anda, tetapi pemandangan dari puncak sana memang mengkagumkan.

Kalau mahu tahu lebih banyak informasi pelancongan di daerah tersebut boleh layari laman website Sabah Tourism Board.

Jadual Bas Express

Cara terbaik untuk ke daerah ini selain memandu kereta dan motorsikal ialah menaiki bas express. Ada banyak bas express yang menawarkan perkhidmatan kepada pengunjung yang berhasrat untuk ke sana.

Antara bas express yang beroperasi untuk laluan ini ialah;

  • Salam Bumimas Express – 019 8151878 / 011 36352930
  • Tung Ma Express – 019 8827334

Untuk dapatkan jadual bas bertolak, anda boleh hubungi contact number bas express di atas untuk informasi lanjut. Biasanya bas akan bertolak di sebelah pagi dan juga petang, lebih kurang 2 trip sehari.

Dua syarikat bas ini adalah yang agak popular digunakan oleh penduduk dari daerah tersebut dan juga pengunjung yang ingin melawat ke daerah tersebut.

Ramai juga yang prefer untuk naik bas mini KK Keningau atau naik teksi Kota Kinabalu ke Keningau. Terpulanglah kepada anda hendak guna yang mana satu. Kami akan tulis sedikit informasi mengenainya nanti.

Jika hendak ke daerah ini, lokasi terminal bas KK Keningau terletak di Terminal Bas Bandaran di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Anda hanya perlu pergi ke kawasan tersebut, anda akan ditujukkan bas yang betul.

Jika anda sudah beli tiket bas secara online lebih awal, kaunter tiket bas ada di kawasa tersebut untuk anda dapatkan tiket bas anda.

Ada banyak applikasi online yang anda boleh gunakan membeli tiket bas secara online. Kami sering gunakan applikasi easybook.com kerana ianya lebih mudah dan mungkin sebab sudah terbiasa menggunakan applikasi tersebut.

Harap informasi bas ke Keningau dari Kota Kinabalu ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah kita bersama memperkasa dan menyokong industri pengangkutan awam dan pelancongan tempatan dalam negara kita.